Monday, January 30, 2012

BUBUR NANGKA CANDIL WARNA WARNI

BUBUR NANGKA CANDIL WARNA WARNI ~~ bubur adalah antara yang kite suka sangat. Boleh dikatakan selalu jugak lah masak dan mesti buat kalau bulan puasa. Bila masak bubur mesti hati tersentuh sebab ini antara kegemaran arwah abah.....arwah abah memang suka makanan manis² cenggini...

Kali ni kite cuba masak bubur nangka bersama candil pulak. Sebenarnya candil ni boleh dicampur dalam pelbagai variasi jenis bubur, memang sedap bila makan...terasa kenyal² dan enak sangat....kali ni kena pulak dengan rasa manis² masam nangka tu....bertambah nikmat rasanya....kalau sejuk lagi best tau...!!

Apapun kite tepek jugaklah resepi mudah ni untuk rujukan bersama kan....walaupun senang jer tapi mana tau lain orang...lain cara membuatnya....tak gitu...??

Bahan Untuk Candil :-
1 1/3 cawan tepung pulut
2 sudu besar tepung gandum
sedikit garam dan gula
air secukupnya
beberapa titis pewarna yang digemari

Caranya :-

  • Satukan air, garam dan gula. kacau agar gula larut.
  • Masukkan ke dalam adunan tepung dan gaul hingga sebati.
  • Bahagiakan doh kepada beberapa bahagian yang perlu untuk berapa warna yang dikehendaki. Kite buat 3 warna
  • Ambil secubit dan gentel bulat kemudian dileperkan sebesar duit seposen.
  • Rebus air hingga mendidih nak masukkan candil yang digentel tadi. Bila timbul bolehlah diangkat dan rendamkan dalam air supaya tak melekat.
Bahan Untuk bubur :-
1 cawan santan pekat
2 1/2 cawan santan cair
6 ulas nangka - disiat kecil
1 ketul gula kabung
1/3 cawan gula pasir
Sehelai daun pandan
Secubit garam

Caranya :-
  • Masukkan santan cair dan gula pasir dan daun pandan ke dalam periuk dan masak biar mendidih.
  • Setelah mendidih masukkan isi nangka, candil dan masak dengan api perlahan.
  • Masukkan santan pekat dan secubit garam.
  • Bila dah naik wap bolehlah ditutupkan api.


7 comments:

  1. sedap..menarik plak kalernyer tu kak lily.. :)

    ReplyDelete
  2. dapnyer...
    http://sunsweetz-miszsunsweetz.blogspot.com/2012/01/retis-remy-ishal-da-ada-bloghuhu.html

    ReplyDelete
  3. waahh..
    ummi..
    look so delicious laa..
    hehe..
    nak sikit?hoho~ =D
    btw..nice entry ummi..

    ReplyDelete
  4. fuyoo, hihi cantik bubur ni

    ReplyDelete

Ini adalah blog peribadi. Sekadar mengisi masa lapang serta berkongsi apa yang kita rasa. Oleh itu apa jua coretan mahupun pendapat yang kita coretkan diblog ini adalah dari pandangan kita sendiri. Pada sesiapa yang tidak setuju, tidak suka mahupun loya membaca coretan kita ini....tiada paksaan untuk mengikuti mahupun menyetujui pendapat kita ok...!!!!

Nak baca banyak lagi cerita ceriti...kena klik " OLDER POST '' okkk..!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...