Showing posts with label BROWNIES. Show all posts
Showing posts with label BROWNIES. Show all posts

Tuesday, December 23, 2014

CHEWY GOOEY YUMMY BROWNIES

CHEWY GOOEY YUMMY BROWNIES ~~ dah lama sangat tak ada agenda baking mem baking di dapur UmmiAkid ni...dah 2 tahun sejak menetap di KK ni. Selalu buat kek mesti cari yang versi kukus.....alasannya biarlah rahsia... :) kira brownies ni permulaan bagi pertapaan selama 2 tahun lah kekununnya....

Buat brownies ni untuk bekalan nak ronda ronda ke Kudat sempena cuti sekolah ni....dah hampir penghujung cuti sekolah baru berkesempatan bawa Akid jalan jalan memandangkan Abi nya sangat sangat sangat sangat lah sibuk....nampak tak sibuk sangat kan.... :) Alhamdulillah minggu ni dapat jugak plan kami nak ronda ronda walaupun plan asal nya ke destinasi lain....tapi tak kisahlah kan yang penting masa bersama keluarga itu terlaksana....

Kali ni kita cuba resepi brownies dari blog Kak Azlita....kita suka walaupun bagi kita agak manis sikit....so kalau ada yang nak mencuba bolehlah kurangkan gulanya ikut kesesuaian selera masing-masing ye...satu bahan yang kita tak bubuh adalah kekacang.....sebab kita tak suka.

Sumber Resepi :- Kak Azlita Masam Manis
250 gm butter ~ potong kecil
400 gm coklat masakan ~ potong kecil

Mula-mula kita perlu cairkan dahulu butter dan coklat masakan.
Bahan-bahan ini perlu di cairkan menggunakan kaedah double boiler.
Atau boleh juga dicairkan  dalam microwave anggaran masa 30 saat, kemudian keluarkan dan kacau hingga adunan cair dan licin.
Biarkan ia sejuk sebentar

90 gm tepung 
50 gm serbuk koko
100 gm kekacang ~ di panggang dahulu - kite tak bubuh

Ayak tepung bersama serbuk koko.
Kacang di panggang dahulu. Kalau masukkan dalam oven bakar pada suhu 170 selama 15~20 minit
Kemudian campurkan kekacang dalam adunan tepung dan koko yang telah di ayak.
* kekacang terpulang pada citarasa nak letak boleh tak letak pun boleh.

5 biji telur ~ saiz A
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar coklat emulco
290 gm gula perang

Panaskan oven pada suhu 160 C.
Sediakan loyang bersaiz 9X12 inc. 
Sapukan loyang dengan sedikit butter.
Alas dasar loyang dengan kertas minyak.

Dalam bekas, pukul telur, esen vanilla, coklat emulco dan gula perang dengan menggunakan whisk hingga gula larut.
Kemudian tuangkan adunan coklat dan butter kedalam adunan telur tadi.
Kacau rata.
Dengan kadar segera tuangkan adunan tepung ke dalam adunan.
Kacau adunan dengan spatula menggunakan kaedah kaup balik dengan cepat.
* proses ini hendaklah dilakukan dengan cepat kerana adunan coklat yang bercampur dengan adunan telur cepat likat dan akan menyukarkan proses untuk meratakan tepung.
* Jangan terlebih pukul adunan, cukup sekadar ia rata dan bersatu.

Tuangkan adunan ke dalam loyang.
Ratakan.
Bakar adunan pada suhu 160C selama 45 minit atau sehingga adunan masak dengan sempurna.
Setelah masak keluarkan dari oven. Rehatkan atau biarkan ia sejuk anggaran 10 minit.
Potonglah brownies kepada kepingan.
* Permukaan brownies akan mengeras bila ia sejuk, oleh itu di nasihatkan untuk memotong brownies dengan segera.

Wednesday, March 7, 2012

CHEWY BROWNIES

CHEWY BROWNIES ~~ kali ni nak share satu resepi yang selama ni tak pernah nak cuba buat lagi sebab 1st time buat dulu ianya (resepi lain ye...) ianya macam tak berapa nak minat makan...bukan tak sedap hanya tak berapa suke nak makan. Tapi kali ni kite cuba resepi yang diperolehi dari kenalan fb Sis Delima Haazad nun jauh di Singapura dan ternyata ianya berbaloi² cuba sebab......sedap sangat. Bila makan macam tak terasa....laju jer masuk molut. Keterujaan nak cuba buat lebih mengoda bila kenalan fb yang sowang ni kata best sangat brownies ni....pandai mengoda dhak Tina ni....

Walaupun sedapppp bangat bagi kite namun Jejaka Idaman Malaya ku sorang tu...budak tecit tu tak nak makan.....paksa makan pun hanya 1/2 potongan jer berjaya dihabiskan....maklum le Akid ni lebih teruja dengan kueh² tradisional....selera orang lama....veteran gitu.....heehee....tapi seyes cakap....sedap tau brownies ni kalau yang gemarkan tekstur chewy² gitu.....

So jangan segan²....jangan malu²....jangan pandang²...mari rapat² skodeng resepi ni....buat okey. Tak rugi untuk mencuba. Tq Sis Delima sebab share resepi best ni....itulah seronoknya kalau berkawan dengan orang yang suka berkongsi ilmu ni....banyak ilmu diperolehi dan banyak pahala bagi yang berkongsi asalkan ikhlas dalam segalanya.....

Sumber Resepi : Kak Delima Haazad
Bahan-bahannya :-
125g butter
200g dark chocolate - kite guna Van Hounten
3 eggs
1 ¾ cup caster sugar - kite kurangkan sikit sukatan
1 tsp vanilla essence
1 ½ cup plain flour (sifted)
1/3 cup cocoa powder (sifted)
2 cups chopped nuts of your choice - kite guna walnut

Method :-
  • Preheat oven to 180 degrees celcius. Brush a shallow 8x11 inch tin with melted butter. Line the base with baking paper, extending over the two long sides.
  • Double-boil butter and dark chocolate until melt. Add caster sugar, mix well. Remove bowl of mixture from pan of simmering water.
  • Add eggs, one at a time. Mixing thoroughly with every addition. Add vanilla essence. Mix well.
  • Add sifted flour and cocoa powder. Mix well. Add nuts. Mix well and pour mixture into the prepared tin and bake for 30 minutes.

Ini adalah blog peribadi. Sekadar mengisi masa lapang serta berkongsi apa yang kita rasa. Oleh itu apa jua coretan mahupun pendapat yang kita coretkan diblog ini adalah dari pandangan kita sendiri. Pada sesiapa yang tidak setuju, tidak suka mahupun loya membaca coretan kita ini....tiada paksaan untuk mengikuti mahupun menyetujui pendapat kita ok...!!!!

Nak baca banyak lagi cerita ceriti...kena klik " OLDER POST '' okkk..!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...