Showing posts with label MEE DAN MEE HOON. Show all posts
Showing posts with label MEE DAN MEE HOON. Show all posts
Monday, July 23, 2012
Thursday, April 19, 2012
MEATBALL RICE NOODLE SOUP
MEATBALL RICE NOODLE SOUP ~~ menu yang ringkas sangat, berkhasiat dan teramat sesuai bagi yang mengamalkan diet. Jejaka idaman malaya kite yang fussy bab makan ni pun bertambah² makan. memandangkan Akid memang suka aneka mee or pasta maka opkos le laju jer mintak tambah kan.... " ummi, i want some more '' sesambil angkat tangan ....(ni mesti kat school teacher ajar macam tu kan...angkat tangan bila nak tambah...).
Kite perolehi resepi ni dari kenalan fb Mango. Tq dear sebab kongsikan resepi mudah dan ringkas ni. Sedap bagi selera kite ye.....menu yang tak berat....light² jer...
Sumber resepi : Mango
Bahan-bahannya :- Stok Ayam:
Bahagian tulang² daripada 1 ekor ayam - kite guna 2 ekor rangka ayam
3 batang spring onion/leek - kerat² & belah²
2 inci hali - hiris nipis
Air secukupnya
Caranya :-
Bahan-bahannya :- Stok Ayam:
Bahagian tulang² daripada 1 ekor ayam - kite guna 2 ekor rangka ayam
3 batang spring onion/leek - kerat² & belah²
2 inci hali - hiris nipis
Air secukupnya
Caranya :-
- Didihkan air dalam periuk, masukkan ayam dan biarkan sehingga mendidih sekali lagi. Tutup api. Tidak perlu rebus lama. Buangkan airnya dan bilas ayam. Bersihkan periuk tadi daripada kesan² lemak/bahan² asing yang timbul sewaktu ayam dididihkan tadi. Air rebusan ayam tadi tidak digunakan ye...
- Isikan lebih kurang 3.5 l air dalam periuk. Masukkan semula ayam yang sudah direbus tadi bersama spring onion/ leel dan halia. Rebus dengan api perlahan selama 3-4 jam. Kite rebus 2 jam jer.
Untuk Membuat Mi Sup -untuk 2 orang
1 liter stok ayam
2 sudu besar sos ikan
garam secukup rasa
Mi beras kering - dicelur dalam air mendidih sehingga lembut
Meatball - kite guna jenama Saudi
Scallion - rupa macam daun bawang tapi pangkalnya putih macam leek/spring onion
Daun ketumbar
bawang besar - hiris nipis²
Cili potong + kicap cair ataupun guna saja cili kicap.
1 liter stok ayam
2 sudu besar sos ikan
garam secukup rasa
Mi beras kering - dicelur dalam air mendidih sehingga lembut
Meatball - kite guna jenama Saudi
Scallion - rupa macam daun bawang tapi pangkalnya putih macam leek/spring onion
Daun ketumbar
bawang besar - hiris nipis²
Cili potong + kicap cair ataupun guna saja cili kicap.
** scallion tu kalau x ade...guna daun bawang pun boleh jer...**
Monday, November 21, 2011
MEE KUNING GORENG apa jer yang adooo....
Sebenarnya kita tingin nak makan mee goreng ala-ala basah ni dari terlihat kat sini....kecur dan terliur sangat...tapi dek kerana badan masa tu x larat sangat maka simpan dulu keterliuran tu sampai hari ni....
Jom intai resepi ala-ala jer ni...kalau nak meriah lagi buleh le tambah apa pun bahan yang suka ya...udang ke, daging ke, fish cake @ fish ball ke....kite buat berasaskan apa yang ada jer...malas nak ke kedai pepagi hening ni....
Bahan-bahannya :-
1 bungkus mi kuning- cuci dan toskan
Sedikit sawi
2 biiji telur
1 camca besar kicap pekat
3 camca besar kicap manis
1 camca besar sos tiram
1 1/2 camca besar cili kisar
4 biji bawang merah - ditumbuk halus
3 ulas bawang putih - ditumbuk halus
sedikit air
Garam
Hirisan cili merah untuk hiasan
Caranya :-
- Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang merah dan bawang putih hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga garing. Tambah sos tiram, kicap manis, kicap pekat
kacau rata. - Masukkan sedikit air. Kacau rata kemudian pecahkan telur. Masukkan bahan perasa dan seimbangkan rasa.
- Masukkan mee dan sawi. Gaul kesemua hingga rata. Masak sekejap dan tutup api.
- Hiaskan dengan lada merah hiris.
Saturday, October 8, 2011
MEE REBUS TULANG
MEE REBUS TULANG santapan sekeluarga untuk hari sabtu ni....alhamdulillah rezeki Allah yang tak ternilai nikmatnya kan....
Pagi-pagi lagi dah ke Pasar Kuantan semata² nak cari tulang fresh...alhamdulillah nasib baik ada. Sebenarnya dari dari semalam Tuan Tanah dan menyuarakan hajat nak makan mee rebus. Maka dengan senang hati kite buat kan....lagi pun diri sendiri pun dah lama tak makan mee rebus.Bahan-bahannya :-
1 kilo tulang
4 biji keledek - direbus dan dikisar
10 biji bawang merah *
5 ulas bawang putih *
1 inci halia *
2 batang serai *
2 @ 3 sudu besar lada blender
3 sudu besar udang kering - dikisar halus
2 sudu besar serbuk kari daging
1 sudu besar tauchu
2 cawan santan pekat
2 keping asam keping
1 buku gula melaka
garam dan gula secukup rasa
Sedikit air
* dikisar halus
Bahan-bahan lain :-
1 kilo mee kuning - dicelur dan toskan
3 biji lada hijau
Taugeh - dicelur
Limau kasturi
Telur - direbus
Bawang goreng
Daun sup dan bawang
Caranya :-- Tumis bahan kisar hingga naik bau. Masukkan lada blender dan rempah kari. Biar hingga terbit minyak dan masukkan udang kering dan tauchu.
- Masukkan sedikit air rebusan tulang tadi dan masukkan santan, gula melaka. Kacau biar sebati dengan api perlahan.
- Bila dah agak mendidih, masukkan tulang serta bahan perasa dan asam keping. Seimbangkan rasa.
Sunday, July 3, 2011
MEE HOON SOTO vs SOTO AYAM
Menu masak apa hari ini adalah.....SOTO AYAM vs MEE HOON SOTO...
My peberet all time dan akan masak sendiri kalau nak makan....no kedai-kedai okey..!!!! kalau teringin nak makan soto memang malas pun jadi rajin.
Lebih selesa masak sendiri....sedap ke, tak sedap ke....yang penting masak sendiri....puas hati dan boleh makan berulang-ulang kali....tak gitu...!!! (alasan nak puji diri sendiri rajin benornye tu...tapi malu dan mengada².....heehee..)
Lebih selesa masak sendiri....sedap ke, tak sedap ke....yang penting masak sendiri....puas hati dan boleh makan berulang-ulang kali....tak gitu...!!! (alasan nak puji diri sendiri rajin benornye tu...tapi malu dan mengada².....heehee..)
Respi ni hasil cara sendiri dan rasanya sama ajer kot cara-cara orang lain kan....agak mudah walaupun proses penyediaan tu macam banyak sangat kerja nak buat....tapi bile makan, laju jer ekk...!!!
Bahan-bahan :-
lengkuas*
Bahan-bahan :-
8-10 ulas bawang merah*
5 ulas bawang putih*
halia*
lengkuas*
1 inc kunyit*
4 batang serai - kite ketuk jer
*Dikisar halus *
Rempah tumis 4 sekawan (Buah pelaga, cengkih, bunga lawang, kayu manis)
5-6 sudu besar rempah soto - dibancuh dgn air - (gune rempah sup + rempah kurma pun boleh)
2 sudu besar santan
CARA MEMBUATNYA :-)
Nasi impit, didadu atau mee hoon di celur
Begedel
Taugeh, buang ekor dan celur sekejap
Cili kicap
Soo hoon goreng
Kacang tanah goreng
Daging ayam yang dicarik halus
Hirisan daun sup
Hirisan daun bawang
Bawang goreng
CARA MEMBUATNYA :-)
- Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis bahan2 tumis hingga harum, masukkan serai, dan bahan kisar halus, tumis hingga wangi.
- Rempah soto disatukan dan bancuh dgn sedikit air, kacau rata dan masukkan dalam periuk dan masak hingga rempah sedikit garing.
- Masukkan ayam, gaul rata masukkan air secukupnya, biar ayam agak empuk dan angkat.
- Masukkan bahan perasa dan santan, masak hingga kuah mendidih
Nasi impit, didadu atau mee hoon di celur
Begedel
Taugeh, buang ekor dan celur sekejap
Cili kicap
Soo hoon goreng
Kacang tanah goreng
Daging ayam yang dicarik halus
Hirisan daun sup
Hirisan daun bawang
Bawang goreng
Tuan tanah agak kureng suka makan dengan nasi impit so kita celurkan Mee Hoon. Bukan tak boleh makan nasi impit......tapi alasan yang satu....tuan tanah kite ni memang suke sangat mee hoon ke mee kuning ke....asal namanya bermula dengan Mee...memang peberet gilosss...!!! sebab tu kata Soto ayam VS mee hoon soto....padahal kuahnye sama jerk...!!!!
Simple-simple jer bahan² untuk ditaburi sebagai bunga rampai untuk Soto kali ini...yang penting bahan asas ado...kan...????
Bergedil....dulu memang tak suke tapi sekarang suke banget le pulok...tak tahu kenapa, mungkin semakin retro....selera pun sudah tukar....heehee...matang penuh gaya...!!!! Home made bergedil made by UmmiAkid....kelas gituuu...!!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)
Ini adalah blog peribadi. Sekadar mengisi masa lapang serta berkongsi apa yang kita rasa. Oleh itu apa jua coretan mahupun pendapat yang kita coretkan diblog ini adalah dari pandangan kita sendiri. Pada sesiapa yang tidak setuju, tidak suka mahupun loya membaca coretan kita ini....tiada paksaan untuk mengikuti mahupun menyetujui pendapat kita ok...!!!!
Nak baca banyak lagi cerita ceriti...kena klik " OLDER POST '' okkk..!!!

