Tuesday, October 25, 2011

MALTESERS SQUARE

MALTESERS SQUARE hati terus terpaut tak kala pertama kali terlihat resepi ni kat blog Kak Ita. Terus simpan angan-angan satu hari nak buat jugak. Alhamdulillah berkat semangat membuak² maka terlaksana juga impian....hati riang gumbira bila hasilnya menjadi walaupun ada kesilapan teknik dalam proses membuatnya.

Kalau nak mencuba 1/2 adunan pun bagi kite still berbaloi sebab bagi kita adunan ni agak muai serta memang besarlah kan sebab guna loyang 8''. Bagi kita dessert ni agak terlalu manis...so kalau bagi yang kurang manis tu better kurangkan sukatan golden syrup atau x payah bubuh langsung...memang manis ....

Apapun jom intai resepi yang buatkan kita tak tidur lena selagi tak mencuba membuatnye....

Sumber Resepi :- Kak Azlita Masam Manis
Bahan-bahanya :-
100 gm butter - kite guna SCS
200 gm coklat masakan - di potong kecil
3 sudu besar golden syrup - sila kurangkan - kite guna 2 sudu besar sahaja. Boleh juga gantikan dengan madu.
225 gm Digestive biskut - di kisar halus -kite guna biskut marie - sila kisar dulu baru timbang
225 gm Maltersers

Untuk Hiasan :-
100 gm maltersers
50 gm coklat masakan putih -kita gunakan warna pink

Caranya :-
  • Kisarkan biskut hingga halus. Sediakan loyang berukuran 8 inc, gris loyang dengan sedikit butter dan alas dasar dan sisi loyang dengan kertas minyak. Sebelah pun tak pe ini untuk memudahkan kita mengeluarkan ia dari loyang.
  • Dalam periuk kecil, satukan coklat, butter dan golden syrup dan masak atas api perlahan hingga semuanya larut. MATIKAN API.
  • Masukkan biskut yang telah dikisar dan gaul hinga rata.
  • Kemudian masukkan Maltersers dan kacau cepat supaya coklat pada maltersers tidak cair. Untuk mengelakkan maltersers cepat cair. Maltersers tu, masauk dalam peti ais bila nak masuk dalam adunan baru ita keluarkan dari peti ais dan terus masukkan.
  • Tuangkan dalam loyang dan taburkan atasnya dengan Maltersers hiasan dan simpan dalam peti ais hinga beku.
  • Bila dah beku, Keluarkan dari loyang hiaskan dengan coklat masakan yang telah di cairkan. Potong kecil dan siap untuk di hidangkan..

2 comments:

  1. Mcm senang dan cepat jer cara2 membuatnya ye Lily. Nanti KC nak cuba lah.

    ReplyDelete
  2. tergeliat lidah nk menyebutnya..hihi

    ReplyDelete

Ini adalah blog peribadi. Sekadar mengisi masa lapang serta berkongsi apa yang kita rasa. Oleh itu apa jua coretan mahupun pendapat yang kita coretkan diblog ini adalah dari pandangan kita sendiri. Pada sesiapa yang tidak setuju, tidak suka mahupun loya membaca coretan kita ini....tiada paksaan untuk mengikuti mahupun menyetujui pendapat kita ok...!!!!

Nak baca banyak lagi cerita ceriti...kena klik " OLDER POST '' okkk..!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...