Friday, November 28, 2014

SAGU BRONOK

SAGU BRONOK ~~ kueh kegemaran Ummi dan anak...hehee...ini antara kueh yang kita dan Akid suka, kira sama citarasalah. Kalau jumpa kat mana mana mesti akan terliur.....boleh gitu. Ntah kenapa suka sangat dengan kueh ni atau pun kita ni memang over suka dengan SAGU.....apapun berkaitan sagu mesti pulun habis....

Pelbagai resepi yang pernah di cuba tapi resepi hasil skodeng dari blog Izah daut juga yang kita suka buat dan akan terus setia dengan resepi ini sebab tekstur kueh yang lembut tu memang perfect untuk selera kita....kira ngam lah. TQ Izah share resepi ni....TQ juga buat Chef Hanieliza tuan punya resepi... :)


Sumber Resepi :- Izah Muffin Lover
Resepi Asal : Chef Hanieliza

Bahan-Bahannya:
1 cawan sagu biji
3 cawan air
1 cawan gula
1/2 biji kelapa parut muda - gaul bersama sedikit garam
sedikit garam
pewarna merah
daun pandan - simpulkan

Cara
Sagu biji dibersihkan, jirus dengan sedikit air dan toskan airnya.
Masakkan gula dan daun pandan dengan air hingga hancur dan mendidih. Buangkan daun pandan.
Masukkan sagu serta pewarna merah kacau hingga sagu kembang.
Bila sagu kembang angkat dan masukkan dalam loyang. Sejukkan
Setelah sejuk dipotong dan gaulkan dengan kelapa parut yang telah digaulkan garam.
Hidangkan.

Wednesday, November 26, 2014

POPIA KELEDEK

POPIA KELEDEK ~~ mudah dan cepat nak buat ala ala karipap gitu, balut jer dalam kulit popia kan. Senang dan boleh jugak nak frozenkan. Buat ni masa time Akid sekolah so senang nak buat sarapan or bawak bekal ke sekolah. Akid pun suka juga cara gini. Kali ni buat comey comey kekunun nak bagi menarik untuk Akid...kiut kiut gitu....

Nak buat senang jer...gulung jer dalam kulit popia dan goreng seperti biasa....senangkan. Kita suka makan bersama sos cili Linghams....memang best untuk tekak seisi keluarga.. :) Selamat mencuba..


Bahan-bahannya :-

Kulit popia
Untuk Inti :-
4 biji keledek bersaiz sederhana - didadukan
1 labu bawang besar -
Segengam ikan bilis
2 sudu besar rempah kari
1 sudu besar lada kering kisar
Sedikit garam
Daun bawang / sup - optional

Caranya :-
Kededek di dadukan dan rendam dalam air supaya tidak lebam warnanya.
Blender bawang, ikan bilis, rempah kari serta lada kisar tadi.
Panaskan minyak dan tumis bahan blender (pes) tadi hingga kelihatan sedikit garing.
Masukkan keledek dan sedikit air. Masak hingga keledek empuk dan sesuaikan garam dan tabur daun sup serta daun bawang.
Sejukkan inti. Buat seperti nak buat popia.

Tuesday, November 25, 2014

PANCAKE

PANCAKE ~~ antara menu sarapan yang Akid gemari. Ringkas dan paling mudah nak sediakan nak nak time sekolah kan...dan yang paling penting Akid akan makan paling tidak 2-3 keping. Hati Ummi pun riang gumbira lah kan sebab nak suruh Akid makan macam nak suruh pergi berperang....haru biru dengan Akid ni yang tersangat cerewat makan.

Resepi ni yang memang selalu kita gunakan bila nak buat pancake. Kalau nak tambah chocolate chips dalam adunan tu pun boleh. Pandai-pandailah ikut selera masing masing ye.... :) Selamat mencuba..


Bahan-bahannya :-

3 sudu besar butter-dicairkan
1 biji telur
1 cawan tepung naik sendiri
1 sudu teh baking powder
1 sudu besar gula 
1 cawan susu segar
1 sudu besar jus lemon

secubit garam

Cara Membuat :-
  • Campurkan semua bahan. Gaul rata. Perap seketika dalam 10-15 minit
  • Tuangkan sesudu adunan dlm kuali non stick yang telah panas dan oleskan dengan sedikit butter.
  • Balikkan adunan bila nampak permukaannya berbuih
  • Biarkan seketika, bolehlah diangkat. Hidangkan dengan maple syrup dan jem kegemaran.

Monday, November 24, 2014

KUEH KETAYAP

KUEH KETAYAP ~~ terhasil bila insan tersayang request nak makan....malas pun boleh jadi rajin tau sebab memang semangatnya lain bila ada yang request nak makan itu ini....boleh gitu...??? Kueh ketayap ni antara yang di sukai juga cuma jarang sekali dibuat sebab almaklum lah kan kena masak inti bagai....tapi laju jer makan bila dah terhidanG.

Juadah untuk minum petang bersama Teh O panas memang syiokk sangat. Jom skodeng resepi bagi sesiapa yang nak mencuba.... :)


Bahan untuk Inti kelapa :-

3 cawan kelapa parut putih - kite guna kelapa muda
1/3 cawan gula merah - kalau nak manis boleh ditambah ikut citarasa.
2-3 sudu besar gula pasir
1 cawan air*(*disatukan dan masak hingga larut)
1 helai daun pandan, disimpul
Sedikit tepung ubi @ jagung

Bahan untuk kueh ketayap :-
1 1/2 cawan tepung gandum
2 1/3 cawan air *
2 helai daun pandan - potong kecil*(*kisar dan tapis)
Beberapa titik pewarna hijau - kite guna pandan paste
1 biji telur - kite tambah
Sedikit garam
2 camca besar minyak masak

Cara-caranya :-
  • UNTUK INTI KELAPA :- Tapis air gula tadi ke dalam kuali, masukkan daun pandan dan didihkan hingga air gula pekat. Tambah kelapa parut putih dan gaul rata, guna kan api kecil. Masak hingga kering tapi masih lembap sedikit. Rasa dan kalau kurang manis boleh ditambah gula ikut manis yang di sukai. Adjust ikut selera sendiri.
    Sebelum tutup api letak sedikit tepung ubi atau jagung untuk menghasilkan inti yang sedikit berkilat dan melekit. Sejukkan sebelum diguna.
  • UNTUK KUEH DADAR :- Satukan semua bahan² untuk kueh dadar, kacau rata dengan whisk dan tapis, atau masukkan ke dalam alat pengisar makanan dan putar hingga rata. Rehatkan 10 minit.
  • UNTUK KUEH GULUNG :- Panaskan non-stick pan bersaiz 8 inci dengan sedikit minyak. Bila panas, masukkan 1 senduk bancuhan tadi dan ratakan. Masak hingga permukaan kueh dadar kelihatan pucat dan seakan² jernih. Alih ke dalam pinggan. Letak 1 camca teh penuh intikelapa, kemudian lipat dan gulung kemas

Saturday, November 22, 2014

IKAN TIGA RASA


IKAN TIGA RASA ~~
kembali bersiaran setelah agak lama menyepi....bukan tak ada yang di hapdet kan cuma masa yang tak mengizinkan untuk mengadap komputer lama lama. Sibuk dengan urusan permata hati yang semakin membesar dan banyak masa diluangkan atas jalan raya dengan rutin keluar masuk hantar ke kelas itu, kelas ini.....amboi bz kan saya... :)

Apapun kita nak kongsi jugak resepi yang kita cuba ni....sedap bagi selera kita dan resepi pun dah diprint dan masuk fail....maknaya akan ada ulang tayanglah kat dapur UmmiAkid ni, Bila isi rumah kata sedap makanya memang perlulah dikongsi resepi hasil perkongsian teman teman bloggerkan. Ilmu perlu di kongsi....tak gitu...apa lagi Jom skodeng mana kita dapat resepi ni.... tak rugi mencuba ya...
 





Sumber Resepi :- Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 ekor ikan siakap - (boleh kukus atau goreng garam kunyit) - kita goreng
100 ml air - boleh tambahkan air kalau nak kuah lebih (jika ikan dikukus)
2 sb minyak - untuk menumis
Garam secukupnya

Bahan Cincang Halus :-
5 ulas bawang merah - kita guna bawang Holland
3 ulas bawang putih
3 cm halia muda
2 biji cili merah

Bahan Dihiris Halus :-
1/2 kuntum bunga kantan
2 helai daun limau purut
4 - 5 biji cili padi

Bahan-Bahan Sos :-
2 sb cili kisar
1 sb sos tomato
2 sb sos cili
2 sb sos plum - guna sos ikan pun boleh
1 sk kicap manis 1 sb jus limau nipis/lemon
2 sb gula pasir

Cara Cara :-
Lumurkan ikan dengan garam kunyit. Taburkan campuran tepung gandum dan tepung jagung. Tepuk tepukkan untuk baki tepung. Goreng dengan menggunakan minyak yang panas.

** Kalau nak kukus, lumurkan garam kunyit, panaskkan kukusan dan kukus ikan sehingga masak. **

Sementara itu, dalam kuali lain, panaskan minyak. Tumiskan bahan bahan cincang selama 1 minit.
Masukkan cili kisar dan goreng sehingga cili agak masak sebelum dimasukkan bahan-bahan sos lain yang telah disatukan dalam mangkuk. Kacau rata rata. 
Setelah mendidih, masukkan bahan-bahan hiris, air kukusan ikan dan garam secukup rasa. Masak hingga kuah pekat sedikit.  Tuangkan ke atas ikan yang telah dikukus atau yang telah digoreng.
Ini adalah blog peribadi. Sekadar mengisi masa lapang serta berkongsi apa yang kita rasa. Oleh itu apa jua coretan mahupun pendapat yang kita coretkan diblog ini adalah dari pandangan kita sendiri. Pada sesiapa yang tidak setuju, tidak suka mahupun loya membaca coretan kita ini....tiada paksaan untuk mengikuti mahupun menyetujui pendapat kita ok...!!!!

Nak baca banyak lagi cerita ceriti...kena klik " OLDER POST '' okkk..!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...