Sunday, October 30, 2011

BLUEBERRY TIRAMISU

BLUEBERRY TIRAMISU dessert yang memangnya sedap dan tak puas makan kalau setakat sikit² menjamah, hati terdetik nak mencuba tiramisu ini sebab tengok sangat mudah nak buat berbanding dengan resepi tiramisu kite belajar dulu masa aktiviti BAKAT satu ketika dulu.

Bahan asas yang sama cuma kali ni ianya menggunakan Blueberry filing tanpa menggunakan telur dan air nescafe itu antara kelainan dan perbezaan dengan tiramisu yang biasa kita buat. Rasanya tetap sedap walaupun kite lebih suke tiramisu yang menggunakan kaedah celup biskut dalam air nescaffe dan menggunakan telur.

Sumber resepi :- Kak Azlita Masam Manis
Bahan untuk syrup :-
150 g blueberry filling
80ml air suam
2 tbsp gula ising ~ optional klu nak manis sikit
sedikit parutan kulit lemon ~ optional

Bahan Cream:-
250g cream cheese
125g whipped cream
125g whipping cream
50g gula icing~ sifted

Hiasan :-
1 peket biskut tiramisu
sedikit buah blueberry segar
Cherry
Coklat urai - kite tak letak - kite gantikan dengan coco powder

Caranya :-
  • Mula² sediakan syrupnya. Campur kesemua bahan dan kacau sebati. Ketepikan.
  • Pukul cream cheese hingga gebu. Masukkan gula icing, pukul seketika.
  • Campurkan kedua² whipped dan whipping cream. Pukul hingga agak pekat dan sebati. Campurkan krim yang dipukul tadi ke dalam adunan cream cheese. Kacau dengan spatula hingga rata.
Cara untuk melapis :-
  • Mula2 letak sedikit syrup, kemudian susun biskut dan letak cream ke atasnya. Boleh juga susun buah jk ada.
  • Ulang hingga adunan habis dan ikut suka nak ber
  • apa banyak layer pun.


5 comments:

  1. Uishhhh .. tergoda. nanti kalau singgah Lily nak order makanan mcm2lah. Hihi.

    ReplyDelete
  2. kak, biskut tiramisu ni mana nak beli? nak sikit hehe

    ReplyDelete
  3. sedapnyaa..menitik nitik air liur ni ehehe

    ReplyDelete
  4. KC - uisshhh...memang nak mengoda ni...

    Tina Othman - biskut tu akak beli kat pasaraya Pantai Selamat kat rumah akak tina...hanya kat situ jer ada jual...giant pun x der cari..

    Princess Nur - menitik ehhh...adoiii...mmg nak bagi nitis ni...nanti cuba lah buat.

    ReplyDelete

Ini adalah blog peribadi. Sekadar mengisi masa lapang serta berkongsi apa yang kita rasa. Oleh itu apa jua coretan mahupun pendapat yang kita coretkan diblog ini adalah dari pandangan kita sendiri. Pada sesiapa yang tidak setuju, tidak suka mahupun loya membaca coretan kita ini....tiada paksaan untuk mengikuti mahupun menyetujui pendapat kita ok...!!!!

Nak baca banyak lagi cerita ceriti...kena klik " OLDER POST '' okkk..!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...