Friday, October 21, 2011

CUCUR KURMA

CUCUR @ JEMPUT² KURMA juadah yang ringkas tapi sedap untuk disediakan waktu sarapan atau minum petang. Sedap sungguh terasa kemanisan kurma tu setiap kali gigit jemput tu....rasa bak semanis kurma....chewahhhh...promote terlebey lah kan....tapi sungguh sedap tau. Anak² sure suka makan.

Jom skodeng resepinya...senang jer versi kita...versi nak cepat, mudah dan senang....haahaa...

Bahan-bahannya :-
2 cawan tepung gandum - nak guna tepung naik sendiri pun okey.
10-12 biji Kurma - dibuang biji dan carik² kecil
Sedikit garam
Air secukupnya untuk bancuhan

Caranya :-
  • Bancuh tepung, garam dan air. Gaul sebati.
  • Masukkan kUrma dan kacau rata agar bergaul kesemua bahan.
  • Biarkan sekejap dalam 10 minit.
  • Goreng hingga kekuningan.

3 comments:

  1. salam..

    singgah sini !!..
    sedap tu..dulu mase dok ngn ma..selalu ma buat untuk berbuke..

    boleh la try nnt..baki kurma bulan pose ari tu pun byk lg..=]

    ReplyDelete
  2. menarik gak ni...oleh kerana kurma time bulan puasa masih ada byk lg stok, mlm ni gak iza nak buat cucur ni! hehehe.....

    ReplyDelete

Ini adalah blog peribadi. Sekadar mengisi masa lapang serta berkongsi apa yang kita rasa. Oleh itu apa jua coretan mahupun pendapat yang kita coretkan diblog ini adalah dari pandangan kita sendiri. Pada sesiapa yang tidak setuju, tidak suka mahupun loya membaca coretan kita ini....tiada paksaan untuk mengikuti mahupun menyetujui pendapat kita ok...!!!!

Nak baca banyak lagi cerita ceriti...kena klik " OLDER POST '' okkk..!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...