Thursday, February 19, 2015

DONUT KENTANG



DONUT KENTANG ~~
Agak lama juga memeram resepi ni yang kita perolehi dari FB dulu. Agak top juga resepi dari Tahrunnisah ni bila ramai yang mencuba dan mendapat komen yang sangat positif. Setelah agak lama memeram resepi ni makanya kerajinan datang untuk mencuba. Alhamdulillah memang menjadi dan gebu sangat. Sangat-sangat puas hati bila lihatkan hasilnya. Terima Kasih pada Tahrunnisah atas perkongsian ilmu ni muga mendapat pahala yang berterusan.

Memang bestlah donut ni dan pasti akan buat lagi dan lagi menggunakan resepi ini. Jom cuba resepi donut yang lembut dan sedap ni....senang jer dan yang penting InsyaAllah hasilnya tak mengecewakan.



Sumber Resepi : Tahrunnisah FB
Bahan-bahannya :-

250gm tepung gandum
1 biji kentang - Rebus dan lenyek
1 biji telur + 1/2 sudu kecil garam - dipukul dalam bekas lain
2 sudu susu tepung - Jenama apa pun boleh
70-100ml air ais
1 1/2 sudu besar shortening atau marjerin
2 sudu besar gula
1 sudu kecil baking powder
1 3/4 sudu kecil yis

Satukan bahan-bahan kering dan gaul rata.
Masukkan telur yang telah dipukul  manja tadi. Gaul bagi rata.
Letakkan air sedikit demi dan uli sehingga adunan sebati dan kental. Kemudian masukkan shortening atau pun marjerin dan uli adunan hingga lembut dan elastik hingga tak melekat di tangan. Anggaran dalam 30 minit.

Tutup adunan dengan towel atau plastik wrap dan biarkan seketika. Biarkan doh naik sekali ganda. Boleh juga letak di dalam oven yang dipanaskan. Jangan On oven bila dah letak doh tu. Kita buat gitu sebab nak cepat.

Selepas doh naik berganda, tumbuk-tumbukkan doh untuk mengeluarkan angin.

Bulat-bulatkan doh dalam 25gm dan biarkan dalam 5 minit. Lepas tu tekan sedikit dan lobangkan. Setelah itu biarkan doh naik sekali lagi. Seketika sahaja sebab nanti bila terlalu naik doh akan terlalu lembut.

Bolehlah menggoreng dan balik-balikan donut supaya bulatnya menjadi cantik. Bila kuning keemasan bolehlah diangkat dan sejukkan seketika sebelum taburkan gula. Cara mudah masukkan dalam plastik dan goncangkan supaya gula merata.





2 comments:

  1. Nmpk donat ptg2 cmni...bestnya la hai....
    Sy nk try resepi akk ni...cam best jer ..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Asyifa : Cubalah...pada akak mmg gebu dan rasa berjaya sangat buat donut kali ni...harap menepati citarasa syifa gak.... :)

      Delete

Ini adalah blog peribadi. Sekadar mengisi masa lapang serta berkongsi apa yang kita rasa. Oleh itu apa jua coretan mahupun pendapat yang kita coretkan diblog ini adalah dari pandangan kita sendiri. Pada sesiapa yang tidak setuju, tidak suka mahupun loya membaca coretan kita ini....tiada paksaan untuk mengikuti mahupun menyetujui pendapat kita ok...!!!!

Nak baca banyak lagi cerita ceriti...kena klik " OLDER POST '' okkk..!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...