Tuesday, December 23, 2014

CHEWY GOOEY YUMMY BROWNIES

CHEWY GOOEY YUMMY BROWNIES ~~ dah lama sangat tak ada agenda baking mem baking di dapur UmmiAkid ni...dah 2 tahun sejak menetap di KK ni. Selalu buat kek mesti cari yang versi kukus.....alasannya biarlah rahsia... :) kira brownies ni permulaan bagi pertapaan selama 2 tahun lah kekununnya....

Buat brownies ni untuk bekalan nak ronda ronda ke Kudat sempena cuti sekolah ni....dah hampir penghujung cuti sekolah baru berkesempatan bawa Akid jalan jalan memandangkan Abi nya sangat sangat sangat sangat lah sibuk....nampak tak sibuk sangat kan.... :) Alhamdulillah minggu ni dapat jugak plan kami nak ronda ronda walaupun plan asal nya ke destinasi lain....tapi tak kisahlah kan yang penting masa bersama keluarga itu terlaksana....

Kali ni kita cuba resepi brownies dari blog Kak Azlita....kita suka walaupun bagi kita agak manis sikit....so kalau ada yang nak mencuba bolehlah kurangkan gulanya ikut kesesuaian selera masing-masing ye...satu bahan yang kita tak bubuh adalah kekacang.....sebab kita tak suka.

Sumber Resepi :- Kak Azlita Masam Manis
250 gm butter ~ potong kecil
400 gm coklat masakan ~ potong kecil

Mula-mula kita perlu cairkan dahulu butter dan coklat masakan.
Bahan-bahan ini perlu di cairkan menggunakan kaedah double boiler.
Atau boleh juga dicairkan  dalam microwave anggaran masa 30 saat, kemudian keluarkan dan kacau hingga adunan cair dan licin.
Biarkan ia sejuk sebentar

90 gm tepung 
50 gm serbuk koko
100 gm kekacang ~ di panggang dahulu - kite tak bubuh

Ayak tepung bersama serbuk koko.
Kacang di panggang dahulu. Kalau masukkan dalam oven bakar pada suhu 170 selama 15~20 minit
Kemudian campurkan kekacang dalam adunan tepung dan koko yang telah di ayak.
* kekacang terpulang pada citarasa nak letak boleh tak letak pun boleh.

5 biji telur ~ saiz A
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar coklat emulco
290 gm gula perang

Panaskan oven pada suhu 160 C.
Sediakan loyang bersaiz 9X12 inc. 
Sapukan loyang dengan sedikit butter.
Alas dasar loyang dengan kertas minyak.

Dalam bekas, pukul telur, esen vanilla, coklat emulco dan gula perang dengan menggunakan whisk hingga gula larut.
Kemudian tuangkan adunan coklat dan butter kedalam adunan telur tadi.
Kacau rata.
Dengan kadar segera tuangkan adunan tepung ke dalam adunan.
Kacau adunan dengan spatula menggunakan kaedah kaup balik dengan cepat.
* proses ini hendaklah dilakukan dengan cepat kerana adunan coklat yang bercampur dengan adunan telur cepat likat dan akan menyukarkan proses untuk meratakan tepung.
* Jangan terlebih pukul adunan, cukup sekadar ia rata dan bersatu.

Tuangkan adunan ke dalam loyang.
Ratakan.
Bakar adunan pada suhu 160C selama 45 minit atau sehingga adunan masak dengan sempurna.
Setelah masak keluarkan dari oven. Rehatkan atau biarkan ia sejuk anggaran 10 minit.
Potonglah brownies kepada kepingan.
* Permukaan brownies akan mengeras bila ia sejuk, oleh itu di nasihatkan untuk memotong brownies dengan segera.

No comments:

Post a Comment

Ini adalah blog peribadi. Sekadar mengisi masa lapang serta berkongsi apa yang kita rasa. Oleh itu apa jua coretan mahupun pendapat yang kita coretkan diblog ini adalah dari pandangan kita sendiri. Pada sesiapa yang tidak setuju, tidak suka mahupun loya membaca coretan kita ini....tiada paksaan untuk mengikuti mahupun menyetujui pendapat kita ok...!!!!

Nak baca banyak lagi cerita ceriti...kena klik " OLDER POST '' okkk..!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...