PUDING ROTI PELANGI, memandangkan cuaca hari ni memang lah tersangat terik kat Kuantan ni menggantikan minggu lepas yang hujan tak henti² maka makanan yang sedap ke laluan anak tekak dengan cuaca panas ni adalah puding....sejuk dan nyaman jer bila makan...
Dah lama simpan resepi ni sejak terlihat kenalan fb Tina Othman buat puding ni....tersangatlah cantik hingga mengugat selera nak makan....sedap dan senang sangat nak buat. Sesuai kalau buat di majlis² meraikan tetamu....jom intai resepi mudah dan tak mengecewakan ini....!
Resepi Asal : Kak Nor Secubit garam
Sumber Resepi : Cerita Tina
Bahan- bahannya :-
1 paket (10gm) agar agar serbuk
1 liter/4 cawan air
9 sudu besar gula -kite bubuh 7 sudu sahaja.
4 keping roti gardenia - dibuang kulit
300 ml susu cair
1 biji telur
2 sudu besar mentega
2 helai daun pandan
2 sudu besar sirap ros - tak letak
1 sudu esen vanila - kite tambah
pewarna yang disukai
Caranya :-
- Masak air bersama serbuk agar-agar dan daun pandan sehingga agar-agar larut kemudian masukkan gula. Masak lagi hingga mendidih.
- Kisar roti bersama susu cair dan telur hingga halus.
- Tuangkan ke dalam adunan agar-agar tadi dan masak lagi hingga mendidih (jgn lupa buang dulu daun pandan)
- Masukkan mentega dan kacau hingga mentega cair dan sebati. Bahagi adunan kepada tiga bahagian dan letakkan pewarna yang disukai.
- Curahkan adunan hijau kedalam loyang hingga habis, diikuti kuning dan merah
- Sejukkan dan siap untuk dihidang.
- kalau nak belangkan pun boleh, cuma kena cepat sikit sebab agar agar cepat beku.
cantiknya pelanginya..
ReplyDeletehaha koyak suar akak kata puding tina cantik, tapi sedapkan kak, tina pun ada buat tapi tak entri kan lg, cantik mcm padle pop puding ni
ReplyDeletecomelnya...mesti sayang je nk mkn ni kn
ReplyDeletemencabar tekak sungguh di tengahari yang panas ni
ReplyDeleteNorlie - thanks...
ReplyDeleteTina ~~ seyes cakap...memang tertarik lepas tgk puding sentuhan tina tu, terus simpan resepi dan semalam kena sangat dgn cuaca panas. Memang sedap dan lembut sangat...i likeee.!
ReplyDelete@e_da ~~ thanks, sayangkan...tapi menarik anak saya untuk makan sebab anak saya fussy so bila mcm ni...laju jer makan...
ReplyDeleteErrah - Thanks...sayang nak makan tapi menarik hati anak utk makan...
ReplyDeleteselalu 'tersangkut' dengan makanan kat blog kak Tina juga.. adeh, lawanya puding tu.. tapi mcm sayang lak makan, mcmlah kakak pelawa kan.. ekeke
ReplyDeleteTerkini di Lulu-Pages...
Lulu ~~ thanks sebab sudi ziarah blog ala² ini...puding tu dah abis laa...nak melawa pun dah jadi baja...huhuhu...
ReplyDelete