Showing posts with label UDANG. Show all posts
Showing posts with label UDANG. Show all posts

Wednesday, October 3, 2012

SAMBAL UDANG

SAMBAL UDANG ~~ macam biasa entry pembuka tirai setelah kian lama tak hapdet blog, malas, malas dan malas jer alasan yang boleh di guna pakai sekarang.....makkk bz sangat lah...sampai masak pun simple dimple dan biasa² jer menunya....ni pun biasa jer tapi saje nak tepek gak kat blog....takut kang berkulat lak blog ni...silap² password pun boleh lupe...!!!!

Sambal ni buat semalam dan licin pun semalam gak....x bersisa...maklum masak utk semulut jer! Akid jangan kata sambal....sayur lemak buh lada hiris pun dia kata pedas, maka sambal ni memang tak menjamah le ke mulut dia ye...

Bahan-Bahannya :-
Udang - kita tabur garam sikit dan goreng seketika
1 biji bawang besar saiz sederhana - hiris
1/3 cawan jus asam jawa
4-5 sudu besar penuh cili kisar
Garam dan gula secukup rasa

Bahan kisar halus :-
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
sedikit kunyit
1 inci belacan

Caranya :-
  • Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga garing dan pecah minyak. Guna api sederhana dan kacau sentiasa.
  • Masukkan jus asam jawa, gula dan garam secukup rasa dan sedikit gula. Masukkan bawang hiris dan seimbangkan rasa kemudian bolehlah masukkan udang dan kacau rata, jika ok dari segi boleh matikan api.

Tuesday, July 24, 2012

UDANG GARING DAUN KESOM



UDANG GARING DAUN KESOM ~~ i likeee sebab terasa rempah serta aroma dedaun tu yang buat syok gitu kalau makan. Ini tekak kite ye...tekak orang lain, kena cubalah baru leh tahu serasi mahupun tidak. Kalau nak diikutkan udang ni tak leh makan sangat akibat alergik melampau garuk mengaruk tu tapi x tahan nafsu bila tengok Kak Ummi buat, terus tanam dalam hati...kena cuba dan bab alergik tu tepis jejauh....ubat kan ado....tak susah pun...jahatkan selera, sanggup!!!

Jom cuba resepi mudah dan ringkas ni tapi yang best serasai dengan aiii even udang ni patutnya harus tak ada dalam senarai...al-maklum le alergik ke kekunun....tapi tergoda denga ayat Kak Ummi ----> memang enak sehhhhh...!!! Tapi serius cakap...memang sedap tau, makan  dengan nasi panas²...ermmmm....cepat cuba kalau nak tau sedapnye tu ok.!

UDANG GARING DAUN KESUM
Sumber Resepi : Kak Ummi @ Home Sweet Home
Resepi: Chef Kamarul @ Majalah Saji

Bahan-bahannya :-
500 gm udang bersaiz sederhana
Minyak masak untuk menggoreng

Bahan-bahan untuk Perap :-
1 sudu kecil serbuk cili
1 sudu kecil serbuk kari - kite letak 1 1/2 sudu
1/2 sudu kecil lada hitam kisar
1 sudu besar tepung jagung
sedikit garam

Bahan-bahan Cincang :-
6 ulas bawang putih
3 cm halia
1 tangkai besar daun kesum
1 tangkai kecil daun selasih (*akak xda ni)
1 tangkai kecil daun kari
1 tangkai cili merah




Caranya :-
  • Udang dibelah belakang dan bersihkan
  • Gaul udang bersama bahan perapan. Kite perap dalam 25-20 minit
  • Panaskan minyak dan goreng udang sehingga benar-benar garing. Angkat dan toskan.
  • Keluarkan sebahagian minyak dan tinggalkan lebih kurang 3 sudu besar sahaja. Tumiskan bawang putih dan halia sehingga agak garing.
  • Masukkan pula cili merah dan diikuti daun kesum, daun kari dan daun selasih. Sentiasa kacau supaya tidak hangus.
  • Masukkan semula udang tadi dan gaul rata sebentar. Tutup api dan hidangkan bersama nasi panas.


Ini adalah blog peribadi. Sekadar mengisi masa lapang serta berkongsi apa yang kita rasa. Oleh itu apa jua coretan mahupun pendapat yang kita coretkan diblog ini adalah dari pandangan kita sendiri. Pada sesiapa yang tidak setuju, tidak suka mahupun loya membaca coretan kita ini....tiada paksaan untuk mengikuti mahupun menyetujui pendapat kita ok...!!!!

Nak baca banyak lagi cerita ceriti...kena klik " OLDER POST '' okkk..!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...