Tuesday, December 16, 2014

KUEH PENYARAM

KUEH PENYARAM ~~ Ini kali serius jakun tak pernah makan walaupun pernah nampak kueh ni....mungkin sebab tak berani nak cuba atau ntah erkkk...kenapa...? rupanya kueh ni sangat sedap bagi kita yang 1st timer makan. Kueh ni bukan kita buat ye....cuma nak berkongsi cerita kejakunan bila pertama kali makan....heeeheee....ada juga di kenali dengan kueh topi atau cucur jawa.

Kueh ni pemberian tuan rumah yang kita tinggal di KK ni beri masa perjumpaan pertama setelah 2 tahun menyewa rumahnya.....al-maklum lah kan bila urusan penyewaan semuanya diuruskan oleh Syarikat suami bekerja dan agen yang dilantik....maka idak le jumpa empunya rumah....kira segalanya pertama kalilah....
sangat sangat baik hati Kak Ummi ni. Terima kasih kak kerana bagi kueh ni yang rupanya memang sedap....kita suka....cuma agak berminyak dan kena guna tissu untuk serap minyak tu tapi tidak menyusahkan pun....

Ada 2 perisa kueh pemberian Kak Ummi ni....gula merah dan pandan, dua dua sedap dan rasanya semangat nak belajar buat kueh ni....tindakan pertama kena skodeng resepi dan tindakan seterusnya biarlah rahsia..... :) kalau ada post susulan tentang kueh ni maka semangat nak belajar tu tidaklah pudar.....kalau tak ada makanya sendiri mau ingat lah ye... hahaaa.....

4 comments:

  1. salam lily
    akk klu nak wat sendiri pun berkira2 jgk nie..snng beli jew kan,,klu kt sini x de yg warna hijau kan,

    ReplyDelete
  2. Assalam lily
    akak pun tak pernah lagi makan kuih ni..dulu2
    arwah atok orang johor memang pernah nampak kat dapur bila balik kampung dimuar tapi tak pula
    dapat rasa mungkin juga sebab akak kecik lagi dan patternnya tu tak menarik
    hati seorang budak kecik so tak makan lah..samapilah sekarng yang dah tua kerepot
    pun tak lagi pernah rasa...hehe

    akak terbaca lily buat kuih bom kat bawah tu meletup ya..
    kalaulah nak cuba lagi bolehlah cuba recipe alongroz kuih bom
    nya tak meletup sebab ada bubuh mashed keledek..serious
    akak buat dia tak meletup cubalah next time...kalau nak cubalah..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. As salam sis Ayu...thanks ye bagi info pasal kueh bom tu...InsyaAllah saya akan cuba resepi AlongRoz tu... sebab saya memang suka kueh ni cuma bila 1st time buat meletup...fobia sebab dahsyat letupan yang saya alami...

      Delete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Ini adalah blog peribadi. Sekadar mengisi masa lapang serta berkongsi apa yang kita rasa. Oleh itu apa jua coretan mahupun pendapat yang kita coretkan diblog ini adalah dari pandangan kita sendiri. Pada sesiapa yang tidak setuju, tidak suka mahupun loya membaca coretan kita ini....tiada paksaan untuk mengikuti mahupun menyetujui pendapat kita ok...!!!!

Nak baca banyak lagi cerita ceriti...kena klik " OLDER POST '' okkk..!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...