Tuesday, February 24, 2015

KEK MARBLE SUSU

KEK MARBLE SUSU ~~ tekak teringin nak makan kek pulak hari hari minggu ni dan kebetulan memang nak buat untuk bekal Akid ke sekolah. Puas fikir kek apa yang nak di buat dan yang penting mudah, ringkas dan semua bahan ada kat rumah.....setelah puas skodeng dari blog ke blog yang selalu kita skodeng bila ke tandusan idea maka terpikat dengan kek ni.....tengok Izah buat punya lah gebu dan cantik jer kejadiannya. Bila bahan semua ada terus zasssss ke dapur  dengan bantuan chef kecik kat rumah ni maka terhasillah kek yang memang sedap, lembut dan mudah nak buat.

Belum pun hari isnin kek ni dah tinggal separuh.....tak sedar bila dah mula makan.....heheee...itu tandanya kek ni memang sedap. Apa lagi jom intai resepi yang kita sunting dari blog Izah....TQ Izah atas perkongsian ilmu ni muga mendapat pahala yang berterusan....


Sumber Resepi :-
Izah Muffin Lover 

Bahn-bahannya :-
250gm mentega - kita guna jenama SCS
230gm gula halus
2 camca teh Ovallete
4 biji telur Gred A
270gm tepung halus *
1 camca teh baking powder * - di satukan bahan * dan ayak
60gm susu pekat manis
2 camca besar serbuk koko
2 camca besar susu cair + 1 camca teh coklat emulco - satukan

Caranya :-
Pukul mentega, ovallate dan gula halus hinga putih. Masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang dan gula hancur. Masukkan susu pekat dan gaul rata.

Perlahankan speed dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga abis. Gaulkan rata.
Bahagiankan kepada 2 bahagian yang sama banyak. Satu bahagian dibiarkan tanpa warna dan satu bahagian lagi dicampurkan dengan susu cair dan coklat emulco tadi. Gaul hingga rata.

Tuangkan berselang seli antara adunan tanpa warna dan yang aduanan coklat dalam loyang yang telah dilenser dengan mentega dan dasarnya telah dialas kertas minyak.

Bakar dalam Oven dengan suhu 180 selama 35-40 minit. Sejukkan 5 minit sebelum dikeluarkan dari loyang.

Sebelum bakor.....

Selepas bakor dan sebelum di potong....

Monday, February 23, 2015

BERGEDIL AYAM


BERGEDIL AYAM ~~
Buatnya masa masak soto hari tu tapi sotonya tak sempat nak posing posing ambil gambar dah licin. Yang sempat posing bergedil ni jer tu pun sebab siap dulu....heheee....sesejak makan bergedil ayam pertama kali dulu terus jatuh cinta pula so setiap kali nak buat bergedil untuk soto memang bergedil ayam lah yang menjadi pilihan.

Resepi kita skodeng dari blog Cik Mat Gebu dan memang kita selalu guna resepi tu sebab ianya menepati citarasa kita dan caranya lebih kurang sama yang kita pelajari dari Arwah mak kita....resepinya mudah dan senang nak sediakan.

Bergedil ni memang sedap makan dengan soto tapi kalau nak makan gitu pun sedap bila di cicah bersama sos pilihan masing-masinglah ye. Selamat mencuba.


Sumber Resepi :- Dapur tanpa sempadan - TiffinBiru

Bahan-bahannya  :-)
450 gram kentang yang telah dikupas kulitnya - dopotong wedges dan goreng
150 gram daging ayam yang di kisar
1 biji bawang besar holland - di dadu
1 camca besar bawang goreng
1 camca teh serbuk lada sulah
1 pokok kecil daun sup - dihiris halus
1 pokok kecil daun bawang - di hiris halus
1/4 camca teh garam atau secukup rasa
1 biji telur


Cara-caranya :-
  1. Kentang dipotong wedges dan di goreng hingga empuk, guna api sederhana dan kacau sekali sekala. Angkat dan toskan, letak atas tissue dapur bersih dan biar minyak terserap. Kemudian tumbuk kentang tadi hingga lumat. Ketepikan.
  2. Panaskan 1 camca besar minyak masak, tumis bawang besar hingga layu, masukkan daging ayam cincang dan masak hingga daging ayam berubah warna. Angkat dan toskan. Masukkan ke dalam kentang yang ditumbuk lumat tadi.
  3. Masukkan bawang goreng (ramas sedikit), hirisan daun sup, daun bawang, serbuk lada sulah dan garam secukup rasa. Gaul rata-rata Kemudian ambil adunan sebesar duit 50 sen lama atau lebih sedikit, bulat-bulatkan. Kemudian leperkan sedikit, susun dalam loyang. Buat hingga siap.
  4. Panaskan minyak untuk goreng terendam. Celup sebiji begedil dalam telur dan masukkan ke dalam minyak panas.
  5. Biar hingga begedil keemasan baru diterbalikkan untuk mengelak bergedil hancur. Masak sekejap lagi, dan boleh diangkat. Buat kaedah sama untuk baki bagedil. Hidangkan bersama sos kegemaran anda atau disajikan bersama soto dan sebagainya...




Thursday, February 19, 2015

DONUT KENTANG



DONUT KENTANG ~~
Agak lama juga memeram resepi ni yang kita perolehi dari FB dulu. Agak top juga resepi dari Tahrunnisah ni bila ramai yang mencuba dan mendapat komen yang sangat positif. Setelah agak lama memeram resepi ni makanya kerajinan datang untuk mencuba. Alhamdulillah memang menjadi dan gebu sangat. Sangat-sangat puas hati bila lihatkan hasilnya. Terima Kasih pada Tahrunnisah atas perkongsian ilmu ni muga mendapat pahala yang berterusan.

Memang bestlah donut ni dan pasti akan buat lagi dan lagi menggunakan resepi ini. Jom cuba resepi donut yang lembut dan sedap ni....senang jer dan yang penting InsyaAllah hasilnya tak mengecewakan.



Sumber Resepi : Tahrunnisah FB
Bahan-bahannya :-

250gm tepung gandum
1 biji kentang - Rebus dan lenyek
1 biji telur + 1/2 sudu kecil garam - dipukul dalam bekas lain
2 sudu susu tepung - Jenama apa pun boleh
70-100ml air ais
1 1/2 sudu besar shortening atau marjerin
2 sudu besar gula
1 sudu kecil baking powder
1 3/4 sudu kecil yis

Satukan bahan-bahan kering dan gaul rata.
Masukkan telur yang telah dipukul  manja tadi. Gaul bagi rata.
Letakkan air sedikit demi dan uli sehingga adunan sebati dan kental. Kemudian masukkan shortening atau pun marjerin dan uli adunan hingga lembut dan elastik hingga tak melekat di tangan. Anggaran dalam 30 minit.

Tutup adunan dengan towel atau plastik wrap dan biarkan seketika. Biarkan doh naik sekali ganda. Boleh juga letak di dalam oven yang dipanaskan. Jangan On oven bila dah letak doh tu. Kita buat gitu sebab nak cepat.

Selepas doh naik berganda, tumbuk-tumbukkan doh untuk mengeluarkan angin.

Bulat-bulatkan doh dalam 25gm dan biarkan dalam 5 minit. Lepas tu tekan sedikit dan lobangkan. Setelah itu biarkan doh naik sekali lagi. Seketika sahaja sebab nanti bila terlalu naik doh akan terlalu lembut.

Bolehlah menggoreng dan balik-balikan donut supaya bulatnya menjadi cantik. Bila kuning keemasan bolehlah diangkat dan sejukkan seketika sebelum taburkan gula. Cara mudah masukkan dalam plastik dan goncangkan supaya gula merata.





Tuesday, February 10, 2015

EGG BENEDICT



EGG BENEDICT ~~
Pernah sekali buat dulu masa mula mula belajar berblog blog ni....memang sedap dan ringkas untuk sarapan pagi kalau dah kehabisan idea memasak.....bagi kita lah...heheee....

Ini pastinya antara kegemaran Akid sebab peminat tegar telur juga anak kita ni, biasalah kan kita masak ikut apa yang seisi rumah suka nak makanlah kan....so semua kisah dalam blog ni pastinya kisah UmmiAkid sekeluarga....

Bagi yang nak mencuba bolehlah intai resepi ni....sangat-sangat mudah dan menjimatkan masa. Kita ni kan bz mom so sekarang ni memang masak yang senang, ringkas dan cepat siap jer....


Sumber Resepi : Kak Azlita Masam Manis

Bahan-bahannya :-

2 keping roti putih - di buang tepinya
2 biji telur
Sedikit butter
lada hitam
garam
Oregano - kita guna yang dry punya

Caranya :-
Sapukan bekas dengan sedikit butter.
Sapukan roti dengan butter dan letakkan dalam acuan.

Pecahkan telur ke atas roti dan tabur sedikit garam, lada hitam dan oregano.
Kalau nak letak taburan cheese pun boleh. Kita tak letak sebab stok non ado.

Bakar pada suhu 180 selama 15-20 minit atau hingga telur putih just set....kira kira macam 1/2 cooklah.


Monday, February 9, 2015

BEST EVER BANANA MUFFIN


BEST EVER BANANA MUFFIN ~~
memang best banana muffin ni, bahannya simple jer dan memang mudah nak buat. Baru pertama kali cuba resepi walaupun dah berkurun kita print resepi ni dari blog Along HomeCreation....dah privatekan pun blog Along Roz ni...sayang tak dapatlah kita nak skodeng resepinya lagi....sedih rasanya banyak sangat dah blogger blogger yang menjadi sumber rujukan kita dah privatekan blog dorang....

Oleh kerana Akid peminat tegar pisang so kita akan cuba pelbagai resepi berasaskan pisang dan ini antara resepi yang best bagi selera kita.....tak rugi mencuba....sayang masa nak buat hari tu chocolate chips kehabisan stok makanya idaklah kita bubuh, kalau ada pasti lebih sedap....tak pe resepi ni pasti akan diulang tayang di dapur UmmiAkid yang cenonet tu...!!

Jom skodeng resepi mudah dan lazat ni...


Sumber Resepi : Along HomeCreation
Bahan-bahannya :-
170g pisang masak ranum - lecek dan timbang
3/4 cawan gula
1 biji telur - pukul manja manja dengan whisk
1/3 cawan butter cair
1 sudu teh baking powder *
1 sudu teh bocabonate *
1/2 sudu teh garam
1 1/2 cawan tepung gandum *
Chocolate chips - untuk hiasan

 Bahan bertanda ** diayak

Caranya :-
Campurkan pisang lecek dan gula dan kacau sebati. Masukkan telur, mentega dan kacau lagi hingga sebati.
Akhir sekali masukkan campuran tepung dan gaul balik hingga rata.
Sudukan dalam acuan muffin dan taburkan chocolate chip.
Bakar pada suhu 180 20-25 minit  hingga masak.

Ini adalah blog peribadi. Sekadar mengisi masa lapang serta berkongsi apa yang kita rasa. Oleh itu apa jua coretan mahupun pendapat yang kita coretkan diblog ini adalah dari pandangan kita sendiri. Pada sesiapa yang tidak setuju, tidak suka mahupun loya membaca coretan kita ini....tiada paksaan untuk mengikuti mahupun menyetujui pendapat kita ok...!!!!

Nak baca banyak lagi cerita ceriti...kena klik " OLDER POST '' okkk..!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...