Monday, December 1, 2014

PAU INTI KELAPA

PAU INTI KELAPA ~~ cubaan kali ke-2 membuat pau....suka kueh ni tapi kurang pandai dalam membuatnya sebab sokmo tak mencapai piawan kegebuan dan kemontokan yang diharapkan. Kali ni agak berjaya tentang kegebuannya walaupun agak kasar sarang pau tu....ehhh faham ke apa yang kita merepek ni...tak kisahlah kan yang penting pau kali ni habis licin tanpa bersisa....alhamdulillah kira menjadi dengan jayanya berbanding cubaan terdahulu...

Walaupun agak kedekut inti..... terasa macam dan banyak sangat bubuhnya sekali dah siap kukus....alahai...kedekutnya rasa diri ni...


Resepi pau kali ni kita cuba hasil perkongsian dari rakan di group FB MyCAT sis Asma Ibrahim....TQ sis sebab sudi kongsi resepi pau. Alhamdulillah menjadi buat pertama kali menggunakan resepi ni dan percubaan ke-2 membuat pau sepanjang hidup kita..... :) Pelik tetapi benar OK....
Sumber Resepi :- Asma Ibrahim FB MyCAT
Bahan A :-
3 cawan tepung gandum - nak guna tepung pau pun boleh
2 sudu besar gula
2 sudu besar vegetable shortening
1 sudu besar Yis
1/2 sudu kecil baking powder

Bahan B:-
2 sudu besar susu tepung
Air secukupnya - lebih kurang 1 cawan
Garam
** Satukan Bahan B

Caranya :-
Yis dicampukan dengan 2-3 sudu besar air suam bersama 1 sudu kecil gula. Biarkan sampai kembang.
Kemudian satukan bahan A dan masukkan bahan B. Gaul rata dan Uli sampai doh licin.

Doh jangan terlalu lembik atau keras. Tidak melekat di tangan.
Kemudian bahagikan beberapa bahagian dan masukkan inti yang disukai. Perapkan hingga ringan dan kembang.

Boleh di kukus selama 7-10 minit.


Bahan untuk Inti kelapa :-
3 cawan kelapa parut putih - kite guna kelapa muda
1/3 cawan gula merah - kalau nak manis boleh ditambah ikut citarasa.
2-3 sudu besar gula pasir
1 cawan air*(*disatukan dan masak hingga larut)
1 helai daun pandan, disimpul
Sedikit tepung ubi @ jagung


Caranya  :-

Tapis air gula tadi ke dalam kuali, masukkan daun pandan dan didihkan hingga air gula pekat. Tambah kelapa parut putih dan gaul rata, guna kan api kecil. Masak hingga kering tapi masih lembap sedikit. Rasa dan kalau kurang manis boleh ditambah gula ikut manis yang di sukai. Adjust ikut selera sendiri.
Sebelum tutup api letak sedikit tepung ubi atau jagung untuk menghasilkan inti yang sedikit berkilat dan melekit. Sejukkan sebelum diguna.



Saja nak tayang kukus yang kita guna.....padan muka masa pindah tak bawak kukus so kat KK ni kita beli yang ni jer lah ye. Memandangkan keluasan dapur yang lebor selangkah jer tu maka masak guna kukus ni pun dah terasa vouge ala ala MasterChef gitu ok...

No comments:

Post a Comment

Ini adalah blog peribadi. Sekadar mengisi masa lapang serta berkongsi apa yang kita rasa. Oleh itu apa jua coretan mahupun pendapat yang kita coretkan diblog ini adalah dari pandangan kita sendiri. Pada sesiapa yang tidak setuju, tidak suka mahupun loya membaca coretan kita ini....tiada paksaan untuk mengikuti mahupun menyetujui pendapat kita ok...!!!!

Nak baca banyak lagi cerita ceriti...kena klik " OLDER POST '' okkk..!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...