Sunday, January 8, 2012

SWEET SUGAR BUN

SWEET SUGAR BUN kite buat petang semalam untuk juadah minum petang. Buat bun kosong jer sebab senang nak makan dengan apa jua yang terlintas, nak cicah kopi O ke kari ke....semua buleh. nak sapu jem or makan kosong macam tu tetap terasa nikmatnya....

4 ketul tu kita saje tabur chocalate rice untuk menarik minat jejaka Idaman malaya kite sorang tu untuk makan....budak fussy ni susah nak ikut seleranya....kalau berkenan dimata...makan lah Akid tu....kalau tak paksa macam mana pun...tetap digeleng kepalanya....paling tak tahan dialog berbisa... '' tak shedap ''walaupun belum rasa secubit pun.....memang fussy sungguh Akid ni..! Tapi setidak²nya berjaya jugak suh Akid makan seketul....

Bahan-bahanya :-
500gram tepung roti -(tepung high protein)
2 sudu besar susu tepung@skim milk
1 biji telur - tinggalkan sedikit untuk gliss pada roti nanti
3 sudu besar gula
2 sudu besar madu
1 sudu bread improver
2 sudu shortening
1/2 sudu kecil garam
6gram yis atau 2 sudu kecil yis
220ml air suam
Sedikit gula atau chocalate rice untuk topping

* untuk gliss*
egg wash dari (baki telur ditambah dengan 1sudu besar air dan beberapa titik esen vanila)

Cara-caranya :- ( Doh Roti)
  • Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing, tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan selepas itu boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.
  • Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Setelah menjadi doh ambil plastik bersih dah letakkan doh di dalam plastik itu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.
  • Selepas itu perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastik wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. masa yang diperlukan lebih kurang 40 minit atau satu jam.
  • Selepas itu, tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin, uli sebentar dalam 5 minit, bahagi doh pada beberapa bebola kecil dan bentukkan bulat, susun dalam acuan petak, buleh juga diletakkan dalam acuan roti sandwish, pastikan bun tidak disusun terlalu rapat, supaya bun boleh naik dengan baik, biarkan naik dua kali ganda. Peringatan, acuan petak dan dulang pembakar mesti di alas dahulu dengan baking sheet supaya senang dikeluarkan dari acuan apabila siap di bakar nanti.
  • * kalau doh sedikit lembik...selepas tumbuk keluarkan angin tu taburkan sedikit tepung dan uli sedikit...sekadar agar doh x melekat...
  • Gliss permukaan bun dengan egg wash dan taburkan dengan sedikit gula pasir di atas bun, atau chocalate rice dan akhir sekali, bakar pada suhu 180 darjah selama 18-20 minit atau sehingga permukaan bun perang.
  • Sejukkan atas redai, dan simpan di atas bekas bertutup bagi mengekalkan kelembutan nya. Selamat Mencuba





1 comment:

  1. uiihhh,, dah la tengah lapar nie,, tapi kalau baru nak ikut step tu,, belum siap dah habis,,haha..

    aku follow sini,, klo sudi jemput la singgah blog ku.. :D

    ReplyDelete

Ini adalah blog peribadi. Sekadar mengisi masa lapang serta berkongsi apa yang kita rasa. Oleh itu apa jua coretan mahupun pendapat yang kita coretkan diblog ini adalah dari pandangan kita sendiri. Pada sesiapa yang tidak setuju, tidak suka mahupun loya membaca coretan kita ini....tiada paksaan untuk mengikuti mahupun menyetujui pendapat kita ok...!!!!

Nak baca banyak lagi cerita ceriti...kena klik " OLDER POST '' okkk..!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...