Tuesday, February 26, 2013

PISANG GORENG SAMBAL KICAP

GORENG PISANG SAMBAL KICAP ~~ satu gabungan yang memang best dan mesti ada sambal kicap setiap kali buat goreng pisang dan rasanya antara tradisi orang Johor kot....tempat lain kadang pelik bila tengok makan pisang goreng dengan sambal kicap tapi tidak di Johor........macam tak cukup rasa jer kalau tak ada sambal kicap....itu kite ye...orang lain tak pasti le... :)

Ini le rupenya pisang Sabah..........besor² dan gemuk² dan pisang di sini teramatlah mudah nak dapat, mana pergi nampak jer orang jual pisang. Tanah di sini kan subur dan sesuai untuk tanam apa jer....kata orang dan memang betul kata orang sebab sayur² di sini memang segar bugar dan macam²  ada.....harga pun boleh tahan jugak mengigit kuku....mahal tau...! kena bijak membeli, memilih tempat dan menawar....tapi dah cakap bahasa semenanjung...tak dernya dapat murah....tapi tak semua tempat lah.....kena bijak dalam membeli.....fuhhhhhhhhhhh berjela ceramah untuk pisang ni ye...heehee.. :)

Jom intai resepi mudah sokmo...dari Ummiakid
 
Bahan-bahannya :-8 biji pisang - di kerat dua
2 1/2 cawan tepung beras
1 sudu besar tepung gandum
1 camca teh air kapur
Sedikit pewarna kuning - kite guna serbuk kunyit jer :)
Garam secukup rasa
Air secukupnya

20 biji cili padi merah dan hijau
2 ulas bawang putih*
2 camca besar gula*
Bahan bertand
*   ditumbuk lumat*
1/2 cawan kicap lemak
(Setelah ditumbuk lumat gaul semua bahan dan perasakan)

Caranya :-

  • Satukan tepung beras, tepung gandum, air kapur dan garam. Gaul rata dan tuang air sedikit demi sedikit sambil dikacau dengan whisk hingga sebati dan mendapat bancuhan yang sederhana peka. Jika di celup pisang bancuhan ini melekat elok kira ok lah tu....
  • Panaskan minyak dan celup pisang dalam bancuhan tepung dan goreng dengan minyak terendam hingga kekuningan elok. Angkat dan toskan.
  • Hidangkan bersama cili kicap. memang terbaekkkk.....!

Monday, February 25, 2013

KARI KEPALA IKAN

KARI KELAPA IKAN ~~ baik punya mengidam bila pepagi buta hari sabtu ari tu pergi pasar dan nampak kepala ikan yang segar bugar ni.....terus catat dalam fikiran nak masak kari. Dah lama jugak rasanya tak makan lauk bersantan ni....kekunun jaga pemakanan...hahhhh....sekali dapat kari terus langgar semua pantang.... :) bab langgar pantang tu bukan kite ye...tapi my lalink. Tewas dengan godaan kepala ikan ni... :)
Jom terjah resepi ringkas ummiakid style yang mungkin sama jer dengan cara orang lain masak tapi nak share jugak sebab rajin....heehee...

Bahan-bahannya :-
1 kepala ikan merah - belah dua
2 keping isi ikan
1 camca besar cili kisar
2 camca besar rempah kari
1 keping asam gelugor
1 labu bawang besar - kisar halus
3 ulas bawang putih - kisar halus
1/2 inci halia - kisar halus
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
1 biji cili merah - belah dua
1 biji cili hijau - belah dua

Bahan tumis :-
1 camca teh penuh halba campur
3 biji bawang merah - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
2 pelepah daun kari - dilurut

Caranya :-

  • Kepala ikan dan isi ikan dibersihkan dan cuci dengan air asam jawa dan sedikit garam. Biarkan seketika. Cuci dan toskan.
  • Tumis bahan tumis  hingga naik bau harum. Masukkan bahan kisar halus berserta dengan cili kisar serta rempah kari. Masak hinggan naik pecah minyak dengan api perlahan.
  • Masukkan sedikit air dan masukkan kepala serta isi ikan. Masak seketika. Masukkan juga cili potong dan perasakan dengan garam. Bila hampir mendidih masukkan santan. Kacau perlahan jangan sampai pecah minyak. Bila dan mendidih bolehlah di tutup api.

Friday, February 22, 2013

SOTONG KUNYIT BERLADA

SOTONG KUNYIT BERLADA ~~ resepi ulangan ntah berapa kali dan setiap kali ada sotong mesti lauk ni yang terfikir dan yang paling kite suka. So tak kisahlah kan kalau ulang tayang mengalahkan Astro... :) yang penting makkk suka dan mana tahu ada pembaca di luar sana pun suka kan....kan....kan...


Jom intai resepi semudah ABC dan cepat di masak. Kalau makan dengan nasi panas²...laju jer tak toleh kiri kanan...sedar² 3 pinggan....itu kite lah, orang lain tak pasti dan kalau nak tahu harus cuba try test ye mana tau menepati selera... :)

Bahan-bahannya :-
4-5 ekor sotong - cuci bersih dan potong bulat²
4 biji bawang merah - ditumbuk
2 ulas bawang putih - ditumbuk
sedikit halia - ditumbuk
sedikit kunyit - ditumbuk
Sedikit belacan - ditumbuk
2 batang serai - diketuk
Air asam jawa
Cili padi - ikut kepedasan yang disukai - ditumbuk kasar²
Cili merah dan hijau - dihiris
1 labu bawang besar - dihiris

Caranya :-

Tumis bahan tumbuk hingga naik bau. Masukkan bawang serta lada hiris.
Masukkan sedikit air asam jawa. Perasakan garam dan seimbangkan rasa.
Kemudian masukkan sotong. dan jangan masak sotong terlalu lama.

Selamat mencuba bagi yang nak mencuba....dan selamat menjamu mata bagi yang nak tengok jer.. :)


Tuesday, February 19, 2013

ASAM REBUS TUMIS


ASAM REBUS TUMIS ~~ pembuka entry bagi tahun 2013....lamakan tak hapdet blog, bersawang, berkulat semua ader...bukan malas alasan pertama tapi kesibukkan yang tak dapat dielakkan. Sibuk dengan agenda pindah ke tempat baru, mana dengan nak ambil masa sesuaikan keadaan tempat baru yang sampai sekarang belum nampak keserasiannya.....lama kot nak serasi dengan tempat baru ni yang sungguh-sungguh berbeza segala perkara.....sabar jer kan....pasti ada hikmah disebaliknya....InsyaAllah..


 
Harap entry pertama sempena tahun 2013 ni menaikkan semangat kite nak terus menghapdet blog ni ye. Doakan semangat terus ada dan yang penting kerajinan itu kekal... :)

Lauk simple yang sungguh best ni kita skodeng dari antara blog pilihan dijengah bila idea masak ke laut....blogger yang semakin hari semakin femes kepopular-annya..
ASAM REBUS TUMIS
Sumber : Tiffinbiru - CMG

Bahan-bahannya :-3 ekor ikan kerisi besar
3 helai daun kunyit - disiat-siat
2 keping asam gelugor
1 kiub ikan bilis "Maggi" (optional) - kite bubuh secukup rasa 1 sudu kecil Garam dan secubit gula
1 camca teh serbuk kunyit
5-6 biji cili merah*
5 biji cili padi - kite tambah
7 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 genggam ikan bilis - rendam 10 minit dan toskan - kite tak bubuh
(Bahan bertanda *dikisar halus)
Air secukupnya

Caranya :-
  • Tumis bahan kisar dan serbuk kunyit hingga harum. Masukkan nenas dan gaul rata. Masak sekejep, tuang air secukupnya (anggaran 800 ml) dan campakkan asam gelugor. Biar mendidih.
  • Masukkan kuib ikan bilis, ikan dan juga secubit gula. Bila mendidih, masukkan garam secukup rasa dan juga daun kunyit. Masak hingga nenas lembut sedikit, rasa dan jika ok boleh matikan api, dan hidangkan....

 
 
 
 
 
Ini adalah blog peribadi. Sekadar mengisi masa lapang serta berkongsi apa yang kita rasa. Oleh itu apa jua coretan mahupun pendapat yang kita coretkan diblog ini adalah dari pandangan kita sendiri. Pada sesiapa yang tidak setuju, tidak suka mahupun loya membaca coretan kita ini....tiada paksaan untuk mengikuti mahupun menyetujui pendapat kita ok...!!!!

Nak baca banyak lagi cerita ceriti...kena klik " OLDER POST '' okkk..!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...