


Bahan-bahannya :-
8-10 keping roti putih - tak perlu disiat² roti tu tapi
kita guna kaedah mengulung roti tu.
200 ml santan - kita guna santan Kara
200 ml air
1 cawan gula - kite letak 3/4 cawan je gula kastor mcm Kak Ummi buat.
4 biji telor - dibuang tali pusat
1 sudu teh garam halus
1/2 sudu teh pes pandan
2 helai daun pandan - disimpul
1 tin fruit cocktail
Caranya :-
- Dalam mangkuk besar, kacau bersama santan, air, gula, telor, garam dan pes pandan dengan menggunakan whisk sahaja.
- Kemudian rendamkan kepingan roti ke dalam adunan di atas dan biar dalam 10 minit.
- Pindahkan kepingan roti yang direndam tadi ke dalam loyang bulat 8 inci ( sapu dulu loyang dengan sedikit mentega). Tuangkan lebihan adunan juga ke dalam loyang.
- Taburkan fruit coctail.
- Letakkan daun pandan yang telah disimpulkan di atas permukaan roti tadi.
- Sediakan kukusan dan bila air mendidih, kukus bingka selama 15 - 20 minit. (balut penutup kukusan dgn kitchen towel agar air kukusan tidak menitis di permukaan bingka).
- Sejukkan pada suhu bilik sebelum dihidangkan. (Letak dalam fridge dan di makan sejuk pun sedap pada tekak akak...hehe)
Bahan-bahannya :-
1 tin susu cair
1/2 tin air
secubit garam
1 sudu besar tepung kastard
1 bij telur
Caranya :-
- Masak semua bahan dalam periuk atas api yang sederhana hingga kuah pekat.
- Angkat dan biarkan sejuk dan sedia untuk dihidangkan bersama puding.

Hi Lily, ni mmg dlm List yg KC nak buat. Tgk2 Lily dah buat dulu. Ambooooiiii .. laju!! Hihi.
ReplyDeletenak sikit! buat sendiri malas
ReplyDelete