Wednesday, February 29, 2012

BAKED MACARONI

BAKED MACARONI ~~ atas permintaan yang tersayang ni....kira special request yang kekunun diet x moo makan nasi.....tapi request pasta...ermmmmm diet ke laut namanya tu...apapun tetap happy dapat menyediakan sesuatu yang insan tersayang nak makan.

Dulu dah pernah buat lasagna dan kini kite gunakan cara buat kuah daging yang sama cuma gantikan lasagna dengan macaroni, seperti biasa hasilnya tak mengecewakan.....best..!

Bahan-bahan untuk KUAH DAGING :-
300g daging cincang ~ kite guna 5 keping daging burger
1 botol prego ~ botol kecil
2-3 batang celery
cendawan butang ~ dihiris
2 biji tomato ~ didadu
1 biji lobak merah ~ dadu
1-2 sudu besar cili boh ~ jika suka pedas - kite x bubuh
2-3 ulas bawang merah ~ cincang halus
2-3 ulas bawang putih ~ cincang halus
Sedikit lada sulah
Garam secukup rasa
Gula - kite x bubuh
3 cawan air
1/2 Capsicum merah ~ dihiris
1/2 Capsicum hijau ~ dihiris
1 kiub daging
Sedikit lada hitam

Caranya :-
  • Panaskan minyak untuk menumis.
  • Tumiskan bawang merah dan putih sehingga naik bau. Masukkan cili boh, tunggu sampai pecah minyak, kemudian masukkan daging cincang. Masukkan kiub daging.
  • Masukkan 3 cawan air tadi, tunggu sehingga daging sedikit masak dan tambahkan garam (
  • Masukkan Prego, dan sedikit gula jika perlu. Masukkan sayur-sayuran tadi, mulakan dari sayur yang agak keras dahulu. Masukkan macaroni dan gaul rata.
  • Tunggu sehingga mendidih, padamkan api.
Bahan lain :-
Macaroni - kite rendam dengan air panas dalam 10 minit jer
Hirisan ceddar cheese ~ untuk tabur atas - kite guna mozarella
Serbuk Parmesan Cheese ~ jika suka kite x bubuh
Sedikit lada hitam di tumbuk kasar
1 pokok daun bawang ~ dihiris untuk tabur atas

Caranya :-
  • Panaskan oven pada suhu 180 C. Sediakan bekas caserole atau bekas aluminium, oleskan bekas dengan butter
  • Masukkan macaroni tadi dan kalau nak lapiskan berselang seli dengan taburan mozarella cheese pun boleh.
  • Akhir sekali taburkan mozarella cheese memenuhi atas macaroni dan bakar selama 40 minit.
  • Hidangkan dengan taburan hirisan daun bawang dan sedap dimakan ketika suam².

Tuesday, February 28, 2012

PENGAT LABU SKOTENG

PENGAT LABU SKOTENG ~~ dah lama sangat skoteng tu termenung kat dapur tanpa di usik. Masa nak skoteng ari tu punyalah x menyempat, dah ada tak usik pun. Skoteng tu pemberian kenalan fb yang dok kat Melaka dan memang kat Melaka yang mudah nak dapatkan skoteng ni.

Kite buat pengat labu jer dan campurkan skoteng....ermmmm...memang best dan sedap jer kenyal² skoteng tu...sesuai le untuk minum petang bersama keluarga tersayang. Mudah dan senang jer nak buat...

Bahan-bahanya :-
1/2 biji labu bersize sederhana - dadu dan rebus
santan dari 1 biji kelapa
1/2 cawan skoteng - rebus hingga lembut
1 keping gula kabung
1/2 cawan gula
secubit garam
2 helai daun pandan

Caranya :-
  • Satukan kesemua bahan dan kacau dengan api yang perlahan. Jangan berhenti kacau sehingga jagung lembut.
  • Masukkan labu dan skoteng, kacau hingga mendidih dan kacau selalu supaya tak pecah minyak.
  • Seimbangkan rasa mengikut selera manis yang disukai. Tutup api tapi teruskan kacau dalam 2-3 minit agar santan tak pecah minyak.

Ini le rupe skoteng tu ye....nak cari...kat Melaka banyak dan mudah nak jumpa....



Saturday, February 25, 2012

PESANAN SEORANG AYAH ~~

Pesanan dari Shamrulismawi Abah BlackPearl ayah kepada arwah adik Faris Nur Daniel yang benar² boleh dijadikan ingatan dan panduan agar menghargai anugerah Allah yang tidak ternilai itu dengan sebaik mungkin.

Tersentuh dengan pesanan ini....ringkas namun mendalam maksudnya dan amat bernilai untuk dihargai dan antara perkara yang kita boleh jadikan pengajaran dari kisah Allahyarham Faris Nur Daniel...
1. Bila anak merengek bangun malam, janganlah marah dia. Jangan merungut kenapalah kena bangun malammmmm.. mengantuk.. etc... That might be the last night that he/she does that.

2. Bila anak mintak mainan atau sesuatu, kalau mampu, kita cubalah berikan. That might be the last night that he/she ask for something.

3. Bila anak nak susu, berikan dgn penuh kasih sayang... That might be the last day that he/she drinks it. Sama ada susu ibu atau susu formula, dua dua sama je. Pemberian dari ibu/ayah kpd anak.

4. Bila anak buas dan nakal, sabarlah. That might be the last day that we can see him/her being active.

5. Bila suapkan anak makan, suaplah dgn penuh kasih sayang... That might be the last food that he/she eats.

Bottom line is......Hargailah masa anda bersama anak-anak ....


Untuk anak ummi ~~ Muhammad Akidhakimi ingatlah walau siapamu dirimu dan walau apa jua tanggapan orang lain terhadap dirimu....ingatlah dan sematkan kata² ummi ini dalam sedalam dalamya di lubuk hatimu bahawa Ummi dan Abi senantiasa menyayangimu dengan sepenuh jiwa raga kami....dan kehadiranmu membahagiakan kami...muga dirimu membesar dalam lindungan Allah SWT dan menjadi anak yang soleh serta berjaya dunia dan akhirat....amin...



Friday, February 24, 2012

CINNAMON PULL APART BREAD

CINNAMON PULL APART BREAD ~~ waaaa...seyes cakap memang pull apart sungguh dan kembangnya membuak²....masa bakar waalaahhhh aroma cinnamon tu memang best walaupun kite bukan pengemar cinnamon ni...tapi tergugat juga iman tau dek harum aroma tu.....(promote gilerrr....% bak mariii...heehee...)

Bagi sesiapa yang lom cuba dan teragak² nak cuba.....tak yah fikir banyak....segera uli roti sekarang....tak rugi dan sedap sangat bagi kite lah....makan dengan kopi O panas....selai²....selai² tarik memang tak terasa....pasti akan ada ulang tayang kat dapur cinonet Ummi Akid nanti...!

Resepi Asal : Joy The Baker
Sumber Resepi : Kak Nor Secubit Garam
Kite copy & paste jer resepi dari blog Kak Nor dan bagi yanh nak tahu cara melipat roti tu bolehlah click kat blog Joy The Baker tu ye...selamat mencuba....

Bahan-bahannya :-
For the Dough (in BM)
2 3/4 cups plus 2 tbs tepung - kite guna tepung roti
1/4 cup gula kasar
2 1/4 sudu kecik yeast
1/2 sudu kecik garam
4 tbs butter
1/3 cup susu penuh krim
1/4 cup air
2 biji telur gred A
1 sudu kecil Vanilla extract

For the Filling
1 cup gula kasar ~ Kiter letak 1/2 cawan gula perang
2 sudu kecil serbuk kayu manis (cinnamon) ~ kite letak 1 sudu kecil jer
1/2 sudu kecil serbuk buah pala (nutmeg) ~ kite x bubuh
4 tbs butter - dicairkan sehingga menjadi brown

Caranya :-
  • Dalam mangkuk yang besar, campurkan 2 cups tepung, sugar, yeast, and salt. Ketepikan
  • Pukul telur dan ketepikan
  • Dalam small saucepan, campurkan susu dan mentega, panaskan sehingga mentega cair. Ketepikan dan masukkan air dan vanilla extract. Biarkan seketika sehingga mixture menjadi suam² kuku.
  • Tuangkan mixture susu dan mentega tadi kedalam bahan kering, kacau dengan senduk. Masukkan telur dan kacau lagi. Add 3/4 cup tepung, dan uli sehingga sebati. The dough will be sticky. Masukkan dough kedalam mangkuk besar yang telah di gris dengan butter/minyak. Tutup dengan kain atau cling wrap, biarkan sehingga dough naik 2 kali ganda.
note : dough yang the naik, boleh disimpan di dalam peti semalaman, dan diguna keesokan hari. (I skipped this)
  • Sementara menunggu dough naik, campurkan gula, serbuk kayu manis dan serbuk buah pala di dalam mangkuk.
  • Bila dough dah naik 2 kali ganda, bolehla dimasukkan kedalam oven yang telah dipanaskan.
  • Place a rack in the center of the oven and preheat to 350 degrees F. Place loaf in the oven and bake for 30 to 35 minutes, until the top is very golden brown. The top may be lightly browned, but the center may still be raw. A nice, dark, golden brown will ensure that the center is cooked as well.
  • Remove from the oven and allow to rest for 20 to 30 minutes. Run a butter knife around the edges of the pan to loosen the bread and invert onto a clean board. Place a cake stand or cake plate on top of the upside down loaf, and carefully invert so it’s right side up. Serve warm with coffee or tea.

* Kite guna kaedah Bread Maker :-

  • Masukkan bahan cecair dulu (bancuhan susu dan mentega, air, telur dan vanila)

  • Masukkan bahan2 kering (tepung, yis, gula dan garam). On kan BM dan biarkan ia menguli seperti biasa. Dh siap boleh lah mulakan proses step by step tu.

Thursday, February 23, 2012

AL-FATIHAH - FARIS PERGI JUA AKHIRNYA....


Salam takziah buat En Sham, Pn Zuraine dan seluruh ahli kelurga atas perginye anak kecil ini Faris Nur Daniel buat selamanya. Semuga Rohnya tenang di sana dan pastinya Syurga tempat yang abadi buat beliau.

Doakan muga keluarga En Sham terus tabah dan kuat dalam harungi dugaan Allah SWT yang menguji kekuatan iman serta kesabaran semua....

Kata² dari seorang ayah yang meruntum jiwa naluri saya ketika membacanya....bukan mudah untuk diungkapkan....namun berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul....

'' Jika Allah lebih sayangkan Faris, saya reda dan rela berbanding melihat keadaan dia sekarang, menderita kesakitan...''


Kisah duka ini boleh di baca di SINI


TALAM ROTI PAUN

TALAM ROTI PAUN ~~ memang best dan sedap sangat bagi kite dan sungguh tak rugi mencuba buat. Walaupun agak remeh dari talam biasa tapi bila dah makan....rasa berbaloi keremehan itu. Sejak tengok Kak Azlita buat terus semangat nak membuatnya tu....adoiiii rasa tak sabar². Tapi seyes cakap memang kite puas hati sangat².

Kite buat macam cara dan sukatan yang Kak Ita buat iaitu 1/2 adunan dari adunan asal. So bagi yang nak cuba buat untuk adunan penuh bolehlah ke blog Yatie dan ikut sukatan di situ ye. Kite buat 1/2 jer pun dah puas makan untuk keluarga kecil ni. Kalau nak buat untuk jamuan atau kenduri better buat 1 adunan lah kan...

Resepi Asal : Chef Asma
Sumber Resepi : Masam Manis

Lapisan Bawah :-
4 keping roti Butterscotch ~
resepi asal roti putih
3 keping roti Choco Raisin ~
resepi asal roti putih
1 biji telur
1/4 cwn gula halus
Secubit garam
100 ml santan pekat
125 ml air
1/4 sk vanilla essence

Caranya :-
  • Panaskan kukusan. Sediakan loyang bulat berukuran 8 inc
  • Oleskan minyak makan pada loyang dan lapik dasar loyang dengan plastik. Oleskan juga minyak pada plastik.
  • Roti dipotong kecil atau di carik-carik. Ketepikan. Satukan semua bahan-bahan dan kacau dengan whisker hinga sebati.
  • Masukkan roti tadi dalam adunan dan rendam roti selama 30 minit atau sehingga roti lembut dan adunan telah meresap kedalam roti. Tuangkan adunan dalam loyang.
  • Tutup loyang dengan aluminium foil atau balut tutup kukusan dengan kain (utk mengelakkan air menitis atas kuih
  • Kukus adunan selama 25 minit. Sementara menunggu adunan masak kita sediakan lapisan tengah

Lapisan tengah :-

1/4 cwn tepung gandum
1/4 cwn gula halus
Secubit garam
1 biji telur
100 ml santan pekat
100 ml air
sedikit pewarna hijau
sedikit perisa pandan

Caranya :-
  • Satukan semua bahan-bahan. Dengan menggunakan whisker kacau adunan hingga sebati
  • Tapiskan adunan kedalam periuk dan masak dengan menggunakan api yang kecil. Sentiasa mengacau adunan hingga naik wap
~ adunan jangan terlalu pekat dan jangan terlalu cair kepekatan anggaran susu pekat sahaja
Tutup api ~~

  • Apabila lapisan bawah sudah masak, keluarkan dari kukus. Lap jika ada air pada permukaan kuih
  • Cakar permukaan kuih dengan garfu. Kemudian tuangkan adunan lapisan tengah
  • Tutup semula dengan aluminium foil dan kukus selama 25 minit lagi.
  • Sementara menunggu lapisan tengah masak, kita sediakan lapisan atas pula.

Lapisan atas :-
1/4 cwn tepung kastard
1/4 cwn gula halus
Secubit garam
1/8 sk vanilla essence
2 biji telur
100 ml santan pekat
100 ml air
sedikit pewarna kuning atau oren ~ tak letak pun takpe

Caranya :-

  • Satukan semua bahan-bahan. Dengan menggunakan whisker kacau adunan hingga sebati
  • Tapiskan adunan kedalam periuk dan masak dengan menggunakan api yang kecil. Sentiasa mengacau adunan hingga naik wap

~ Adunan jangan terlalu pekat dan jangan terlalu cair kepekatan anggaran susu pekat sahaja
Tutup api

  • Apabila lapisan tengah sudah masak, keluarkan dari kukus. Lap jika ada air pada permukaan kuih
  • Cakar permukaan kuih dengan garfu. Kemudian tuangkan adunan lapisan atas
  • Tutup semula dengan aluminium foil dan kukus selama 30 minit atau sehingga talam masak dengan sempurna
  • Jika tidak tutup permukaan loyang atau tidak balut tutup kukus dengan kain, lap tutup kukus setiap 5 minit untuk menghasilkan permukaan kuih yang kelihatan licin dan rata

  • Setelah kuih masak sejukkan hingga benar-benar sejuk barulah di keluarkan dari loyang. Potong talam dengan menggunakan pisau plastik yang di oleskan dengan sedikit minyak makan, ini untuk mendapatkan potongan talam yang cantik


Wednesday, February 22, 2012

BUTTER BREAD PUDDING

BUTTER BREAD PUDDING ~~ antara yang kite suka sangat buat, dah banyak kali buat dan dah perlabagi resepi di cuba dan setiap resepi ada keistimewaan sendiri dan terpulang pada selera masing² untuk menilaikan mana yang sesuai dengan citarasa. Kalau x cuba mana mungkin nak tahu kan...???

Okey kali ni kite cuba resepi dari DapurKu Sayang. Keistimewaan pudding ni ada hirisan² pisang di dalamnya. Bila makan tu akan terasa manis² pisang. Okey kalau sesiapa nak cuba boleh lah intai resepi mudah ini. Sesuai di jamu takkala tetamu bertandang....

Sumber Resepi : DapurKu Sayang
Bahan-bahannya :- Untuk 4-5 orang makan
8 keping roti
2-3 biji pisang ranum - dihiris nipis
Mentega secukupnya
Peanut butter secukupnya
Chocolate rice @ chocolate chips
Kismis
Sedikit parutan kulit oren - kite tak letak

Bahan A :
2 cawan susu segar/susu cair - kite guna susu segar
1 sudu besar gula kastor
3 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla

Bahan B :
1/4 sudu kecil serbuk kayu manis* - optional
1-2 sudu besar gula perang/pasir *
(satukan kedua-dua bahan ini)

Caranya :-
  • Bahan A : Pukul telur bersama gula hingga hancur dengan whisk. Kemudian masukkan susu segar/susu cair dan esen vanilla. Kacau sebati. Ketepikan.
  • Sapukan roti dengan mentega dan peanut butter.
  • Potong roti kepada 4 bahagian.
  • Sementara itu, lengserkan bekas/mangkuk tahan panas dengan mentega. Kemudian susunkan roti dan hirisan pisang seperti dalam gambar.
  • Taburkan dengan sedikit chocolate rice dan parutan kulit oren jika suka. Lapiskan lagi dengan kepingan roti dan pisang yang sudah dipotong mengikut citarasa sendiri. Buat hingga habis.
  • Setelah itu, tuangkan bahan A tadi sehingga rata. Taburkan chocolate rice, parutan kulit oren, kismis dan juga bahan B.
  • Biarkan sebentar sehingga ia serap. Sementara itu sediakan dulang yang berisi air panas. Letakkan bekas/mangkuk roti tadi di tengah-tengahnya.
  • Bakar selama lebih kurang 35-40 minit atau hingga keperangan dengan suhu 160C.
  • Setelah masak, bolehlah dihidangkan samada panas atau sejuk.

** Kalau nak tahu cara susunan roti tu sila klik kat blog Dayang ye...disiti ada step by stepnya.**


Tuesday, February 21, 2012

CUCUR NASI IKAN BILIS

CUCUR NASI IKAN BILIS ~~ ermmmm....dah lama sungguh peram resepi ni tak terbuat². Bila teringat nak buat, nasi tak ada....bila nasi ada tak teringat nak buat....macam mana tu...alasan jerk kan...kan....dan setelah sekian lama memeram resepi tu, kalau ikan dah jadi perkasam dah....maka kini terhasil lah jugak kan....

Cucur ni memang garing di luar dan lembut di dalam. Bagi kite best makan dengan bercicahkan sos cili thai.....syokkk sangat gigit...sesuai jer untuk sarapan pagi mahupun minum petang. Asalkan motifnya masuk ke perut.....jom layan resepi mudah ni...

Sumber Resepi :- CMG TiffinBiru
Bahan-bahannya :-
2 cawan nasi
2 cawan air
2 1/2 cawan tepung gandum
1 biji bawang besar - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1/2 biji bawang besar - didadu
1/2 cawan ikan bilis, cuci dan rendam sekejap - toskan
1 biji lada merah - hiris halus
Daun sup/daun bawang - hiris halus
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng

Caranya :-
  • Satukan nasi, air, bawang besar, bawang putih dan ikan bilis dalam alat pengisar. Kisar hingga halus. Gaul bahan² kisar tadi bersama tepung gandum, daun sup/daun bawang, cili hiris, bawang besar dan perasakan dengan garam secukupnya. Gaul hingga rata. Ketepikan.
  • Panaskan minyak untuk goreng terendam. Basahkan sedikit hujung jari dengan air dan jemput adunan tadi dan masukkan ke dalam minyak panas, berhati. Buat hingga memenuhi kuali, tapi pastikan ada ruang.
  • Masak dengan api sederhana hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan, letak atas paper towel. Buat selebihnya hingga siap.Hidangkan bersama sos cili atau sos kegemaran anda.

Monday, February 20, 2012

KEK BATIK ARORA

KEK BATIK ARORA ~~ baca pada nama jer dah menarik minat nak membuatnya apatah lagi bila terlihat rupe kek ni. First kite tengok kek ni kat blog Kak Azlita dan mana mungkin tak tergodakan dengan sentuhan air tangannya yang memang cantik² dan teramatlah berseninya.

LinkSemangat nak membuatnya bertambah-tambah lagi bile terpandang pulak buat kali ke-2 kat blog CMG TiffinBiru yang mana hasilnya selalu mengoda jugak. Terus tak boleh jadik....kena segerakan buat. Ternyata memang sedap sangat kek ni, cukup segala bahannya.....manisnya ngam² dan moist sangat....betul kata CM '' serius aku tergoda '' dan memang tergoda sungguh.

So pada yang teragak² nak cuba tu......terus jerlah cuba dan InsyaAllah tak akan mengecewakan....memang best...! Sesuai sangat buat minum petang.

Resepi : De' Nuanza
Resepi cilok dari : CMG TiffinBiru
Bahan-bahannya :-
250 gram mentega
100 gram gula kastor
3/4 cawan susu pekat manis
250 gram tepung gandum*
2 camca teh baking powder* - *disatukan dan diayak.
6 biji telur gred A
1 camca teh ovallate
5 jenis perisa pilihan anda
Kite guna :-
Pewarna oren = perisa oren
Pewarna merah = perisa stoberi
Pewarna violet/ungu
Pewarna coklat = perisa coklat emulco
Pewarna hijau = perisa pandan paste

Caranya :-

  • Panaskan oven pada suhu 175C, lenser bund-pant berlubang tengah dengan mentega dan tabur dengan tepung gandum rata² dan ketuk keluar lebihannya. Atau guna tin bulat berukuran 8 inci dengan mentega dan alas dasarnya dengan kertas minyak. Lenser juga kertas tadi. Ketepikan.
  • Putar mentega, ovallate dan gula halus hingga putih. Masukkan susu pekat manis dan putar hingga sebati. Tambah telur satu persatu sambil diputar hingga kembang. Jarak masa untuk setiap satu biji ialah satu minit.
  • Perlahankan kelajuan, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan putar hingga rata. Atau anda boleh gaul adunan tadi dengan spatula sambil menambah tepung sedikit demi sedikit. gaul hingga rata.
  • Bagi adunan tadi pada 5 bahagian sama banyak dan bagi setiap bahagian dengan perisa yang anda gemari dan warna yang anda suka. Kacau rata dan isi setiap adunan dalam plastik bersih yang tidak bocor.
  • Ambil satu bahagian gunting bucu plastik tadi, dan paipkan satu lingkaran pada dasar tin (jika anda guna tin kek berlubang tengah). Kemudian paip kan satu lingkaran, kali ini guna perisa lain pulak. Lakukan kaedah sama secara berselang-seli dengan perisa berlainan hingga siap.
  • Bakar dalan oven selama 45 minit atau hingga masak. Sejukkan kek sekejap dan boleh keluarkan dari tin. Biar sejuk sepenuhnya atas jaringan. Ayak dusting powder atau gula aising sebagai hiasan (jika suka). Hidangkan...

Sunday, February 19, 2012

BURGER pun jadik leee.....

BURGER ~~ hari minggu ni adalah hari bermalas-malasan sedunia....kepenatan mengemas sesuatu yang tak siap² maka macam malas jer nak masak kan....alasan gitu...! Maka yang senang nak buat bila ditenung²...dibelek² apa yang ada dalam fridge.....maka burger jer lah..

Tak yah resepi bagai lah kan....burger jer pong....beli daging burger Pak Ramly, roti burger Hi-5, salad, tomato, timun....masak cara masak daging burgerlah kan....x kan macam masak rendang pulak....tindih²....dah siap.....sepantas kilat...

Apa lagi selamat menjamu mata ye....

BANTULAH FARIS NUR DANIEL....

Picture Ehsan Bersama Mazidul
Ingin mengetahui kisah si kecil ini dengan lebih lanjut boleh klik di SINI

Hati mana yang tak meruntum sedih...naluri mana yang tidak tersentuh takkala terlihat wajah sikecil ini....hanya titisan air mata yang dapat mentafsirkan bagaimana pilunya hati menatap wajah ini.....Ya Allah....tak mampu nak membayangkan betapa sakitnya si kecil ini...melihat linangan airmatanya sahaja sudah boleh digambarkan kesakitan yang dialami beliau....

Kite membaca kisah sikecil ini dari blog Melly dan mengetahui bahawa keluarga si kecil ini memerlukan bantuan dari segi kewangan bagi membantu kos rawatan adik Faris yang mencecah ribuan ringgit. Adik Faris disahkan mengidap Hemophagocytic Lymphohistiocytosis HLH , penyakit yang dilaporkan mampu mengancam nyawanya.....

Andai ada yang sudi menghulurkan bantuan bolehlah di hulurkan ke akaun Maybank milik ayah Faris 1628-5200-2738 (Shamrulismawi Ismail). Muga dengan sedikit bantuan dari semua dapat meringankan tanggungan keluarga ini.....InsyaAllah..

Muga senyuman ceria ini bakal terukir kembali di wajah si comel ini...

Doa dari saya muga adik Faris Nur Daniel senantiasa dilindungi serta dalam lindungan Allah SWT. Semuga secebis senyuman akan terukir di bibir si kecil ini.....sama² lah kite mendoakan muga keluarga ini terus tabah dalam menghadapi ujian-Nya dan semuga adik Faris cepat sembuh....


Saturday, February 18, 2012

SUP TULANG

SUP TULANG ~~ kat sini kite nak kongsi resepi sup tulang yang kite perolehi dari kenalan fb Jun yang menetap nun jauh dari Malaysia. Selalu kite masak cara sendiri dan kali ni nak cuba resepi ni sebab ada antara kawan² yang dah cuba dan mengatakan ianya sedap.

Cara dan resepi yang simple dan memang best makan panas². Kena pulak ada sambal kicap....memang berapi lah makan kan....cicah roti pun hebat..!

Sumber Resepi : Junsalela fb
Bahan-bahannya :-
1 kg tulang lembu
4 helai daun pandan
3 ulas bawang putih - diketuk - ini kite tambah
4 sudu makan rempah sup
Rempah tumis 4 sekawan
garam secukup rasa
Gula - kite tak bubuh
3 sudu tepung dhal dicampur sedikit air untuk pekatkan kuah -

Hirisan daun bawang & bawang goreng

Bahan kisar halus@tumbuk :-
30gm lada padi - kite tak bubuh
100gm bawang kecik - kite guna 8 biji bawang merah
30gm bawang putih - kite guna 5 ulas
50g halia - kite guna dalam 2 inci

Carannya :-
  • Rebus daging bersama daun pandan dan 3 ulas bawang putih yang diketuk.
  • Tumis 4 sekawan dan bahan kisar hingga naik bau dan masukkan rempah sop dan masak hingga garing.
  • Masuk kan ke dalam periuk rebusan daging tadi. Masukkan garam dan seimbangkan rasa.
  • Masukkan tepung dhal dan kacau agar tepung tidak bergentel.
Junsalela info :-
Mix tepung dhal dgn air panas kemudian kacau guna whisk dan tapiskan kedalam sup supaya mengelakkan tepung dhal dari bergentel.


Friday, February 17, 2012

KUEH SAGU (KUKUS)

KUEH SAGU ~~ adalah kueh kegemaran anak bujang kite sorang ni, memang tersangatlah sukanya Akid kueh ni....macam selera Umminya jugak. Asal kueh berasaskan sagu, memang pilihan hati....best sangat kueh sagu ni...

Hasil kueh ni memang gegarrrrr....gegarrrrr gitu...kalau jentik meja pun dah nampak gegaran mengoda kueh sagu ni....memang dah ngam sangat dengan selera kite...so kalau nak potong tu...mcm cerewet sikitlah. Setelah pernah mencuba banyak kali mencuba dengan pelbagai resepi, ternyata kali ni kite happy dengan hasilnya....menepati citarasa kite..!

Sumber : Dapur Kak Ct Delima
Resepi Asal : Mama kastam Myr
Bahan-bahannya : -
1 gelas sagu biji kecil
3 gelas air

3/4 gelas gula pasir
Sedikit pewarna merah
1/2 biji kelapa parut putih sahaja
1 sudu kecil garam
1 sudu teh esen rose

Cara-caranya :-
  • Didihkan air dalam periuk kukus. Balut tutup pengukus dengan tuala bersih.
  • Dalam periuk yang lain, jerangkan air yang dicampur pewarna merah sehingga mendidih. Kemudian masukkan sagu biji dan kacau rata.
  • Selepas itu, masukkan pula gula, gaul rata. Apabila adunan nampak pekat sedikit, masukkan kedalam loyang 8 1/2 " x 8 1/2 " x 1 "
  • Kukus adunan tersebut kedalam periuk kukusan selama 20 minit. Walaupun kuih ini boleh di kacau saja di dalam periuk tetapi apabila di kukus, hasilnya lebih cantik sebab sagunya akan nampak berbiji-biji dan lebih enak lagi rasanya.
  • Apabila sudah masak, sejukkan dan potong ikut suka dan gaul dengan kelapa, siap. (Kite masukkan dalam acuan kecil-kecil supaya senang dihidang, tak perlu dipotong-potong).


Sebelum masuk dalam kukusan, memang putih sagu tu masih kelihatan tapi lepas kukus...ianya cantek menjadi...!

Kite buat dalam acuan kecil² macam Kak Ct buat so senang nak makan, tak yah potong². keluarkan, gaul kelapa....masuk molut....settled..!

Thursday, February 16, 2012

BLUEBERRY CUSTARD PUFF

BLUEBERRY CUSTARD PUFF ~~ satu hidangan yang ringkas dan boleh menarik minat anak² makan. Sesuai untuk hidangan minum petang bersama ten O panas...memang layan sungguh anak tekak....comey² jer puff ni....cute dan senang nak makan...sekali ngap pun boleh...kalau nak sopan sikit 2 kali gigit lah....heehee....nampak ayu sikit...

Tangan si cilik kesayangan kite tu...nak interframe gak masa sesi photography Umminye....demam tu tapi alhamdulillah semalam makan jugak 3 ketoi puff comey tu....sedap katanya....tapi malam tadi suhu badan mendadak naik....terus bawak g klinik....malam pengsan tapi merengek dalam tido....doakan muga Jejaka idaman kite ni cepat sembuh ye....amin..

So jangan x xuba resepi ni....senang dan sedap...rapuh serta terasa lemak² kastard tu dengan masam² blueberry tu....kire ngam sangat...

Sumber Resepi : CMG TiffinBiru
Bahan-bahannya :-
2 keping puff pastry jenama KAWAN - saiz 4 inci x 4 inci
Custard secukupnya
Blueberry filling secukupnya - kite guna jem jer.
Telur untuk disapu atas pastry
Sedikit snow powder @ gula aising

Caranya :-
  • Ambik sekeping puff pastry, potong 4, ambil satu bahagian, potong seperti dalam gambar, kemudian lipat seperti ditunjukkan hingga menjadi bentuk kipas. Susun dalam dulang pembakar, buat kaedah sama untuk selebihnya. Sapu telur dan bakar pada suhu 190C selama 15 - 20 minit, dan jika oven ada ada fungi kipas, boleh "on" kan. Bila masak, sejukkan atas jaringan .
  • Isi custard tadi dalam piping beg, paip kan ditengah2 pastry tadi, sudukan sedikit blueberry filling atasnya. Buat hingga siap, ayak sedikit snow powder atau gula aising atas setiap pastry tadi....Boleh hidang kann....

BahanUntuk kastard :-
1 camca besar tepung kastard
1 camca besar gula kastor
2/3 cawan susu segar
15 gram mentega - kurang lebih 1 camca teh
2 camca teh esen vanilla

Caranya :-

  • Satukan semua bahan untuk kastard kecuali mentega dan esen vanilla. Kacau rata dengan whisk dan masak dengan api perlahan sambil terus dikacau hingga pekat. Padam api, tambah mentega dan esen vanilla, kacau rata dan biar sejuk. Ketepikan.
Di sini kite sertakan cara nak melipat puff ni sehingga terbentuknya seakan kipas comey tu...senang jer...



Gambar step by step nak melipat puff ni kite ambil dari blog CMG dengan keizinkan beliau ye....TQ CM sebab izinkan saya copy & paste jer gambar ni.


Ini adalah blog peribadi. Sekadar mengisi masa lapang serta berkongsi apa yang kita rasa. Oleh itu apa jua coretan mahupun pendapat yang kita coretkan diblog ini adalah dari pandangan kita sendiri. Pada sesiapa yang tidak setuju, tidak suka mahupun loya membaca coretan kita ini....tiada paksaan untuk mengikuti mahupun menyetujui pendapat kita ok...!!!!

Nak baca banyak lagi cerita ceriti...kena klik " OLDER POST '' okkk..!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...