Saturday, October 29, 2011

TEMBOSA DAGING

TEMBOSA DAGING juadah minum petang yang kite buat untuk keluarga tersayang. Tuan tanah memang suke le sangat kalau menu macam ni, kira kuih peberet nye lah kunun²...

Selalu kite buat karipap biasa jer, senang dan cepat dari nak buat tembosa ni, tapi kerana nak mencuba buat kaedah bulat membulat ni dan kerajinan terlebey melanda hati nurani ni maka jadi le tembosa versi anak Pak Talib ni....

Jom intai macam mana kite buat tembosa daging ni.....senang jer yeop...!!!!


Resepi versi : Ummiakid-lily
Bahan-bahannya :- Untuk kulit
2 cawan tepung gandum
2 sudu butter + dengan sedikit minyak - dicairkan (3/4 cawan)
Sedikit air

Caranya :-
  • Gaulkan tepung gandum bersama minyak suam² panas tu sehingga rata.
  • Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli adunan. Tak perlu uli lama sangat, cukup sekadar nak meratakan semua bahan sehingga menjadi doh.
  • Rehatkan dalam 10 minit sebelum mengentel bulat² kecil.
  • Gelek dan terap dengan acuan bulat mengikut size yang digemari.
  • Bubuh inti dan cantumkan sekeping lagi dan kelim tembosa seperti biasa.


Bahan-bahannya :- Untuk inti

4 biji kentang - didadukan
1 keping daging kisar - kite guna jenama Ramly
1 biji labu bawang besar - didadukan
1 sudu besar serbuk kari daging
sedikit daun bawang
Garam secukup rasa.
Sedikit minyak - kite guna olive oil

Caranya :-
  • Daging di masak untuk keringkan airnya sedikit.
  • Panaskan minyak dan masukkan kentang. Masak hingga kentang empuk.
  • Masukkan daging, gaul hingga sebati dan masukkan bawang, rempah kari dan daun bawang.
  • Masak sehingga inti masak dan seimbangkan rasa.

5 comments:

  1. rasa mcm nak bercuti kat umah kak lily dlm seminggu je....biar puas rasa masakan air tgn kak lily....sayammm sgt2!

    ReplyDelete
  2. alahai Nurfaizah....terharu sangat membaca komen adik sayammm ni...rasa berbaloi apa yang akak buat bila walaupun melihat gambar...tapi di hargai sebegitu....tq dear sebab always support akak...

    ReplyDelete
  3. resepi2 yg sgt best!!!!

    ReplyDelete

Ini adalah blog peribadi. Sekadar mengisi masa lapang serta berkongsi apa yang kita rasa. Oleh itu apa jua coretan mahupun pendapat yang kita coretkan diblog ini adalah dari pandangan kita sendiri. Pada sesiapa yang tidak setuju, tidak suka mahupun loya membaca coretan kita ini....tiada paksaan untuk mengikuti mahupun menyetujui pendapat kita ok...!!!!

Nak baca banyak lagi cerita ceriti...kena klik " OLDER POST '' okkk..!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...