Sunday, October 16, 2011

ROASTED CHICKEN

ROASTED CHICKEN menu malam tadi...simple dan berkhasiat. Terasa dok omputeh le sekejap sebab dinner style cenggini.....waakaakaa....!!!!! Bukan apa...sesekali tukar selera tak salahkan....ada le jugak kelainan....betoi tak..????

Apapun versi campak² dan bubuh apa yang terlintas serta kesuaian dengan bahan yang ada ternyata tak mengecewakan langsung....memang sedap hingga menjilat jari ke titisan tulang yang terakhir......amboi bahaya tu....tapi sungguh...memang sedap dan pastinye akan buat lagi.

Bahan-bahannya :-
1/2 ekor ayam
6 biji bawah merah *
3 ulas bawang putih *
1 inci halia *
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar madu
2 sudu besar Rosemary - kite guna yang dry jer...cari fresh tak jumpa
1 sudu besar mix spice
1 sudu besar Paprika
2 sudu besar black Pepper
Garam
Olive oil
Bahan bertanda * di parut halus atau tumbuk

Bahan sampingan :-
3 biji kentang - basuh tapi tak payah buang kulit dan dibelah dua
2 batang carrot - di potong bulat dalam 1 inci tebal

Caranya :-
  • Ayam di sapukan dengan sedikit garam dan satukan kesemua bahan di atas dan gaul sebati. Perap dalam 1 jam agar semua bahan meresap ke isi ayam.
  • Bahan sampingan di rebus hingga empuk dan toskan. Gaulkan dengan sedikit garam, black pepper dan olive oil.
  • Semasa nak bakar letak dalam dulang pembakar dan taburkan dengan kentang serta carrot tadi.
  • Bakar sehingga 40-50 minit. Kalau nak garing lagi maka lamakan lagi masa membakar. mengikut kesesuaian oven masing² ye...

4 comments:

  1. sedapnya, tapi klu untuk dinner takut tak sempat sebab nak perap lg, cmana nak tau dlm dia masak ye kak?

    ReplyDelete
  2. Oshin - thanks dear...

    Tina Othman - Boleh perap jugak sebelum pergi kerja...masuk dlm peti ais. Isi dalam dia masak tina...tak der merah² pun...

    ReplyDelete
  3. wah.. menarik ni... blh try..

    akak dh beli oven rubine??

    ReplyDelete

Ini adalah blog peribadi. Sekadar mengisi masa lapang serta berkongsi apa yang kita rasa. Oleh itu apa jua coretan mahupun pendapat yang kita coretkan diblog ini adalah dari pandangan kita sendiri. Pada sesiapa yang tidak setuju, tidak suka mahupun loya membaca coretan kita ini....tiada paksaan untuk mengikuti mahupun menyetujui pendapat kita ok...!!!!

Nak baca banyak lagi cerita ceriti...kena klik " OLDER POST '' okkk..!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...