Wednesday, February 1, 2012

KUIH LOPES

LOPES anatara kueh lama yang tak jemu dimakan dan selalunya banyak dijumpai ketika bulan puasa kan. Terfikir nak buat lopes ni bila daun pisang yang asalnya dibeli untuk bakar ikan tapi x terbakar, dari terbuang dan layu macam tu jer...maka mood melopes terajin le sudah....

Kite memang telah diajar dari kecil buat lopes sebegini rupe...memang arwah mak buat macam ni so ini lah cara yang kita praktik bila melopes. Mungkin lain orang lain caranya kan. Mana² pun sama jer...asal buat lopes jadinya lopes....kalau jadi rendang lain cerita pulak kan....????

Okeylah jom nengok cara² mudah kita buat ehhh.....senang jer.

Bahan-bahan untuk pulut lopes :-
1 cawan beras pulut - ( 8-10 keping)
Secubit garam
3 helai daun pandan - dikisar untuk ambil jus
untuk merendam pulut.
Daun pisang
Kelapa parut putih - gaul bersama garam dan kukus sebentar

Bahan untuk air gula :-
2 ketul gula kabung
Air secukupnya
1 helai daun pandan

Caranya :-
  • Bahan untuk air gula disatukan dan masak hingga gula larut. Kemudian ditapis. Ketepikan
  • Pulut direndam 1 jam bersama air daun pandan untuk dapatkan warna serta aroma pandan. Tapis.
  • Daun pisang dipotong dalam ukuran 4'' x 12''
  • Buat kon tiga segi seperti nak bungkus kacang tu dan masukkan pulut paras². Lipat bentuk tiga segi dan cucuk lidi untuk kuatkan lipatan.
  • Rebus dalam air + garam sedikit selama lebih kurang 30-45 minit ikut quantity lopes. Rebus dalam api sederhana besar agar lopes tidak pecah. (Mungkin dalam 1-2 lopes akan pecah oleh itu pastikan lipatan 3 segi itu kejap ye...)
  • Angkat dan tos. Bila sejuk bolehlah digaulkan bersama kepala parut tadi dan makan bersama air gula.
  • Selamat mencuba.

10 comments:

  1. sama mcm mama kc buat tapi mama kc lekatkan 2 lopes dgn tali rafia pastu rebus.

    ReplyDelete
  2. rajinnya k.lily..siap bungkus + lipat² lgi pkai daun pisang tu....

    ReplyDelete
  3. salam lily..
    Sedapnya kuih lopes..
    Kuih ni kegemaran akak sekeluarga..
    Dalili yang paling suka sangat kuih ni .. kalau dia makan mau 4,5 keping.. sekali adap aje..
    Nak bungkus tu mmg agak payah sikit kan.. biasa akak ikat dengan tali tak mau bagi dia terburai atau pecah..
    Ada juga yang buat dalam acuan kan?? tapi akak lagi suka yg bungkus daun pisang wangi aje..

    ReplyDelete
  4. nyum, dah beli dah daun pisang smlm, tapi kelapa parut takde lah pulak - alasan org pemalas hehe

    ReplyDelete
  5. KC ~~ saya buat cucuk lidi jer..nanti boleh jugak kan cuba pakai ikat mcm mak kc buat..


    Ummi Alesya ~~ senang jer kalau dh biasa buat mcm ni. Tapi ada pelbagai cara org buat lopes ni...cuma cara akak cenggini..

    ReplyDelete
  6. Asyifa ~~ bukan rajin...heehee...mmg dh diajar cara begini...so x tau dh cara lain...tapi best sebab harum daun pisang tu....aroma asli.

    ReplyDelete
  7. Tina ~~ dh beli kena buat gak...kalau x nanti tak terbuat...best tau...akak mmg suka lopes..sekali makan mau 3-4 keping...

    ReplyDelete
  8. Kak Azlita ~~ wlsalam...aaahh...saya pun suka kak. Membesar dengan kueh ni sebab dulu arwah mak berniaga kueh. Mcm Dalili gak..sekali makan mmg boleh abis 3-4 keping.
    Nanti saya nak cuba ikat gak pakai tali pulak, sebab masa rebus mmg ada 1-2 keping terburai...tapi dh terbiasa buat mcm ni...

    ReplyDelete
  9. waah syoknya kuih lopes..balut daun pisng lagi..special ;)

    ReplyDelete

Ini adalah blog peribadi. Sekadar mengisi masa lapang serta berkongsi apa yang kita rasa. Oleh itu apa jua coretan mahupun pendapat yang kita coretkan diblog ini adalah dari pandangan kita sendiri. Pada sesiapa yang tidak setuju, tidak suka mahupun loya membaca coretan kita ini....tiada paksaan untuk mengikuti mahupun menyetujui pendapat kita ok...!!!!

Nak baca banyak lagi cerita ceriti...kena klik " OLDER POST '' okkk..!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...