Tuesday, January 31, 2012

TIRAMISU

TIRAMISU lagi...suka sangat makan dessert ni dan ari ni tetiba tekak ni macam teringin pulak maka dengan kerajinan yang ade tu maka terhasil lah tiramisu ni. Kite dah pernah buat dulu sekali tapi menggunakan resepi yang lain kat SINI dan kalau nak di ceritakan berbezaan antara resepi ini memanglah ada dan terus terang kite lebih sukakan tiramisu yang kite buat kali ini. Mungkin sebab 1st time makan dah jenis yang menggunakan telur so tekak ni susah nak berpaling tadah kot....heehee....!

Kite belajar buat tiramisu ni masa aktiviti BAKAT masa menetap di Lumut dulu dan sejak itu terus jatuh cinta dengan tiramisu. Maka kali ni kite share resepi tu bersama ye...so kalau sesiapa nak cuba bolehlah bandingkan sendiri mana yang lebih sesuai dengan selera. Kedua² resepi yang pernah kite buat sedap cuma kite lebih enjoy dengan yang ini....

Bahan-bahannya :-
** KITE BUAT 1/2 ADUNAN DARI RESEPI DIBAWAH**
Bahan A
2 ketul Philadephia Cheese
4 biji kuning telur
3/4 cawan gula halus - ikut kesesuaian manis
Bahan B
1 liter whipping cream @ 3 kotak (200ml)
Biskut Lady finger
Koko powder
Bluberry jem secukupnya
4 sudu Nescaffe + gula - bancuh utk rendam biskut

Caranya :-
  • Pukul bahan A hingga kembang dan ketepikan.
  • Pukul whipping cream hingga sederhana kembang dan satukan dalam bahagian A. Gaul rata.
  • Celup lady finger dalam air nescaffe dan atur dalam bekas kegemaran. Letak adunan tadi cheese dan lapiskan dengan bluberry jem. Lagi banyak bluberry jem lagi sedap. Buat selang seli sebanyak 3 tingkat.
  • Tabur serbuk koko di atas atau hias mengikut kreativiti sendiri.


7 comments:

  1. Okeeeehh set! Nanti akak nak cari biskut tu dulu kat Pantai Selamat Supermarket...kat Giant ada ke x eh? selalu pi Pantai Selamat jek. Akak nak try ni nnt....tqqqq Lily share ni... ^__^

    ReplyDelete
  2. kak lily, klu whipping cream tu pukul sekali dgn cheese tu tak boleh ke?

    ReplyDelete
  3. Kak Ummi ~~ kat Giant tak der...ari tu dh cari. saya pun beli kat Pantai selamat. Cubalah kak ye...harap akak pun suke mcm saya suke...TQ kak

    ReplyDelete
  4. Tina ~~ jangan. nanti cheese tu x naik gebu pulak. Whipping tu cair kan. Pukul asing². Masa whipping tu pun pukul kejap jer baru campurkan dlm adunan cheese.

    ReplyDelete
  5. sedapnye tiramisu.. lame x makan..suka! makan sejuk2 mmg ngam sangat kn :)

    ReplyDelete

Ini adalah blog peribadi. Sekadar mengisi masa lapang serta berkongsi apa yang kita rasa. Oleh itu apa jua coretan mahupun pendapat yang kita coretkan diblog ini adalah dari pandangan kita sendiri. Pada sesiapa yang tidak setuju, tidak suka mahupun loya membaca coretan kita ini....tiada paksaan untuk mengikuti mahupun menyetujui pendapat kita ok...!!!!

Nak baca banyak lagi cerita ceriti...kena klik " OLDER POST '' okkk..!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...