Wednesday, December 12, 2012

KACANG POOL vs LEMPENG KELAPA

Owner blog ~~ mula² tayang muka owner dulu ye kot² ada yang rindu tak kurang jugak yang nak jolok tekak kan.....dah lama sungguh tak hapdet blog ni sebab malas dan bz teramat sangat dalam urusan peribadi yang tersangat banyak yang nak di uruskan....so bayangkan betapa sibuk kan....

Story yang benor nak cerita ialah ari tu kan....kita pergi makan kacang pool dan lempeng kelapa yang gelemer kat Johor Bahru ni, nama jer orang Johor tapi serius tak pernah pergi makan kat sana dan tekak ni teringin nak makan sejak Kak Azlita buat cerita tentang kedai ni lama dulu....so simpan niat lah kalau balik JB nak pergi sana................maka tertunai sudah niat kita....2x marathon pergi sana tau!

Ni le kedai kacang pool gelemer tu milik Pak Haji yang terletak di No 3, Medan Selera Larkin Bomba, Susur 5, Jalan Tun Abdul Razak, JB. So kalau singgah JB jangan lupa pergi ye...masa buka hinga midnight so jangan beri alasan tak sempat okey.... rugi tak singgah nanti.
Ni le kacang pool tu............sedap!

Lagi satu kedai Nabila Corner ni pun best sebab ada jual pelbagai sarapan pagi yang enak² belaka...ada lempeng kelapa, roti jala, jemput bilis dan dengan harga sangat berpatutan. Lokasi terletak di Medan selera Larkin Bomba


NABILA CORNER
No1, Medan Selera Larkin Bomba
Susur 5 Jalan Tun Abdul Razak
80000 Johor Bahru
Johor darul Takzim

Lempeng kelapa untuk Akid....umminya tumpang sekali sebab Akid x abis sekeping tu...besor!
Akid with my only sister yang saya ada di dunia ini....i love her so much....thanks sis sebab always support your adik and senantiasa ada di kala memerlukan...


Nak tahu sedap ke tidak bior gambar di bawah ni jer mentafsirkan segalanya.....licin tanpa toleh kiri kanan okey...!

 
 Antara kacang pool dan lempeng kelapa........keduanya menang dan sedap untuk selera kita. so kalau ada yang ke JB jangan lupa singgah okey...!

Ini adalah blog peribadi. Sekadar mengisi masa lapang serta berkongsi apa yang kita rasa. Oleh itu apa jua coretan mahupun pendapat yang kita coretkan diblog ini adalah dari pandangan kita sendiri. Pada sesiapa yang tidak setuju, tidak suka mahupun loya membaca coretan kita ini....tiada paksaan untuk mengikuti mahupun menyetujui pendapat kita ok...!!!!

Nak baca banyak lagi cerita ceriti...kena klik " OLDER POST '' okkk..!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...