Showing posts with label CAKE. Show all posts
Showing posts with label CAKE. Show all posts

Tuesday, February 24, 2015

KEK MARBLE SUSU

KEK MARBLE SUSU ~~ tekak teringin nak makan kek pulak hari hari minggu ni dan kebetulan memang nak buat untuk bekal Akid ke sekolah. Puas fikir kek apa yang nak di buat dan yang penting mudah, ringkas dan semua bahan ada kat rumah.....setelah puas skodeng dari blog ke blog yang selalu kita skodeng bila ke tandusan idea maka terpikat dengan kek ni.....tengok Izah buat punya lah gebu dan cantik jer kejadiannya. Bila bahan semua ada terus zasssss ke dapur  dengan bantuan chef kecik kat rumah ni maka terhasillah kek yang memang sedap, lembut dan mudah nak buat.

Belum pun hari isnin kek ni dah tinggal separuh.....tak sedar bila dah mula makan.....heheee...itu tandanya kek ni memang sedap. Apa lagi jom intai resepi yang kita sunting dari blog Izah....TQ Izah atas perkongsian ilmu ni muga mendapat pahala yang berterusan....


Sumber Resepi :-
Izah Muffin Lover 

Bahn-bahannya :-
250gm mentega - kita guna jenama SCS
230gm gula halus
2 camca teh Ovallete
4 biji telur Gred A
270gm tepung halus *
1 camca teh baking powder * - di satukan bahan * dan ayak
60gm susu pekat manis
2 camca besar serbuk koko
2 camca besar susu cair + 1 camca teh coklat emulco - satukan

Caranya :-
Pukul mentega, ovallate dan gula halus hinga putih. Masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang dan gula hancur. Masukkan susu pekat dan gaul rata.

Perlahankan speed dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga abis. Gaulkan rata.
Bahagiankan kepada 2 bahagian yang sama banyak. Satu bahagian dibiarkan tanpa warna dan satu bahagian lagi dicampurkan dengan susu cair dan coklat emulco tadi. Gaul hingga rata.

Tuangkan berselang seli antara adunan tanpa warna dan yang aduanan coklat dalam loyang yang telah dilenser dengan mentega dan dasarnya telah dialas kertas minyak.

Bakar dalam Oven dengan suhu 180 selama 35-40 minit. Sejukkan 5 minit sebelum dikeluarkan dari loyang.

Sebelum bakor.....

Selepas bakor dan sebelum di potong....

Tuesday, September 16, 2014

KEK KUKUS WARNA WARNI

KEK KUKUS WARNA WARNI ~~ entry tertunggak lagi....tak kisahlah kan yang penting pengkongsian ilmu yang di sebar-sebarkan. Kek ni antara yang digemari oleh Akid yang agak cerewet. Payah nak tahu apa yang Akid suka dengan tidak makanya....kena buat aje...mana yang dia makan dan bertambah tambah makan maknanya itu yang dia suka. Bila di suruh buat lagi itu pun salah satu tanda yang Akid suka sesuatu makanan itu.

Kek warna warni ni dah banyak kali juga di buat sebab memang akan cepat laris....kena pulak dengan teh O atau kopi O panas err,,,,....memang terbaek lah bagi selera saya sekeluarga. Nak tahu sedap atau tidak kena lah cuba ye....InsyaAllah akan menepati selera.


Jom intai resepi yang diperolehi dari Dapur Kak Ct....tq sis atas perkongsian ini dan halalkan saya share di blog ni pulak ye....




Kek Kukus Warna Warni
Sumber Resepi : Dari Daput CT
Bahan-bahan :
5 biji telur grade A - dari peti ais
200 gram gula kastor
220 gram tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu besar ovalette
150 ml susu cair
1/2 sudu kecil garam
100 ml minyak jagung / masak
1 sudu kecil esen vanilla
pewarna makanan yang digemari

Cara-cara :
1. Panaskan air dalam periuk kukusan hingga mendidih.  Alas loyang persegi dengan kertas minyak. Atau guna silicone mould jika ada.
2. Ayak tepung dan baking powder kemudian campur kesemua bahan-bahan ke dalam mangkuk besar kecuali minyak dan pewarna masakan.
3. Pukul adunan dengan kelajuan tinggi selama 5 - 6 minit hingga sebati dan gebu. Masukkan minyak jagung / masak dan digaul dengan spatula hingga sebati.
4. Sudukan adunan berselang seli warna secara bertompok-tompok dan lorek dengan dengan lidi sate dan kukus selama 5 - 7 minit dengan api perlahan.
5. Buat hingga habis lapisan seterusnya dan kukus lagi. Untuk lapisan yang akhir kukus selama 20 minit  dan tutup penutup kukusan dengan kain bersih.
6. Setelah kek masak biarkan di dalam loyang selama 10 minit. Kemudian dibalikkan di atas redai kek supaya kek sejuk sepenuhnya.

Monday, June 25, 2012

RAINBOW CAKE ---> cikgu pun lesen L lagi....

RAINBOW CAKE ~~ terhasilnya rainbow cake kali ke-2 ni sebab atas permintaan kawan rapat yang nak belajar cara buatnya terutama bab nak gunakan cream cheese tu. Waaa...daku pun masih baru dalam bab mengekek ni tapi bukan alasan untuk tidak membantu..... biarpun daku pun masih lesen L....... cikgu le kekunun.....haahaaaa.....dimana ada kemahuan disitu ada jalan...betul tak...? Semangat mesti ada....

Kali ni susunan warna tu betul ye....rainbow keluar ikut giliran dan percubaan menggunakan nozzle agak berjaya jugaklah bagi daku yang hakikatnya masih belajar lagi....dah ok sikit bab menyapu cream cheese tu dan hati tersangat suka dengan hasilnya.....1st time dulu ku buat kalau nak tengok kat SINI (resepi pun kat situ ye) amacam..???? ada kan perubahannya....heehee...TAHNIAH untuk diri sendiri..!

Tuesday, June 12, 2012

CHOCOLATE HAZELNUT MARBLE BANANA BREAD

CHOCOLATE HAZELNUT MARBLE BANANA BREAD ~~ dah lama peram resepi ni sejak terpandang pertama kali kat blog Kak Ummi terus menangkap selera nak mencuba satu hari nanti dan akhirnya terus lupa akibat senarai menunggu resepi nak dicuba yang tebal lah sesangat².

Kebetulan pisang pun ada dan dalam dok fikir² apa nak buat dan hasil skodeng mengodeng dari blog ke blog maka terpandang pulak kali-2 resepi ni kat blog Sky Blue's Kitchen maka tanpa dolak dalih lagi terus ke dapur dan menjalankan misi serta agenda tertunda.....le kekonon...

Seriusly bagi kita ianya memang sedap dan boleh dikatakan antara resepi menggunakan pisang yang terbaek pernah kita cuba.....ini dari sudut pandangan selera kite lah ya...maybe selera orang lain sebaliknya. Kalau nak tahu kenalah cuba dan ianya pasti tak mengecewakan, malah kalau dimakan bersama sos chocolate....waaaalaaa...memang tak toleh kiri kanan...laju jer...

Kite guna loyang bulat so agak rendak sikit hasilnya sebab adunan agak sedikit dan kalau nak lebih cantik memang sesesuai guna loaf pan....pengajarannya lain kali follow resepi ye...heehee...

Resepi Asal :
Angie's Recipes ~~ TQ
Sumber Resepi : Home Sweet Home ~~ TQ Kak Ummi
Sumber Resepi : Sky Blue's Kitchen ~~ TQ Diana

~ Nutella Marbled Banana Bread ~~

Ingredients :-
220 g German #405 flour - kite guna tepung superfine
3/4 tsp Baking soda
1/2 tsp Salt
120 g Golden caster sugar - kite guna brown sugar
50 g Kellygold Butter, softened - kite guna SCS butter
3 Ripe bananas
2 Eggs
1/2 tsp Vanilla extract
150 g 3.5% Vanilla yogurt
100 g Nutella - kite guna Hazelnut Truffle
1 Banana, peeled and sliced
1/2 tbsp Cinnamon sugar - kite tabur gula pasir + beberapa cubit cinnamon powder

Method :-
  • Preheat the oven to 175C/350F. Butter and flour a loaf pan. Whisk together the flour, baking soda, and salt in a mixing bowl.
  • Stir the softened butter and sugar until they are well mixed. Add in bananas, eggs, vanilla extract and vanilla yogurt. Mix well. Sift in the flour mixture and mix until just incorporated and free of lumps. Pour the batter into the prepared pan.
  • Warm up the nutella with a bowl of hot water until it reaches the runny consistency. Swirl the Nutella with the batter to create the marble effect. (My marble effect was just on top only, just a so so...hehe, maybe my nutella was not melt enough)
  • Peel and slice the banana. Place them on the center of the batter, sprinkle with the cinnamon sugar and bake in center of the preheated oven for 45 minutes.

Monday, June 11, 2012

RAINBOW CAKE

RAINBOW CAKE ~~ dah lama sangat² memeram resepi ni dan beberapa kali cubaan nak buat tapi tak terlaksana. Kali ni nekad dan tak toleh kiri kanan depan belakang terus jer buat dengan semangat dan bersungguh²nya walaupun musim Rainbow cake ni dah abis....tak kisahlah kan...yang penting semangat mencuba walaupun warna pelangi pun x susun ikut aturan....bukan apa pelangi ni muncul kelam kelibut so beratur pun asal boleh jer....heehee...

Memang sedap sangat kek ni dan kena pulak dengan orange cream cheese frosting tu....waaalaaa punya lah bestnya, makan pun tak muak sebab ada terasa masam² orange tu. Kek span pun tersangatlah sedap bila dilayerkan dengan Hazelnut Truffle....errmmmm.....x moo cakap banyak...memang mantopp...!!!!

Cara buat kek ni dan sumber resepi dari Cerita Tina cuma kita tak guna nutella sebaliknya gunakan Hazelnut Truffle.....memang tersangatlah sedapnya. Cukup seimbang manis kek berlapiskan hazelnut truffle dan masam² manis cream cheese tu....

Kalau nak cuba, boleh intai² resepi ni ye...sedap kek ni, x rugi buat...

KEK SPAN
Sumber Resepi : Kek Span Coklat Rahel

200gm tepung kek/tepung superfine - kite guna superfine
180gm gula kastor - kite bubuh 150gm
110ml minyak masak - kite guna minyak jagung
100ml susu segar
40gm serbuk koko - tak letak sebab nak bubuh pewarna
20gm ovallet
6 biji telur gred A
1 sudu teh baking powder - diayak bersama tepung
1 sudu teh esen vanilla

Hazelnut truffle - untuk dilayerkan antara lapisan kek nanti.

Carannya :-
  • Panaskan oven. Griskan acuan. Alar dasar aduan dengan baking paper. Kite guna loyang 6''
  • Pukul telur, gula dan ovallet sampai kembang dan gebu. Masukkan tepung dan baking powder dan putar lagi sehingga sebati.
  • Perlahankan mixer, masukkan susu, esen vanilla . Teruskan lagi memukul selama 5minit. Tuangkan minyak dan gaul sebati.
  • Timbang adunan, dan bahagikan adunan kepada 6 bahagian. Kite timbang 1 warna 150gm
  • Bakar 180 selama 15minit dan bila kek sudah masak, telangkupkan selama 5 minit. Bila kek dah sejuk, sapu hazelnut truffle diatas kek dan lapikkan dengan kek yang lain.
Orange Cream cheese frosting
Sumber Resepi : - Zuraini Alias

4 package(s) (8-ounce) cream cheese - softened - kite guna 250gm
1 cup(s) (1/2 stick) unsalted butter, softened - kite guna 1/2 buku butter kurang lebih
4 tablespoon(s) fresh orange juice - guna sunquick jer
4 teaspoon(s) grated orange zest - tak letak
2 teaspoon(s) pure vanilla extract
4 cup(s) confectioners' sugar - guna 3 sudu besar

Directions :-
  • Blend the cream cheese, butter, orange juice, orange zest, and vanilla in a large bowl, using an electric mixer set at medium speed, until smooth.
  • Add the sugar and continue to beat until light and creamy -- about 3 more minutes.
  • Chill the frosting until ready to ice the cupcakes or cake.

Pewarna tu kite guna jenama ini :-

Violet - chefmaster
Electrik Pink - Americolor
Electrik Yellow - AmeriColor
Electrik Orange - AmeriColor
Electrik Blue - AmeriColor
Leaf Green - AmeriColor

Monday, February 20, 2012

KEK BATIK ARORA

KEK BATIK ARORA ~~ baca pada nama jer dah menarik minat nak membuatnya apatah lagi bila terlihat rupe kek ni. First kite tengok kek ni kat blog Kak Azlita dan mana mungkin tak tergodakan dengan sentuhan air tangannya yang memang cantik² dan teramatlah berseninya.

LinkSemangat nak membuatnya bertambah-tambah lagi bile terpandang pulak buat kali ke-2 kat blog CMG TiffinBiru yang mana hasilnya selalu mengoda jugak. Terus tak boleh jadik....kena segerakan buat. Ternyata memang sedap sangat kek ni, cukup segala bahannya.....manisnya ngam² dan moist sangat....betul kata CM '' serius aku tergoda '' dan memang tergoda sungguh.

So pada yang teragak² nak cuba tu......terus jerlah cuba dan InsyaAllah tak akan mengecewakan....memang best...! Sesuai sangat buat minum petang.

Resepi : De' Nuanza
Resepi cilok dari : CMG TiffinBiru
Bahan-bahannya :-
250 gram mentega
100 gram gula kastor
3/4 cawan susu pekat manis
250 gram tepung gandum*
2 camca teh baking powder* - *disatukan dan diayak.
6 biji telur gred A
1 camca teh ovallate
5 jenis perisa pilihan anda
Kite guna :-
Pewarna oren = perisa oren
Pewarna merah = perisa stoberi
Pewarna violet/ungu
Pewarna coklat = perisa coklat emulco
Pewarna hijau = perisa pandan paste

Caranya :-

  • Panaskan oven pada suhu 175C, lenser bund-pant berlubang tengah dengan mentega dan tabur dengan tepung gandum rata² dan ketuk keluar lebihannya. Atau guna tin bulat berukuran 8 inci dengan mentega dan alas dasarnya dengan kertas minyak. Lenser juga kertas tadi. Ketepikan.
  • Putar mentega, ovallate dan gula halus hingga putih. Masukkan susu pekat manis dan putar hingga sebati. Tambah telur satu persatu sambil diputar hingga kembang. Jarak masa untuk setiap satu biji ialah satu minit.
  • Perlahankan kelajuan, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan putar hingga rata. Atau anda boleh gaul adunan tadi dengan spatula sambil menambah tepung sedikit demi sedikit. gaul hingga rata.
  • Bagi adunan tadi pada 5 bahagian sama banyak dan bagi setiap bahagian dengan perisa yang anda gemari dan warna yang anda suka. Kacau rata dan isi setiap adunan dalam plastik bersih yang tidak bocor.
  • Ambil satu bahagian gunting bucu plastik tadi, dan paipkan satu lingkaran pada dasar tin (jika anda guna tin kek berlubang tengah). Kemudian paip kan satu lingkaran, kali ini guna perisa lain pulak. Lakukan kaedah sama secara berselang-seli dengan perisa berlainan hingga siap.
  • Bakar dalan oven selama 45 minit atau hingga masak. Sejukkan kek sekejap dan boleh keluarkan dari tin. Biar sejuk sepenuhnya atas jaringan. Ayak dusting powder atau gula aising sebagai hiasan (jika suka). Hidangkan...

Monday, February 6, 2012

CONGO BARS

CONGO BARS ~~ antara kudapan yang dah lama sangat simpan resepinya tapi tak terbuat² memandangkan tebal sangat dah koleksi resepi yang di print....semua nak buat hingga terlupa impian yang terdahulu.....chewah...!

Kali ni kite nak share resepi congo bars yang kita perolehi dari blog Rima yang pastinya setiap orang akan tergoda dengan hasil sentuhan tangan beliau....memang mengoda selera dan memang sedap sangat, tak rugi kalau buat. Anak² pasti suka serta sesuai untuk majlis² tertentu sebab ianya simple serta mudah untuk di sediakan.

Cuma lain kali sukatan gula tu memang nak kena kurangkan lagi even kite dah kurangkan pun still terlalu manis untuk kite...maybe kemanisan chocolate chips tu jugak mempengahruhi kemanisan congo bars ni.....so next time HARUS kurangkan lagi sukatan gula itu....too sweet for me...! Boleh potong kaki woooo...!


Sumber Resepi ~~ Rima Bisous A Toi
Bahan-bahannya :-
2 3/4 cawan tepung gandum
2 1/2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam
150 gm butter
320 gm gula perang - kite guna 300gm pun dah manis sangat so lain kali kena kurangkan lagi
3 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
250 gm chocolate chips
1 cawan kacang pican atau apa2 kekacang - optional - kite x bubuh sebab x der stok
Kepingan badam untuk taburan - optional

Caranya :-
  • Ayang tepung gandum, baking powder dan garam dan ketepikan
  • Gula perang dan butter di putar sehingga butter larut dan sebati. Masukkan telur satu persatu. Putar agar adunan sebati.
  • Masukkan esen vanila, tepung yang siap diayak dan kacau rata. Kemudian masukkan chocolate chips, kekacang. gaul agar adunan bergaul rata.
  • Tuangkan adunan ke dalam loyang berukuran 13 x 9 yang diglis atau diletakkan kertas minyak. Taburkan chocolate chips atau hirisan badam.
  • Bakar pada suhu 170C selama lebih kurang 30 minit sehingga permukaan atasnya kekuningan. Pastikan tidak terlebih bakar ye...!!


Monday, December 19, 2011

BLENDED BANANA CAKE

BLENDED BANANA CAKE santapan minum petang semalam dengan cuaca yang sejuk kerana hujan dari pagi....errmmmm... memang sesuai sangat sebab perut lapor kan...??? Ringkas dan senang sangat nak buat.

Tekstur kek ni lembut dan kite buat ikut cara kak Ct Delima buat dengan menambah serbuk koko dalam adunan ni dan ternyata gabungan itu memang sesuai dan kena dengan selera kita. Jadi terpulanglah ye nak bubuh serbuk koko mahupun tidak...mengikut citarasa masing².

Resepi Asal : Rahel
Sumber Resepi : Dari Dapur Ct Delima
Bahan-bahannya :-
Bahan-bahannya :-
4 biji pisang berangan - dipotong kecil²
180 gm minyak jagung/ minyak masak
2 biji telur gred A
3/4 cawan gula perang
11/2 cawan tepung kek# (dikurangkan 5 sudu besar)
1 sudu teh baking powder #
1/2 sudu teh soda bikarbonat #
5 sudu besar serbuk koko #
1/3 cawan coklat chip bersaiz kecil
Sedikit badam hiris sebagai hiasan atas kek
Bahan bertanda # di ayak bersama

Caranya :-
  • Panaskan ketuhar 170C selama 15 minit.
  • Pisang yang dipotong kecil, telur, minyak jagung dan gula disatukan kemudian di blender hingga halus selama 10 saat.
  • Tuangkan bahan yang di blender dalam mangkuk, kemudian masukkan campuran tepung yang telah diayak tadi. Kaup balikkan sehingga rata. (Jangan lama sangat ya sekadar bercampur saja).
  • Bakar selama 1 jam atau sehingga masak.

Tuesday, November 29, 2011

CUSTARD TEACAKE

CUSTARD TEACAKE antara resepi yang dah lama sangat kite simpan dan nak buat tapi seru nak membuat tu tak memanggil dengan jayanya , hanya print dan simpan dalam folder jer resepi tu hingga lah hari ni macam diseru² suruh buat. Memang popular sekejap ari tu sebab ramai blogger² masakan yang berlumba² membuatnya...dan ramai antaranya mengatakan yang custard teacake ni sedap..

Bagi kite oklah dari segi rasa....ketika makan tu terasalah lemak custard kat dalam molut...kita saje gatai buh dalam muffin cup dan alhamdulillah menjadik gak. Teksturnya agak rapuh di luar dan lembut di dalam . Sesuai untuk hidangan minum petang.


Sumber Resepi : CMG Tiffin Biru
Bahan kek :-

125 gram mentega
1/3 cawan gula halus @ gula kastor
1 biji telur gred A
3/4 cawan teping naik sendiri (self raising flour)
1/2 cawan tepung kastard
1/2 camca teh esen vanilla

Bahan Custard
1 camca besar tepung custard
1 camca besar gula kastor
2/3 cawan susu segar
15 gram mentega - (kurang lebih 1 camca teh)
2 camca teh esen vanilla


Cara membuatnya :-
  • UNTUK KASTARD :- Satukan semua bahan untuk kastard kecuali mentega dan esen vanilla. Kacau rata dengan whisk dan masak dengan api perlahan sambil terus dikacau hingga pekat. Padam api, tambah mentega dan esen vanilla, kacau rata dan biar sejuk. Ketepikan.
  • Panaskan oven pada suhu 175C, lenser tin bulat saiz 7 inci - (Kite guna Muffin cup)
  • Putar mentega dengan gula halus hingga berkrim, masuk telur dan putar hingga kembang. Tambah esen vanilla. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung naik sediri + tepung kastard sedikit demi sedikit hingga habis. Gaul rata.
  • Masukkan 1/2 adunan ke dalam bekas yang telah disediakan, ratakan dan buat sedikit lubang ditengah2nya. Tuang kastard, ratakan dan tutup dengan baki adunan, ratakan dan bakar selama 30 minit atau hingga masak.
  • Sejukkan sebelum dihidangkan. Jika suka boleh ayak gula aising atas permukaan kek sebagai penyeri...Selamat mencuba!!!

Thursday, October 27, 2011

BLENDED ORANGE CAKE

BLENDED ORANGE CAKE kali ke-2 kite buat kek ni dan alhamdulillah kali ini molek kejadiannya dari percubaan pertama kat sini. Mula² ari tu kesilapan mengunakan loyang terlalu kecil hinggakan kek tu merekah macam gunung berapi nak meletup....apapun belajar dari kesilapan membawa kepada kejayaan....heeheee...


Kek ni memang sedap dan paling best cukup senang nak buat, guna blender jer....masukkan bahan² pastu ter...ter...ter...godeh² dan bakar...dah siap, pastu ngap....ermmmm sedappppp tau. Sesuai sangat untuk minum petang dengan cuaca yang hujan jer sekarang ni di Kuantan...nikmat sungguh rezeki kurniaan Allah.

Jom intai resepi mudah lagi senang le sangat nak buat....

Sumber Resepi :
Kak Ct Delima
Bahan-bahannya :-
1 biji orange - kite guna sebiji lagi dan sagat kulitnye sahaja.
1 cawan gula
3 biji telur
2 cawan tepung gandum*
1 camca teh baking powder*(*disatukan dan ayak)
1 cawan minyak - kite guna butter cair
Secubit garam

Caranya :-
  • Oren dicuci dan lap kering, hiris kulit oren tadi, ambil bahagian kuning sahaja. Kemudian ambil isi oren, buang urat putih.
  • Panaskan oven pada suhu 175C, lenser tin berukuran 8 inci dengan mentega, alas dasarnya dengan kertas minyak.
  • Dalam alat pengisar makanan atau blender, masukkan oren, gula, mentega cair, dan telur, kisar hingga semua sebati halus dan sebati. Tuang dalam satu bekas. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil digaul hingga sebati dan tepung habis.
  • Tuang dalam bekas tadi dan bakar selama 40 minit hingga 1 jam, bergantung pada oven masing2. Sejukkan kan atas jaringan sebelum dihidangkan...

Monday, October 17, 2011

BLENDED BUTTER CAKE

BLENDED BUTTER CAKE keenakan rasanya serta teksturnya yang lembut ternyata berbaloi dengan cara pembuatannya yang senang sangat, ringkas dan tak banyak kerenah. Kalau nak cepat memang resepi begini lah menjadi pilihan. Walaupun senang nak buat tapi pada kita ternyata berbaloi².

Amat sesuai dimakan untuk juadah minum petang. Ringkas dan pastinya anak² akan mengemari kek sebegini. Kita buat 1/2 adunan sahaja dari resepi asal so kalau nak lebih just double kan jer bahan²nya.

Resepi Asal : Kak Fida
Sumber resepi : CMG Tiffinbiru
Bahan-bahannya :-

125 gram mentega, cair dan sejukkan
160 ml susu segar, disejukkan
2 biji telur gread A
3/4 cawan gula halus
1 1/4 cawan tepung naik sendiri (self-raising flour) diayak
1 camca teh paste pandan - kite tak bubuh
3/4 camca teh coklat emulco
1/2 camca teh esen vanilla
Secubit garam

Caranya :-
  • Panaskan oven pada suhu 160C, sediakan acuan kegemaran, jika acuan bulat atau 4 segi, lenser dengan sedikit mentega dan alas dasarnya dengan kertas minyak. Kite guna acuan silicone..
  • Dalam alat pengisar atau blender, satukan telur, gula, susu segar sejuk, mentega cair dan kisar hingga semua larut dan gula hancur. Tuang dalam satu bekas. Masukkan tepung naik sendiri yang telah diayak tadi, kacau hingga rata dan tidak berbintil2.
  • Bagi pada 2 bahagian sama banyak, satu letak pandan paste, dan satu lagi letak coklat emulco dan esen vanilla, kacau rata. Sendukkan dalam acuan secara berselang seli antara panda dan coklat.
    cara kite : masukkan setengah adunan yang plain pastu lapisakan dengan yang coklat dan ataskan dengan yang plain pulak...pastu lorek sikit dengan cungkil gigi.
  • Buat hingga siap dan bakar selama 50 - 60 minit, atau hingga masak. Bila masak, sejukkan sebentar dan terbalikkan atas redai, biar kek sejuk. Boleh ayak sedikit gula aising sebelum dihidangkan....

Wednesday, May 4, 2011

BLENDED ORANGE CAKE


BLENDED ORANGE CAKE....semudah mendengar namanya kan....memang mudah le sangat, tak yah nak kuarkan mixer bagai....semua buh dalam blender pastu terrr...terrrr...jejaka idaman Malaya kita yang tukang picit blender tu...memang peberet dia bab cenggitu...bior Akid tekan...bior akid tekan...dialognye...tak padan dengan demam....heehee...tak pe kasi Akid cergas sikit...!!!

Kita buat malam tadi 2 adunan sebab nak bagi jiran sebelah 1 adunan...jiran ada buat bacaan yasin dalam kul 11 pagi nanti so boleh lah merasa sesama kita....!!!! Walaupun rupa kek agak merekah tengah macam gunung berapi nak meletop dan agak kering sikit luarnya tu tapi tak mengganggu tekstur dalamnya yang memang moist dan lembut. Kek jadi cenggitu mungkin kita guna acuan kecik sangat dan suhu kena turunkan sikit...kita tanya pendapat pro okkk...!!!!

Kita simpan resepi ni dah lama bila skodeng blog-blog masakan cuma kita peram dulu resepinya....cari masa yang sesuai nak buat....kalau nak resepi tu sila lah skodeng kat sini


Pssttt..: Akid kalau nampak kek mesti sebut...yeeayyy abeday...(happy birthday) sesambil tepuk tangan ala-ala kanak-kanak riang...!!!!


Ini adalah blog peribadi. Sekadar mengisi masa lapang serta berkongsi apa yang kita rasa. Oleh itu apa jua coretan mahupun pendapat yang kita coretkan diblog ini adalah dari pandangan kita sendiri. Pada sesiapa yang tidak setuju, tidak suka mahupun loya membaca coretan kita ini....tiada paksaan untuk mengikuti mahupun menyetujui pendapat kita ok...!!!!

Nak baca banyak lagi cerita ceriti...kena klik " OLDER POST '' okkk..!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...