Monday, February 13, 2012

RICH COCOA PUDDING

RICH COCOA PUDDING ~~ resepi ulang tayang yang kite dah pernah buat banyak kali jugak...alasannya sebab sedap tu yang dok buat dan buat dan buat. Memang suke sebab sebagai pengemar tegar coklat tentunya dessert macam ni memang menjadi peberet lah kan....memang terasa keenakkan coklat tu....dah nama pun Rich Cocoa Pudding...ye tak gitu...?

Pada kite memang dessert ni best dan pastinya beberapa blogger lain yang dah pernah cuba pun pasti sependapat dengan kite kan...? Tapi bagi yang tak suka coklat mungkin mempunyai pendapat yang berbeza, dah namapun selera tak sama kan...so tak boleh nak ikut pakai apa yang dibaca dan tengok sahaja. Nak tahu kenalah cuba sendiri dan tafsirkan mengikut pandangan peribadi....apapun pada kite....memang syokkkk makan....!

Jom intai resepi mudah sangat nak buat. Sesuai untuk minum petang dan ketika majlis² tertentu.

Sumber Resepi : CMG TiffinBiru
Resepi Asal : Datin Jun
Bahan-bahannya :-
4 1/4 cawan air
1/2 cawan serbuk koko - diayak
1 cawan gula pasir
1/2 cawan susu tepung - diayak
1/2 camca teh garam
4 camca besar tepung jagung
1/2 camca teh esen vanilla
10 g serbuk jelly - kite guna konnyaku jelly
3 camca besar mentega
1 tin buah-buahan cocktail

Bahan untuk sos Custard :-
1 tin susu sejat "Ideal"
1 tin air - sukat guna tin susu
3 sudu besar gula
1 biji telur - dibuang tali pusatnya
Sedikit esen vanila
2 sudu tepung kastard - dibancuh bersama sedikit air

Caranya :-
  • Untuk Puding :- Satukan semua bahan² untuk pudding kecuali mentega, kacau rata dengan whisk hingga gula larut, tapis ke dalam periuk dan masak dengan api sederhana sambil dikacau tanpa henti hingga adunan likat. Matikan api, masukkan mentega dan kacau rata2. Tuang dalam bekas kegemaran anda, biar hilang wap panas dan simpan dalam peti sejuk. Kena cepat ye sebab adunan lekas mengeras.
  • Untuk Sos Custard :- Satukan kesemua bahan kecuali bancuhan tepung kastard. Bila gula dah larut, masukkan bancuhan tepung kastard dan kacau hingga mendidih kecil. kena kacau selalu supaya susu tak berkepala. Bila dah sebati bolehlah ditutup api.
  • Hidangkan bersama buah-buahan cocktail.


2 comments:

  1. fuyoo, yang hitam tu yg menawan kan hehe, samalah kita gilakan coklat

    ReplyDelete
  2. Good idea la makan dgn sos custard tu. bagus, kan. at least balance la rasa coklat tu.

    ReplyDelete

Ini adalah blog peribadi. Sekadar mengisi masa lapang serta berkongsi apa yang kita rasa. Oleh itu apa jua coretan mahupun pendapat yang kita coretkan diblog ini adalah dari pandangan kita sendiri. Pada sesiapa yang tidak setuju, tidak suka mahupun loya membaca coretan kita ini....tiada paksaan untuk mengikuti mahupun menyetujui pendapat kita ok...!!!!

Nak baca banyak lagi cerita ceriti...kena klik " OLDER POST '' okkk..!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...