Namun angan² tinggal angan² jer sebabnya macammana nak makan bawah rimbunan pokok ceri....pokok jambu air depan rumah yang di tanam pun abis '' kiok '' di makan kambing...pantang naik tunas baru ...abis di tedasnye....nak kena tembak itu kambing...idak pun owner kambing tu....aiyakkss...melalut sudah.
Sumber resepi : Rini's stories
Bahan-bahannya :-
2 1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung ubi
1 cawan gula
4 cawan air
1 sudu kecil esen vanila - optional
1 helai daun pandan
Kelapa putih parut
Garam
Pewarna -kite guna hijau, kuning dan merah
Caranya :-
- Panaskan kukusan
- 2 cawan air dimasak bersama gula dan daun pandan hingga gula larut. 2 cawan lagi di satukan bersama dengan tepung.
- Satukan bancuhan tepung bersama bancuhan gula tadi. Kacau jangan sampai bergentil atau nak senang blender jerk.
- Masukkan esen vanila kalau suka. Bahagikan kepada beberapa bahagian - ikut berapa warna ye...
- Kukus dalam tempoh 15-20 minit.
- Gaul bersama kelapa parut yang digaul bersama sedikit garam.
hehe ini kuih peberet arwah mak ni, tingat dulu2 dia mesti buat kaler coklat
ReplyDelete