MEE REBUS TULANG santapan sekeluarga untuk hari sabtu ni....alhamdulillah rezeki Allah yang tak ternilai nikmatnya kan....
Pagi-pagi lagi dah ke Pasar Kuantan semata² nak cari tulang fresh...alhamdulillah nasib baik ada. Sebenarnya dari dari semalam Tuan Tanah dan menyuarakan hajat nak makan mee rebus. Maka dengan senang hati kite buat kan....lagi pun diri sendiri pun dah lama tak makan mee rebus.
Bahan-bahannya :-
1 kilo tulang
4 biji keledek - direbus dan dikisar
10 biji bawang merah *
5 ulas bawang putih *
1 inci halia *
2 batang serai *
2 @ 3 sudu besar lada blender
3 sudu besar udang kering - dikisar halus
2 sudu besar serbuk kari daging
1 sudu besar tauchu
2 cawan santan pekat
2 keping asam keping
1 buku gula melaka
garam dan gula secukup rasa
Sedikit air
* dikisar halus
Bahan-bahan lain :-
1 kilo mee kuning - dicelur dan toskan
3 biji lada hijau
Taugeh - dicelur
Limau kasturi
Telur - direbus
Bawang goreng
Daun sup dan bawang
Caranya :-
- Tumis bahan kisar hingga naik bau. Masukkan lada blender dan rempah kari. Biar hingga terbit minyak dan masukkan udang kering dan tauchu.
- Masukkan sedikit air rebusan tulang tadi dan masukkan santan, gula melaka. Kacau biar sebati dengan api perlahan.
- Bila dah agak mendidih, masukkan tulang serta bahan perasa dan asam keping. Seimbangkan rasa.
thanks kongsikan resepi. sedap ni :)
ReplyDeleteSesama Farida...menu simple jer..
ReplyDeleteHebat masakan anda sungguh sedap hari ni...
ReplyDelete*jgn lupa sasikan Masterchef Malaysia 22 okt 2011 di Astro Ria..
thanks Mah@mahu...mmg nantikan Masterchef Malaysia...suka tgk rancangan MC
ReplyDelete