TALAM ROTI PAUN ~~ memang best dan sedap sangat bagi kite dan sungguh tak rugi mencuba buat. Walaupun agak remeh dari talam biasa tapi bila dah makan....rasa berbaloi keremehan itu. Sejak tengok Kak Azlita buat terus semangat nak membuatnya tu....adoiiii rasa tak sabar². Tapi seyes cakap memang kite puas hati sangat².
Kite buat macam cara dan sukatan yang Kak Ita buat iaitu 1/2 adunan dari adunan asal. So bagi yang nak cuba buat untuk adunan penuh bolehlah ke blog Yatie dan ikut sukatan di situ ye. Kite buat 1/2 jer pun dah puas makan untuk keluarga kecil ni. Kalau nak buat untuk jamuan atau kenduri better buat 1 adunan lah kan...
Resepi Asal : Chef Asma
Sumber Resepi : Masam Manis
Lapisan Bawah :-
4 keping roti Butterscotch ~
resepi asal roti putih
3 keping roti Choco Raisin ~
resepi asal roti putih
1 biji telur
1/4 cwn gula halus
Secubit garam
100 ml santan pekat
125 ml air
1/4 sk vanilla essence
Caranya :-
- Panaskan kukusan. Sediakan loyang bulat berukuran 8 inc
- Oleskan minyak makan pada loyang dan lapik dasar loyang dengan plastik. Oleskan juga minyak pada plastik.
- Roti dipotong kecil atau di carik-carik. Ketepikan. Satukan semua bahan-bahan dan kacau dengan whisker hinga sebati.
- Masukkan roti tadi dalam adunan dan rendam roti selama 30 minit atau sehingga roti lembut dan adunan telah meresap kedalam roti. Tuangkan adunan dalam loyang.
- Tutup loyang dengan aluminium foil atau balut tutup kukusan dengan kain (utk mengelakkan air menitis atas kuih
- Kukus adunan selama 25 minit. Sementara menunggu adunan masak kita sediakan lapisan tengah
Lapisan tengah :-
1/4 cwn tepung gandum
1/4 cwn gula halus
Secubit garam
1 biji telur
100 ml santan pekat
100 ml air
sedikit pewarna hijau
sedikit perisa pandan
Caranya :-
1/4 cwn gula halus
Secubit garam
1 biji telur
100 ml santan pekat
100 ml air
sedikit pewarna hijau
sedikit perisa pandan
Caranya :-
- Satukan semua bahan-bahan. Dengan menggunakan whisker kacau adunan hingga sebati
- Tapiskan adunan kedalam periuk dan masak dengan menggunakan api yang kecil. Sentiasa mengacau adunan hingga naik wap
~ adunan jangan terlalu pekat dan jangan terlalu cair kepekatan anggaran susu pekat sahaja
Tutup api ~~
Tutup api ~~
- Apabila lapisan bawah sudah masak, keluarkan dari kukus. Lap jika ada air pada permukaan kuih
- Cakar permukaan kuih dengan garfu. Kemudian tuangkan adunan lapisan tengah
- Tutup semula dengan aluminium foil dan kukus selama 25 minit lagi.
- Sementara menunggu lapisan tengah masak, kita sediakan lapisan atas pula.
Lapisan atas :-
1/4 cwn tepung kastard
1/4 cwn gula halus
Secubit garam
1/8 sk vanilla essence
2 biji telur
100 ml santan pekat
100 ml air
sedikit pewarna kuning atau oren ~ tak letak pun takpe
Caranya :-
- Satukan semua bahan-bahan. Dengan menggunakan whisker kacau adunan hingga sebati
- Tapiskan adunan kedalam periuk dan masak dengan menggunakan api yang kecil. Sentiasa mengacau adunan hingga naik wap
~ Adunan jangan terlalu pekat dan jangan terlalu cair kepekatan anggaran susu pekat sahaja
Tutup api
- Apabila lapisan tengah sudah masak, keluarkan dari kukus. Lap jika ada air pada permukaan kuih
- Cakar permukaan kuih dengan garfu. Kemudian tuangkan adunan lapisan atas
- Tutup semula dengan aluminium foil dan kukus selama 30 minit atau sehingga talam masak dengan sempurna
- Jika tidak tutup permukaan loyang atau tidak balut tutup kukus dengan kain, lap tutup kukus setiap 5 minit untuk menghasilkan permukaan kuih yang kelihatan licin dan rata
- Setelah kuih masak sejukkan hingga benar-benar sejuk barulah di keluarkan dari loyang. Potong talam dengan menggunakan pisau plastik yang di oleskan dengan sedikit minyak makan, ini untuk mendapatkan potongan talam yang cantik
Salam Umi...cantik betul talam ini...one of the best yang akak tenguk
ReplyDeleteWsalam Sis Paty ~~ Thanks dan saya hargai sangat komen sis..♥
ReplyDeletebyk step jugakkan nak buatnnya, apapun bak lah sepotong bagi tina rasa
ReplyDelete