Showing posts with label PASTA. Show all posts
Showing posts with label PASTA. Show all posts

Wednesday, December 3, 2014

SPAGHETTI BOLOGNESE


SPAGHETTI BOLOGNESE ~~ ringkas dan senang nak buat memandangkan hari selasa adalah hari paling sibuk untuk kita dalam banyak banyak hari.....masa banyak habis di jalan raya.....sibukkan...??? Kalah Pak Menteri. Lagipun spaghetti bolognese antara kegemaran jugak lah. Buat kali ni tanpa meat ball...tak sempat gitu alasannya.

Resepi masakan cara sendiri dan sos guna sos botol jer....nak cepat gitu jugak alasannya. Padahal memang sokmo guna sos botol jer....hehee....cuma kali ni cendawan butang tak bubuh sebab sekali belek stock tak ada....malas nak turun beli maka masak dengan apa yang ada jer. Sedap jugak... ok lah Selamat mencuba....

Bahan-bahannya :-
1/2 bungkus spaghetti
1 botol sos spaghetti
1/2 bungkus daging kisar
2 biji tomato - kalau size besar 1 pun ok - didadu
2 sudu tomato paste -
1/2 batang carrot - potong bulat
6 biji cendawan butang - dihiris nipis. Kali ni x bubuh sebab stock tak ada.
1 labu bawang besar - didadu
4 ulas bawang putih - dicincang
2 sudu teh capers - optional
1 sudu teh serbuk oregano
1/2 sudu kecil black pepper
Sedikit Extra Virgin Olive Oil
Garam secukupnya
1/2 botol air - kite sukat guna botol sos spaghetti

Cara-caranya :-
  • Didihkan air dan dibubuh sedikit garam serta minyak. Celur Spaghetti hingga lembut. Angkat dan toskan.
  • Daging kisar tu kita masak dengan sedikit minyak. Biar agak garing sikit. Untuk keringkan sedikit air daging tu.
  • Panaskan Olive Oil dan tumis bawang besar, bawang putih sehingga naik bau. Masukkan daging kisar tadi. Gaul rata.
  • Masukkan sos spaghetti, tomato yang didadu, paste tomato dan tambahkan 1/2 botol air.
  • Bila sos dah sebati, masukkan cendawan, carrot. Tambahkan garam serta masukkan black pepper serta serbuk oregano.
  • Akhir sekali masukkan capers dan meat ball. Bila sos mendidih bolehlah di tutup api.

Tuesday, August 14, 2012

SPAGHETTI HAILAM

SPAGHETTI HAILAM ~~ baca resepi dah buat kecur seluruh tekak...heehee...bukan ape, kalau resepi menggunakan spahetti ni memang semangat sikit nak cuba, bukan ape....fussy boy cenonet aii tu memang suka pasta masta ni....so tentu resepi ni boleh menewaskan sikap cerewet memilih makan Akid kan....
Sememangnya tak rugi mencuba,,,,sebab aii dapat pujian dari permata hati dan big boss....sedap katanya hailam menggunakan spaghetti, satu kelainan bagi nak menukar selera dari selalu guna mee kuning kan...so jom cuba...senang, mudah, ringkas dan menjilat sudu....bagi kami sekeluarga ye....kalau nak tahu jilat sudu atau tak....cer cuba sendirik okey..!

Sumber Resepi : Kak Ct Delima ~~
TQ sis
Bahan-bahan
:-
1 bungkus spaghetti - kite guna 1/2 sahaja
3 keping dada ayam - potong dadu
300 gm daging - dipotong nipis
3 ulas bawang putih - tumbuk halus
5 batang cili api - diketuk
2 biji tomato - belah 6
1 bungkus baby corn - dibelah dua  
sedikit kobis bunga
Sedikit kobis panjang - kite guna sawi
1 batang karot - dipotong nipis atau memanjang
1 sudu besar cili kisar
3 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar kicap pekat
Tepung jagung - dicampur sebati dengan sedikit air
Sedikit lada hitam serbuk
Daun sup - hiris halus
minyak untuk menumis
   
Caranya :-

  • Rebus spagheti hingga lembut dalam 10 minit. Letak sedkit garam dan sedikit minyak dalam air rebusan agar tidak melekat. Angkat dan toskan.
  • Rebus ayam hingga empuk asingkan airnya. Dan rebus daging hingga lembut dan asingkan airnya.
  • Panaskan sedikit minyak dalam periuk. Tumis bawang putih dan cili kisar sehingga garing.
  • Masukkan sos tiram, sos tomato, kicap pekat dan air rebusan ayam dan daging secukupnya. Kacau rata dan biarkan mendidih.
  • Bila dah mendidih masukkan cili padi, karot, kubis bunga, kobis panjang, buah tomato, ayam, daging dan serbuk lada hitam. Biarkan mendidih.
  • Akhir sekali masukkan air tepung jagung, sedikit garam jika perlu. Jika kuah dah sedikit pekat boleh matikan api.
  • Letak spahgeti dalam mangkuk dan tuangkan kuah diatasnya. Sedia dihidang panas dan taburkan daun sup jika perlu.
Selamat menjamu mata, mencuba dan muga menepati selera anda....for me...mabeles...!

Tuesday, April 10, 2012

SPAGHETTI BOLOGNESE

SPAGHETTI BOLOGNESE ~~ suke makan dan memang tak jemu makan....tapi kali ni kite cuba buat sos sendiri dari yang selalunya guna sos dalam botol tu jer...sedap dan x banyak beza sangat. So lain kali kalau rajin memang akan sedaya upaya buat sos sendiri. kalau dah x sempat sangat baru guna sos botol....boleh gitu..tak kisahlah kan.....asal ianya sedap dan menepati citarasa masing²...

Kite juga buat meat ball....sebab macam dah tersangat suka makan spaghetti dengan meat ball walaupun sosnya dah ada daging cincang....alasannya....sebab suke...so....hentam sajelah labu...!

Sumber Resepi : Masam Manis
Bahan-bahannya :-
500gm spaghetti
500 gm daging lembu cincang - kite guna 2 keping daging jenama Ramly
200 ml susu
1 labu bawang besar kuning - dicincang halus
1 ulas bawang putih ~ dicincang halus
1 tin sedang tomato puri
4-5 tomato segar ranum ~ didadu
1 batang carrot ~ didadu kecil
2 batang celery ~ didadu kecil
1 tin cendawan butang ~ dihiris -optional
1 kiub stok daging lembu - optional
1/2 sudu teh herba Oregano kering atau Italian Mixed Herbs
Sedikit garam dan gula secukup rasa
3 sudu besar minyak zaitun ~ kalau tak nak beli boleh pakai minyak masak biasa
2 sudu besar butter
Parutan keju parmesan – untuk menghidang - kite x bubuh
2 sudu capers - optional

NOTA :
Semua bahan bernota optional tidak ada dalam resipi asal authentic Italian Bolognese. Tapi boleh ditambah ikut citarasa masing².
Resipi asal juga ada masuk 200 ml red wine. Saya selalu gantikan dengan prune juice kalau ada bahan kat rumah. Tapi kalau tak ada tak masukkan pun, ok juga rasanya, tak banyak beza.


Caranya :- Untuk Spaghetti
  • Rebus 2 liter air dalam periuk besar, masukkan 2 sudu teh garam. Bila air mendidih baru masukkan spaghetti.
  • Kacau sekali-sekala dan masukkan satu sudu teh minyak zaitun (atau minyak masak) agar pasta tak melekat. Bila pasta sudah lembut angkat dan toskan.
Caranya :- Sos Bolognese
  • Gunakan periuk yang tinggi dan dalam. Panaskan minyak zaitun,masukkan butter dan kacau. Bila butter cair dan berbuih masukkan bawang besar dan bawang putih cincang. Jangan dibiar garing, cukup sekadar bawang layu.
  • Masukkan daging cincang. Ketuk-ketuk daging biar semua hancur dan bentuk/saiznya seragam. Goreng hingga daging keperangan.
  • Masukkan semua sayuran, goreng lagi hingga sayur-sayur lembut.
  • Masukkan susu. Kuatkan api hingga susu mendidih. Kacau selalu.
  • Bila nampak semua susu telah diserap daging, masukkan tomato puri dan tomato segar.
  • Guna tin tomato puri itu untuk sukat 2 tin air, tambah ke dalam kuah.
  • Kacau sos sambil di tekan-tekan tomato yang nampak berbiji hingga hancur. Masukkan herba, kiub (jika guna), garam dan gula secukup rasa. Masukkan capers dan Meat ball dan gaul rata.
NOTA :
Jika guna kiub, bagi saya tak masuk garam pun takpe sebab dah masin. Gula cume perlu 1/4 sudu teh saja sebab susu telah memaniskan sos. Again, mesti dirasa dan timbang sendiri masam, manis dan masin sos.

Biar mendidih lebih kurang 7 minit, kemudian perlahankan api paling kecil. Renihkan dengan periuk separa tertutup hingga sos pekat. Boleh hidang dengan parutan keju parmesan.

NOTA :
Orang Itali secara tradisi, merenih sos Bolognese sampai 4 jam! Kalau nak jimat gas, 2 jam pun dah cukup lama hehe. Saya cuma renih 1 jam kali ni, sos jadi pekat dan menyalut spaghetti dengan cantik sekali. Dan yang penting, rasanya authentic Italian..! memang sedap...

Bahan-bahannya :- Untuk Meat Ball
(dapat 12 biji meat ball)
1/2 bungkus daging kisar - kite guna jenama Ramly
1 labu bawang besar - didadu
1 biji telur - kite guna 1/2 jer
1 sudu besar black pepper
1 sudu besar serbuk Oregano
Sedikit garam

Caranya :-
  • Satukan kesemua bahan dan gaul hingga rata.
  • Bulat-bulatkan mengikut size yang dikehendaki.
  • Panaskan sedikit Olive oil di non-stick pan, jangan banyak sangat minyak.Tak perlu sampai meat ball tenggelam. Goreng meat ball hingga masak menggunakan api yang kecil.
  • Memang memakan masa sikit nak masak sebab kena terbalik kan satu bahagian ke satu bahagian sebab menggunakan minyak yang sedikit.



Wednesday, February 29, 2012

BAKED MACARONI

BAKED MACARONI ~~ atas permintaan yang tersayang ni....kira special request yang kekunun diet x moo makan nasi.....tapi request pasta...ermmmmm diet ke laut namanya tu...apapun tetap happy dapat menyediakan sesuatu yang insan tersayang nak makan.

Dulu dah pernah buat lasagna dan kini kite gunakan cara buat kuah daging yang sama cuma gantikan lasagna dengan macaroni, seperti biasa hasilnya tak mengecewakan.....best..!

Bahan-bahan untuk KUAH DAGING :-
300g daging cincang ~ kite guna 5 keping daging burger
1 botol prego ~ botol kecil
2-3 batang celery
cendawan butang ~ dihiris
2 biji tomato ~ didadu
1 biji lobak merah ~ dadu
1-2 sudu besar cili boh ~ jika suka pedas - kite x bubuh
2-3 ulas bawang merah ~ cincang halus
2-3 ulas bawang putih ~ cincang halus
Sedikit lada sulah
Garam secukup rasa
Gula - kite x bubuh
3 cawan air
1/2 Capsicum merah ~ dihiris
1/2 Capsicum hijau ~ dihiris
1 kiub daging
Sedikit lada hitam

Caranya :-
  • Panaskan minyak untuk menumis.
  • Tumiskan bawang merah dan putih sehingga naik bau. Masukkan cili boh, tunggu sampai pecah minyak, kemudian masukkan daging cincang. Masukkan kiub daging.
  • Masukkan 3 cawan air tadi, tunggu sehingga daging sedikit masak dan tambahkan garam (
  • Masukkan Prego, dan sedikit gula jika perlu. Masukkan sayur-sayuran tadi, mulakan dari sayur yang agak keras dahulu. Masukkan macaroni dan gaul rata.
  • Tunggu sehingga mendidih, padamkan api.
Bahan lain :-
Macaroni - kite rendam dengan air panas dalam 10 minit jer
Hirisan ceddar cheese ~ untuk tabur atas - kite guna mozarella
Serbuk Parmesan Cheese ~ jika suka kite x bubuh
Sedikit lada hitam di tumbuk kasar
1 pokok daun bawang ~ dihiris untuk tabur atas

Caranya :-
  • Panaskan oven pada suhu 180 C. Sediakan bekas caserole atau bekas aluminium, oleskan bekas dengan butter
  • Masukkan macaroni tadi dan kalau nak lapiskan berselang seli dengan taburan mozarella cheese pun boleh.
  • Akhir sekali taburkan mozarella cheese memenuhi atas macaroni dan bakar selama 40 minit.
  • Hidangkan dengan taburan hirisan daun bawang dan sedap dimakan ketika suam².

Tuesday, January 31, 2012

SPAGHETTI CARBONARA MUSHROOM

SPAGHETTI CARBONARA MUSHROOM ~~ lunch semalam sebab tak sempat nak masak yang berat² memandangkan agak bz le sikit semalam....ntah apa yang di bz kan sangat pun tak dapat nak dikesan....alasan baek punye sempena Awan Nano menang dan sebab insiden paling x leh lupa....gedebuk kat porch gara² lantai licin.....malu seiiii...!!! ada owang nampak le pulok...

Jarang² masak spaghetti style cenggini sebab agak tak minat sangat tapi memandangkan Akid suka sangat makan jenis Carbonara ni.....maka Ummi pun kena lah ngap sekali.....tapi kalau sesekali terasa sedap jugak....! Tapikan...memang sedap tau....alasan lagik..! (sebab sendiri masak...heehee...)

Jom intairesepi cara simple versi sendiri....

Bahan-bahannya :-
1/2 paket spaghetti - direbus + sedikit garam
1 botol carbonara mushroom souce -
Daging kisar - kite guna jenama Ramly
1 labu bawang besar - didadu

4 ulas bawang putih - dicincang
6 biji cendawan butang - hiris nipis
Sedikit lada hitam
Garam secukup rasa
Olive oil - untuk menumis
Daun selasih - optional

Caranya :-
  • Daging kisar ditumis garing sekejap utk buang sedikit air daging tu. Ketepikan
  • Tumiskan bawang besar + bawang putih sehingga naik bau. Masukkan daging kisar. gaul rata.
  • Kemudian masukkan sos carbonara + sedikit air jika terlalu pekat.
  • Perasakan garam dan letak lada hitam.
  • Bila nak makan gaulkan spaghetti dan bolehlah dihidangkan dengan sedikit hirisan daun selasih jika suka.


Sunday, December 25, 2011

LASAGNA

LASAGNA menu simple dinner tadi, badan penat sangat nak masak yang rumit² setelah seharian berjalan cuci² mata serta beli keperluan dapur. Maka Lasagna menjadi pilihan untuk santapan keluarga. Sedap kalau makan suam² gitu....sesekali dinner macam omputeh apa salahkan...tukar selera...

Next time kalau buat kena keringkan sikit lagi kuah dagingnya itu, supaya kurang sikit kuahnya bila lasagna dah masak. Tapi memang sedap sangat....rugi kalau x cuba...apapun ianya memang menepati citarasa kite lah...orang lain...nak tahu kena lah cuba....idok gitu...???

Sumber Resepi : Masam Manis
Bahan-bahan untuk KUAH DAGING :-
300g daging cincang ~ lagi sedap kalau guna daging burger sebab berperisa
1 botol prego ~ botol kecil
2-3 batang celery
cendawan butang ~ dihiris
2 biji tomato ~ didadu
1 biji lobak merah ~ dadu
1-2 sudu besar cili boh ~ jika suka pedas - kite x bubuh
2-3 ulas bawang merah ~ cincang halus
2-3 ulas bawang putih ~ cincang halus
Sedikit lada sulah
Garam secukup rasa
Gula - kite x bubuh
3 cawan air
1/2 Capsicum merah ~ dihiris
1/2 Capsicum hijau ~ dihiris
1 kiub daging
Sedikit lada hitam

Caranya :-
  • Panaskan minyak untuk menumis.
  • Tumiskan bawang merah dan putih sehingga naik bau. Masukkan cili boh, tunggu sampai pecah minyak, kemudian masukkan daging cincang. Masukkan kiub daging.
  • Masukkan 3 cawan air tadi, tunggu sehingga daging sedikit masak dan tambahkan garam (lebihkan air pun tak mengapa, sebab tujuannya untuk melembutkan kulit lasagna nanti)
  • Masukkan Prego, dan sedikit gula jika perlu. Masukkan sayur-sayuran tadi, mulakan dari sayur yang agak keras dahulu. Tunggu sehingga mendidih, padamkan api.
  • Setelah kuah daging siap ketepikan. Kita sediakan cheese sauce

Bahan-bahannya untuk CHEESE SAUCE :-

2 sudu besar mentega
4 sudu besar tepung gandum
115g Cheddar cheese ~ Mozarella pun boleh, tapi Cheddar/cream cheese senang cair untuk buat cheese sauce tu. Mozarella sesuai untuk tabur kemudian.
1-2 cawan susu segar
Sedikit garam

Caranya :-

  • Cairkan mentega, kemudian masukkan tepung gandum, kacau sehingga sebati.
  • Alihkan dari api, masukkan susu, kacau sehingga tepung tidak berketul, barulah dipanaskan semula.
  • Masukkan cheese, kacau setiap masa, masukkan garam sedikit. Kemudian padamkan api.

Bahan hiasan :-

1 kotak instant Lasagna ~ bergantung pada besar bekas caserole
Hirisan ceddar cheese ~ untuk tabur atas
Serbuk Parmesan Cheese ~ jika suka kite x bubuh
Sedikit lada hitam di tumbuk kasar
1 pokok daun bawang ~ dihiris untuk tabur atas

Panaskan oven pada suhu 180 C
Sediakan bekas caserole atau bekas aluminium
Oleskan bekas dengan butter

Carannya :-
  • Lasagna tak perlu di masak ye!
  • Aturkan kepingan lasagna di dasar bekas caserole hingga menutupi dasar bekas
  • Tuangkan sedikit kuah daging tadi ~ tujuan kuah daging berair supaya lasagna tidak perlu di masak terlebih dahulu
  • Tuangkan sedikit cheese sauce tadi dan taburkan daun bawang
  • Ulang langkah ini di setiap lapisan sehingga habis memenuhi bekas
  • Bahagian atas atau lapisan yang terakhir adalah kulit lasagna, tuangkan baki Cheese Sause
  • Pastikan kuah daging tadi menenggelamkan sebahagian besar adunan lapisan tadi
  • Taburkan hirisan Chedar Cheese dan Parmesan Cheese dan akhir sekali taburkan lada hitam jika suka
  • Bakar dalam oven pada suhu 180C selama 40 minit atau sehingga masak
  • Untul memastikan lasagna telah masak, kulit lasagna kelihatan lembut apabila di cucuk dgn lidi. Keluarkan lasagna yang telah siap di bakar. Biarkan ia sejuk selama 20 minit sebelum di potong.
  • Hidangkan bersama taburan daun bawang jika suka.

Tuesday, September 13, 2011

PASTA BOWTIES SIMPLE DIMPLE

PASTA BOWTIES SIMPLE DIMPLE, senang jer kalau nak goreng macam ni sebab tu nama pong di kasi simple dimple. Kite memang suke goreng pasta cenggini. Sedap dan tak muak kalau makan banyak..... Apa jenis pasta boleh jer kalau nak goreng cenggini...sama jer rasa kesedapannya.

Kalau ada yang nak cuba boleh lah intai² resepi simple dimple versi anak Pak Talib yang rajin memasak kunun-kunun ni ye....!!!! Ala mudah jer so jangan tak cuba ehh...


Bahan-bahannya :-
1/2 bungkus pasta Bowties
1 keping daging kisar Ramly
10 ekor udang
1 batang carrot - disagat memanjang
6 biji cendawan butang - dihiris nipis
1 labu bawang besar - didadu
4 ulas bawang putih - dicincang
12 biji cili padi - ikut kepedasan yang di sukai
2 sudu teh capers - optional
3 kelopak bunga kobis
3 kelopak brokoli
Sedikit Extra Virgin Olive Oil
Garam secukupnya




Cara-caranya :-
  • Didihkan air dan dibubuh sedikit garam serta minyak. Celur bowties hingga lembut. Angkat dan toskan.
  • Daging kisar tu kita masak dengan sedikit minyak. Biar agak garing sikit. Untuk keringkan sedikit air daging tu.
  • Panaskan Olive Oil dan tumis bawang besar, bawang putih sehingga naik bau. Masukkan daging kisar dan udang. Gaul rata.
  • Masukkan carrot, bunga kobis, brokoli dan cendawan
  • Bila bahan dan sebati masukkan bowties dan gaul rata.
  • Seimbangkan rasa.

Wednesday, August 17, 2011

SPAGHETTI BOLOGNESE with MEAT BALL


SPAGHETTI BOLOGNESE with MEAT BALL antara masakan yang tuan tanah gemari. Kadang² bile di tanya nak masak apa....mesti jawap buat spaghetti jer lah...apapun masakan ni mudah dan senang nak buat. Kalau tetamu datang tanpa beritahu awal², pasti menu ni boleh masuk senarai.....betul tak...? Betul jer lah ek...???

Sesekali tukar selera masa bulan puasa ni, tak salah....apapun jom layan resepi versi anak Pak Talib ni ye...kali ni rajin terlebih maka kita buat meat ball sendiri....senang jer rupanya...!!!!

Bahan-bahannya :-
1/2 bungkus spaghetti
1 botol sos spaghetti
1/2 bungkus daging kisar - kite guna jenama Ramly.
2 biji tomato - kalau size besar 1 pun ok - didadu
2 sudu tomato paste - gune sos tomato pun okeh jer.
1/2 batang carrot - potong bulat
6 biji cendawan butang - dihiris nipis - kite guna cap Ayam
1 labu bawang besar - didadu
4 ulas bawang putih - dicincang
2 sudu teh capers - optional
1 sudu teh serbuk oregano
1/2 sudu kecil black pepper
Sedikit Extra Virgin Olive Oil
Garam secukupnya
1/2 botol air - kite sukat guna botol sos spaghetti

Cara-caranya :-
  • Didihkan air dan dibubuh sedikit garam serta minyak. Celur Spaghetti hingga lembut. Angkat dan toskan.
  • Daging kisar tu kita masak dengan sedikit minyak. Biar agak garing sikit. Untuk keringkan sedikit air daging tu.
  • Panaskan Olive Oil dan tumis bawang besar, bawang putih sehingga naik bau. Masukkan daging kisar tadi. Gaul rata.
  • Masukkan sos spaghetti, tomato yang didadu, paste tomato dan tambahkan 1/2 botol air.
  • Bila sos dah sebati, masukkan cendawan, carrot. Tambahkan garam serta masukkan black pepper serta serbuk oregano.
  • Akhir sekali masukkan capers dan meat ball. Bila sos mendidih bolehlah di tutup api.

Bahan-bahannya :- Untuk Meat Ball
(dapat 12 biji meat ball)

1/2 bungkus daging kisar - kite guna jenama Ramly
1 labu bawang besar - didadu
1 biji telur - kite guna 1/2 jer
1 sudu besar black pepper
1 sudu besar serbuk Oregano
Sedikit garam

Caranya :-
  • Satukan kesemua bahan dan gaul hingga rata.
  • Bulat-bulatkan mengikut size yang dikehendaki.
  • Panaskan sedikit Olive oil di non-stick pan, jangan banyak sangat minyak.Tak perlu sampai meat ball tenggelam. Goreng meat ball hingga masak menggunakan api yang kecil.
  • Memang memakan masa sikit nak masak sebab kena terbalik kan satu bahagian ke satu bahagian sebab menggunakan minyak yang sedikit.

Friday, April 29, 2011

MENGIDAM LAKSA JOHOR


Alhamdulillah....terlaksana jugak impian orang mengandung nak makan LAKSA JOHOR hasil sentuhan tangan kita....ekceli cousin tuan tanah yang peknen...bukan kita ye....!!! Lega rasa dapat menunaikan hasrat orang peknen ni....mudah-mudahan lepaslah hajatnya...

Resepi Laksa Johor adalah resepi arwah mak kita...memang inilah cara yang kita buat tak pernah ikut cara lain...pada kita resepi ini...the best...maklum lah resepi turun temurun...!!!


Kita buat tadi...sebenarnya dah lama jugak tak buat...last kita buat Raya tahun lepas...hampir setahun jugak. Laksa Johor ni memang sedap cuma nak membuatnya tu proses agak remeh so kalau tak iya-iya memang tak buat lah kita....




Ini adalah blog peribadi. Sekadar mengisi masa lapang serta berkongsi apa yang kita rasa. Oleh itu apa jua coretan mahupun pendapat yang kita coretkan diblog ini adalah dari pandangan kita sendiri. Pada sesiapa yang tidak setuju, tidak suka mahupun loya membaca coretan kita ini....tiada paksaan untuk mengikuti mahupun menyetujui pendapat kita ok...!!!!

Nak baca banyak lagi cerita ceriti...kena klik " OLDER POST '' okkk..!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...