Showing posts with label KUIH. Show all posts
Showing posts with label KUIH. Show all posts

Thursday, February 19, 2015

DONUT KENTANG



DONUT KENTANG ~~
Agak lama juga memeram resepi ni yang kita perolehi dari FB dulu. Agak top juga resepi dari Tahrunnisah ni bila ramai yang mencuba dan mendapat komen yang sangat positif. Setelah agak lama memeram resepi ni makanya kerajinan datang untuk mencuba. Alhamdulillah memang menjadi dan gebu sangat. Sangat-sangat puas hati bila lihatkan hasilnya. Terima Kasih pada Tahrunnisah atas perkongsian ilmu ni muga mendapat pahala yang berterusan.

Memang bestlah donut ni dan pasti akan buat lagi dan lagi menggunakan resepi ini. Jom cuba resepi donut yang lembut dan sedap ni....senang jer dan yang penting InsyaAllah hasilnya tak mengecewakan.



Sumber Resepi : Tahrunnisah FB
Bahan-bahannya :-

250gm tepung gandum
1 biji kentang - Rebus dan lenyek
1 biji telur + 1/2 sudu kecil garam - dipukul dalam bekas lain
2 sudu susu tepung - Jenama apa pun boleh
70-100ml air ais
1 1/2 sudu besar shortening atau marjerin
2 sudu besar gula
1 sudu kecil baking powder
1 3/4 sudu kecil yis

Satukan bahan-bahan kering dan gaul rata.
Masukkan telur yang telah dipukul  manja tadi. Gaul bagi rata.
Letakkan air sedikit demi dan uli sehingga adunan sebati dan kental. Kemudian masukkan shortening atau pun marjerin dan uli adunan hingga lembut dan elastik hingga tak melekat di tangan. Anggaran dalam 30 minit.

Tutup adunan dengan towel atau plastik wrap dan biarkan seketika. Biarkan doh naik sekali ganda. Boleh juga letak di dalam oven yang dipanaskan. Jangan On oven bila dah letak doh tu. Kita buat gitu sebab nak cepat.

Selepas doh naik berganda, tumbuk-tumbukkan doh untuk mengeluarkan angin.

Bulat-bulatkan doh dalam 25gm dan biarkan dalam 5 minit. Lepas tu tekan sedikit dan lobangkan. Setelah itu biarkan doh naik sekali lagi. Seketika sahaja sebab nanti bila terlalu naik doh akan terlalu lembut.

Bolehlah menggoreng dan balik-balikan donut supaya bulatnya menjadi cantik. Bila kuning keemasan bolehlah diangkat dan sejukkan seketika sebelum taburkan gula. Cara mudah masukkan dalam plastik dan goncangkan supaya gula merata.





Tuesday, December 16, 2014

KUEH PENYARAM

KUEH PENYARAM ~~ Ini kali serius jakun tak pernah makan walaupun pernah nampak kueh ni....mungkin sebab tak berani nak cuba atau ntah erkkk...kenapa...? rupanya kueh ni sangat sedap bagi kita yang 1st timer makan. Kueh ni bukan kita buat ye....cuma nak berkongsi cerita kejakunan bila pertama kali makan....heeeheee....ada juga di kenali dengan kueh topi atau cucur jawa.

Kueh ni pemberian tuan rumah yang kita tinggal di KK ni beri masa perjumpaan pertama setelah 2 tahun menyewa rumahnya.....al-maklum lah kan bila urusan penyewaan semuanya diuruskan oleh Syarikat suami bekerja dan agen yang dilantik....maka idak le jumpa empunya rumah....kira segalanya pertama kalilah....
sangat sangat baik hati Kak Ummi ni. Terima kasih kak kerana bagi kueh ni yang rupanya memang sedap....kita suka....cuma agak berminyak dan kena guna tissu untuk serap minyak tu tapi tidak menyusahkan pun....

Ada 2 perisa kueh pemberian Kak Ummi ni....gula merah dan pandan, dua dua sedap dan rasanya semangat nak belajar buat kueh ni....tindakan pertama kena skodeng resepi dan tindakan seterusnya biarlah rahsia..... :) kalau ada post susulan tentang kueh ni maka semangat nak belajar tu tidaklah pudar.....kalau tak ada makanya sendiri mau ingat lah ye... hahaaa.....

Tuesday, December 9, 2014

KUEH BOM '' DISASTER ''

KUEH BOM ~~ Disaster adalah ungkapan yang sesuai dalam usaha percubaan pertama kita nak buat kueh bom....amat sesuai dengan namanya '' BOM "" rasanya cukuplah sekali kita buat kueh ni....naik luruh jantung bila ia meletup dan melimpah limpah minyak......tension beb..!!!! nak mengelap minyak akibat letupan BOM tu....adoiiii....pengsan..!!
Mungkin orang lain tak mengalami masalah macam ni namun kita alami dan tak tau lah mana silapnya....buat sebijik bijik ikut resepi....api sederhana tapi letupannya buat kita serik seumur hidup....takut...! hahaaaa.....

Tengok hasil lepas goreng yang hirot berot tu pun dah boleh bayangkan letupan yang boleh buat kita cakap...cukuplah sekali buat kueh ni....x akan ku buat lagi...TAK AKAN...!!



Resepi tepungnya kita ikut dari blog QasehQu tapi inti kelapa resepi sendiri... :) Jom skodeng kueh bahaya ni...

Sumber resepi :- QasehQu Quinnie
Bahan-bahannya :-

3 cawan tepung pulut
1 cawan tepung beras
1 1/2 cawan air guna - gula letak sikit sahaja sebab inti dah manis
Bijan - kita guna bijan putih dan bijan hitam

Caranya :-

Satukan semua bahan di atas kecuali bijan. Uli doh hingga sebati dan tidak melekat. Jika kurang air bolehlah di tambah sikit.

Sapukan tapak tangan dengan sedikit minyak dan bulat kan tepung sebesar bola golf. Masukkan inti dan bulat-bulatkan. Golek di atas bijan.
Panaskan minyak dan goreng dengan api yang sederhana seketika. Bila dah mula kekuningan bolehlah di besarkan sedikit api. Angkat bila dah kuning keemasan.

B3 cawan-tepung pulut(jenama ERAWAN)>>kita guna jenama siam :D 1 cawan-tepung beras 1 1/2cawan-air gula(suam)>>gula letak sikit jer sbb dah ada inti proses terakhir:>BIJAN<(di golekkan)

Make Money at : http://bit.ly/copy_win
3 cawan-tepung pulut(jenama ERAWAN)>>kita guna jenama siam :D 1 cawan-tepung beras 1 1/2cawan-air gula(suam)>>gula letak sikit jer sbb dah ada inti proses terakhir:>BIJAN<(di golekkan)

Make Money at : http://bit.ly/copy_win

Bahan untuk Inti kelapa :-

3 cawan kelapa parut putih - kite guna kelapa muda
1/3 cawan gula merah - kalau nak manis boleh ditambah ikut citarasa.
2-3 sudu besar gula pasir
1 cawan air*(*disatukan dan masak hingga larut)
1 helai daun pandan, disimpul
Sedikit tepung ubi @ jagung


Caranya  :-

Tapis air gula tadi ke dalam kuali, masukkan daun pandan dan didihkan hingga air gula pekat. Tambah kelapa parut putih dan gaul rata, guna kan api kecil. Masak hingga kering tapi masih lembap sedikit. Rasa dan kalau kurang manis boleh ditambah gula ikut manis yang di sukai. Adjust ikut selera sendiri.
Sebelum tutup api letak sedikit tepung ubi atau jagung untuk menghasilkan inti yang sedikit berkilat dan melekit. Sejukkan sebelum diguna.


Cantek jer kejadian sebelum goreng kan.....tetapi....panas hati mengelap dapur tak hilang lagi ni....sabor jer lah....setidaknya mencuba dan akhirnya serik... heheee... :)

Monday, December 1, 2014

PAU INTI KELAPA

PAU INTI KELAPA ~~ cubaan kali ke-2 membuat pau....suka kueh ni tapi kurang pandai dalam membuatnya sebab sokmo tak mencapai piawan kegebuan dan kemontokan yang diharapkan. Kali ni agak berjaya tentang kegebuannya walaupun agak kasar sarang pau tu....ehhh faham ke apa yang kita merepek ni...tak kisahlah kan yang penting pau kali ni habis licin tanpa bersisa....alhamdulillah kira menjadi dengan jayanya berbanding cubaan terdahulu...

Walaupun agak kedekut inti..... terasa macam dan banyak sangat bubuhnya sekali dah siap kukus....alahai...kedekutnya rasa diri ni...


Resepi pau kali ni kita cuba hasil perkongsian dari rakan di group FB MyCAT sis Asma Ibrahim....TQ sis sebab sudi kongsi resepi pau. Alhamdulillah menjadi buat pertama kali menggunakan resepi ni dan percubaan ke-2 membuat pau sepanjang hidup kita..... :) Pelik tetapi benar OK....
Sumber Resepi :- Asma Ibrahim FB MyCAT
Bahan A :-
3 cawan tepung gandum - nak guna tepung pau pun boleh
2 sudu besar gula
2 sudu besar vegetable shortening
1 sudu besar Yis
1/2 sudu kecil baking powder

Bahan B:-
2 sudu besar susu tepung
Air secukupnya - lebih kurang 1 cawan
Garam
** Satukan Bahan B

Caranya :-
Yis dicampukan dengan 2-3 sudu besar air suam bersama 1 sudu kecil gula. Biarkan sampai kembang.
Kemudian satukan bahan A dan masukkan bahan B. Gaul rata dan Uli sampai doh licin.

Doh jangan terlalu lembik atau keras. Tidak melekat di tangan.
Kemudian bahagikan beberapa bahagian dan masukkan inti yang disukai. Perapkan hingga ringan dan kembang.

Boleh di kukus selama 7-10 minit.


Bahan untuk Inti kelapa :-
3 cawan kelapa parut putih - kite guna kelapa muda
1/3 cawan gula merah - kalau nak manis boleh ditambah ikut citarasa.
2-3 sudu besar gula pasir
1 cawan air*(*disatukan dan masak hingga larut)
1 helai daun pandan, disimpul
Sedikit tepung ubi @ jagung


Caranya  :-

Tapis air gula tadi ke dalam kuali, masukkan daun pandan dan didihkan hingga air gula pekat. Tambah kelapa parut putih dan gaul rata, guna kan api kecil. Masak hingga kering tapi masih lembap sedikit. Rasa dan kalau kurang manis boleh ditambah gula ikut manis yang di sukai. Adjust ikut selera sendiri.
Sebelum tutup api letak sedikit tepung ubi atau jagung untuk menghasilkan inti yang sedikit berkilat dan melekit. Sejukkan sebelum diguna.



Saja nak tayang kukus yang kita guna.....padan muka masa pindah tak bawak kukus so kat KK ni kita beli yang ni jer lah ye. Memandangkan keluasan dapur yang lebor selangkah jer tu maka masak guna kukus ni pun dah terasa vouge ala ala MasterChef gitu ok...

Friday, November 28, 2014

SAGU BRONOK

SAGU BRONOK ~~ kueh kegemaran Ummi dan anak...hehee...ini antara kueh yang kita dan Akid suka, kira sama citarasalah. Kalau jumpa kat mana mana mesti akan terliur.....boleh gitu. Ntah kenapa suka sangat dengan kueh ni atau pun kita ni memang over suka dengan SAGU.....apapun berkaitan sagu mesti pulun habis....

Pelbagai resepi yang pernah di cuba tapi resepi hasil skodeng dari blog Izah daut juga yang kita suka buat dan akan terus setia dengan resepi ini sebab tekstur kueh yang lembut tu memang perfect untuk selera kita....kira ngam lah. TQ Izah share resepi ni....TQ juga buat Chef Hanieliza tuan punya resepi... :)


Sumber Resepi :- Izah Muffin Lover
Resepi Asal : Chef Hanieliza

Bahan-Bahannya:
1 cawan sagu biji
3 cawan air
1 cawan gula
1/2 biji kelapa parut muda - gaul bersama sedikit garam
sedikit garam
pewarna merah
daun pandan - simpulkan

Cara
Sagu biji dibersihkan, jirus dengan sedikit air dan toskan airnya.
Masakkan gula dan daun pandan dengan air hingga hancur dan mendidih. Buangkan daun pandan.
Masukkan sagu serta pewarna merah kacau hingga sagu kembang.
Bila sagu kembang angkat dan masukkan dalam loyang. Sejukkan
Setelah sejuk dipotong dan gaulkan dengan kelapa parut yang telah digaulkan garam.
Hidangkan.

Wednesday, November 26, 2014

POPIA KELEDEK

POPIA KELEDEK ~~ mudah dan cepat nak buat ala ala karipap gitu, balut jer dalam kulit popia kan. Senang dan boleh jugak nak frozenkan. Buat ni masa time Akid sekolah so senang nak buat sarapan or bawak bekal ke sekolah. Akid pun suka juga cara gini. Kali ni buat comey comey kekunun nak bagi menarik untuk Akid...kiut kiut gitu....

Nak buat senang jer...gulung jer dalam kulit popia dan goreng seperti biasa....senangkan. Kita suka makan bersama sos cili Linghams....memang best untuk tekak seisi keluarga.. :) Selamat mencuba..


Bahan-bahannya :-

Kulit popia
Untuk Inti :-
4 biji keledek bersaiz sederhana - didadukan
1 labu bawang besar -
Segengam ikan bilis
2 sudu besar rempah kari
1 sudu besar lada kering kisar
Sedikit garam
Daun bawang / sup - optional

Caranya :-
Kededek di dadukan dan rendam dalam air supaya tidak lebam warnanya.
Blender bawang, ikan bilis, rempah kari serta lada kisar tadi.
Panaskan minyak dan tumis bahan blender (pes) tadi hingga kelihatan sedikit garing.
Masukkan keledek dan sedikit air. Masak hingga keledek empuk dan sesuaikan garam dan tabur daun sup serta daun bawang.
Sejukkan inti. Buat seperti nak buat popia.

Monday, November 24, 2014

KUEH KETAYAP

KUEH KETAYAP ~~ terhasil bila insan tersayang request nak makan....malas pun boleh jadi rajin tau sebab memang semangatnya lain bila ada yang request nak makan itu ini....boleh gitu...??? Kueh ketayap ni antara yang di sukai juga cuma jarang sekali dibuat sebab almaklum lah kan kena masak inti bagai....tapi laju jer makan bila dah terhidanG.

Juadah untuk minum petang bersama Teh O panas memang syiokk sangat. Jom skodeng resepi bagi sesiapa yang nak mencuba.... :)


Bahan untuk Inti kelapa :-

3 cawan kelapa parut putih - kite guna kelapa muda
1/3 cawan gula merah - kalau nak manis boleh ditambah ikut citarasa.
2-3 sudu besar gula pasir
1 cawan air*(*disatukan dan masak hingga larut)
1 helai daun pandan, disimpul
Sedikit tepung ubi @ jagung

Bahan untuk kueh ketayap :-
1 1/2 cawan tepung gandum
2 1/3 cawan air *
2 helai daun pandan - potong kecil*(*kisar dan tapis)
Beberapa titik pewarna hijau - kite guna pandan paste
1 biji telur - kite tambah
Sedikit garam
2 camca besar minyak masak

Cara-caranya :-
  • UNTUK INTI KELAPA :- Tapis air gula tadi ke dalam kuali, masukkan daun pandan dan didihkan hingga air gula pekat. Tambah kelapa parut putih dan gaul rata, guna kan api kecil. Masak hingga kering tapi masih lembap sedikit. Rasa dan kalau kurang manis boleh ditambah gula ikut manis yang di sukai. Adjust ikut selera sendiri.
    Sebelum tutup api letak sedikit tepung ubi atau jagung untuk menghasilkan inti yang sedikit berkilat dan melekit. Sejukkan sebelum diguna.
  • UNTUK KUEH DADAR :- Satukan semua bahan² untuk kueh dadar, kacau rata dengan whisk dan tapis, atau masukkan ke dalam alat pengisar makanan dan putar hingga rata. Rehatkan 10 minit.
  • UNTUK KUEH GULUNG :- Panaskan non-stick pan bersaiz 8 inci dengan sedikit minyak. Bila panas, masukkan 1 senduk bancuhan tadi dan ratakan. Masak hingga permukaan kueh dadar kelihatan pucat dan seakan² jernih. Alih ke dalam pinggan. Letak 1 camca teh penuh intikelapa, kemudian lipat dan gulung kemas

Tuesday, July 16, 2013

POPIA GORENG

POPIA GORENG ~~ alhamdulillah permintaan suami untuk makan popia goreng terlaksana sudah, kita jarang-jarang buat popia ni sebab kita lebih suka popia basah tapi tak pandai buat cuma pandai beli jer.....heehee....tapi atas permintaan suami maka terjadilah popia ni, semangat tau nak buat sebab suami kita memang jarang request nak makan apa, apa yang di masak itu yang di makan dengan senang hati.....:)
Kita buat ikut cara sendiri yang pernah di ajar oleh arwah mak dulu, mungkin cara yang sama dengan orang lain jugak, cuma inti dalam tu jer yang lain orang lain caranya kan.....selalu kita guna udang tapi oleh kerana tekak orang yang ngidam tu alergik udang maka kita gantikan dengan isi ayam.
jom intai resepi mudah dari ummiakid....:)

Bahan-bahannya :-
Kulit popia - kita beli yang dah siap dijual
Isi ayam - didadu kecil - nak letak udang pun boleh.
1 batang lobak merah - dihiris halus
1 biji sengkuang - dihiris halus
2 cawan taugeh
4 ulas bawang putih - disagat halus
Secubit garam
1 sudu kecik serbuk secukup rasa
sedikit lada sulah - optional

Caranya :-
Tumis bawang putih hingga naik bau, masukkan isi ayam/udang. Masak seketika.
Masukkan lobak merah, sengkuang dan taugeh. Gaul rata biarkan sayur agak lembut.
Perasakan dengan garam dan secukup rasa. Letak sedikit lada sulah.

Biarkan sayur seketika dan bolehlah ditutupkan api. Sayur jangan layur sangat nanti tak sedap.
 
Bahan-bahan untuk Sos cili :-

6 biji cili merah
3-4 ulas bawang putih
2 camca cuka
sedikit air
2 sudu gula
secubit garam

Caranya :-
Kisar cili, bawang putih bersama sedikit air. Masak seketika di atas api dan masukkan gula serta cuka tadi. Biar mendidih seketika dan sos agak pekat sedikit.

 

 

 



Friday, March 22, 2013

KARIPAP KELEDEK


KARIPAP KELEDEK ~~ antara kueh kegemaran insan tersayang. Kali ni kita buat inti keledek sebab inti kentang sardine ada isi rumah yang dah tak boleh makan sardin....berpantang ! Kita sebenarnya jarang² buat inti keledek sebabnya tak tahu kenapa... :) tapi memandangkan kat KK ni pergi mana senang sangat nampak keledek maka inti keledek lah menjadi pilihan sekarang....macam² keledek ada kat sini. Boleh rambang mata dibuatnya.


Resepi pilihan untuk doh karipap kali ni kita pilih untuk cuba Tun Telani punya resepi sebab selalu sangat baca blogger² yang buat karipap sure pilih doh dari air tangan Tun Telani dan ternyata ianya sungguh² tak mengecewakan.....memang best sangat, sedap dan mendapat pujian insan tersayang....TQ Tun Telani share resepi ini.... :)

Jom intai resepi dari Tun Telani
Sumber resepi diperolehi dari : Kak Hajjah Ummi Zaihadi di Kuantan

Bahan-bahannya :- Untuk Doh

4 cawan tepung gandum
2 sudu besar Margerin
1/2 cawan minyak jagung
3/4 cawan air
1/2 sudu kecil garam

Carannya :-
Panaskan margerin dan minyak dalam periuk hingga mencair, tak perlu sampai mendidih.
Segera masukkan tepung dan gaul menggunakan garpu sebab minyak panas ye. Akan nampak seperti crumble sikit.
Bila adunan agak sejuk campurkan air, garam dan uli agar doh sebati dalam lebih kurang 10-15 minit hingga doh kelihatan lembut dan sedikit berminyak.
Selepas itu bolehlah mula membuat karipap mengikut inti pilihan sendiri.

Inti Keledek adalah dari resepi sendiri yang diajar oleh arwah mak dulu ya...mungkin sama dengan cara orang lain buat namun inilah cara yang selalu kita buat....
Bahan-bahannya :- Untuk Inti
4 biji keledek bersaiz sederhana - didadukan
1 labu bawang besar -
Segengam ikan bilis
2 sudu besar rempah kari
1 sudu besar lada kering kisar
Sedikit garam
Daun bawang / sup - optional

Caranya :-
Kededek di dadukan dan rendam dalam air supaya tidak lebam warnanya.
Blender bawang, ikan bilis, rempah kari serta lada kisar tadi.
Panaskan minyak dan tumis bahan blender (pes) tadi hingga kelihatan sedikit garing.
Masukkan keledek dan sedikit air. Masak hingga keledek empuk dan sesuaikan garam dan tabur daun sup serta daun bawang.
Sejukkan inti sebelum memulakan membuat karipap.








Tuesday, March 19, 2013

LEMPENG BAWANG

LEMPENG BAWANG ~~ juadah minum petang semalam dan sebenarnya dah lama juga tak melempeng namun serius tergoda dengan lempeng pekak CMG  maka hari ini terjadilah lempeng tak pekak ni....heehee....kena tanya cm ni apa maksud pekak yang tersurat kat lempeng tu ye... :)

Kita makan dengan sambal tumis dan lempeng ni boleh makan dengan kari, gula or apa jua penyicah yang anda semua gemari, kalau kite cicah dengan asam pedas pun larong jer.....semua boleh belaka.

Macam selalu dan memang resepi ni yang selalu kita buat kalau melempeng ye...bubuh bawang so wangi sangat bila masak. Sumber resepi  : CMG Tiffinbiru

Bahan-bahannya :-
2 cawan tepung gandum
1 biji bawang besar - didadu kecil
2 1/2 cawan air - ikut pekat
2 camca besar minyak masak
Garam secukup rasa
1 biji telur
1/2 camca teh baking powder



Caranya :-
  • Satukan semua bahan², gaul rata dan tuang air sedikit demi sedikit dan gaul sebati. Rehatkan 10 minit.
  • Panaskan non-stik pan, lenser dengan sedikit dengan minyak masak. Bila panas, tuang 1 senduk adunan. Ratakan dan masak hingga masak.
  • Terbalikkan dan masak hingga lempeng kelihatan sedikit garing. Angkat dan sedap dimakan dengan sambal tumis mahupun kari. Ikut kesukaan anda. :)

Tuesday, February 26, 2013

PISANG GORENG SAMBAL KICAP

GORENG PISANG SAMBAL KICAP ~~ satu gabungan yang memang best dan mesti ada sambal kicap setiap kali buat goreng pisang dan rasanya antara tradisi orang Johor kot....tempat lain kadang pelik bila tengok makan pisang goreng dengan sambal kicap tapi tidak di Johor........macam tak cukup rasa jer kalau tak ada sambal kicap....itu kite ye...orang lain tak pasti le... :)

Ini le rupenya pisang Sabah..........besor² dan gemuk² dan pisang di sini teramatlah mudah nak dapat, mana pergi nampak jer orang jual pisang. Tanah di sini kan subur dan sesuai untuk tanam apa jer....kata orang dan memang betul kata orang sebab sayur² di sini memang segar bugar dan macam²  ada.....harga pun boleh tahan jugak mengigit kuku....mahal tau...! kena bijak membeli, memilih tempat dan menawar....tapi dah cakap bahasa semenanjung...tak dernya dapat murah....tapi tak semua tempat lah.....kena bijak dalam membeli.....fuhhhhhhhhhhh berjela ceramah untuk pisang ni ye...heehee.. :)

Jom intai resepi mudah sokmo...dari Ummiakid
 
Bahan-bahannya :-8 biji pisang - di kerat dua
2 1/2 cawan tepung beras
1 sudu besar tepung gandum
1 camca teh air kapur
Sedikit pewarna kuning - kite guna serbuk kunyit jer :)
Garam secukup rasa
Air secukupnya

20 biji cili padi merah dan hijau
2 ulas bawang putih*
2 camca besar gula*
Bahan bertand
*   ditumbuk lumat*
1/2 cawan kicap lemak
(Setelah ditumbuk lumat gaul semua bahan dan perasakan)

Caranya :-

  • Satukan tepung beras, tepung gandum, air kapur dan garam. Gaul rata dan tuang air sedikit demi sedikit sambil dikacau dengan whisk hingga sebati dan mendapat bancuhan yang sederhana peka. Jika di celup pisang bancuhan ini melekat elok kira ok lah tu....
  • Panaskan minyak dan celup pisang dalam bancuhan tepung dan goreng dengan minyak terendam hingga kekuningan elok. Angkat dan toskan.
  • Hidangkan bersama cili kicap. memang terbaekkkk.....!

Tuesday, September 18, 2012

CUCUR KURMA KELAPA MUDA

CUCUR KURMA ~~ pepagi tak tau nak buat mende untuk sarap....dok bukak katup peti ais tapi satu mende pun tak tahu nak buat....last² nampak kurma terus terdetik buat cucur jer lah....dah pernah buat dulu kat SINI cuma kali ni tambah sedikit kelapa parut muda dalam adunan tu....ermmmm...memang sedap dan lemak² gitu. Tak caye....nanti try okey!

Disamping sedap dinikmati malah kurma itu sendiri mempunyai khasiat yang amat bagus untuk kesihatan. Kalau ada kurma yang berlebihan masa Ramadhan ari tu....dari tak tahu nak buat apa baik buat cucur kan....sedap malah berkhasiat!


Bahan-Bahannya :-

8-10 biji kurma - dibuang biji dan siat² kecil
1/2 cawan tepung naik sendiri - kalau nak pakai 1 cawan tepung gandum pun okey jer.
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan kelapa parut muda
Sedikit garam
Air secukupnya untuk membancuh

Caranya :
  • Satukan kesemua bahan dan gaul sebati.
  • Biarkan adunan dalam 10-15 minit
  • Panaskan minyak dan ceduk bancuhan tepung sesudu. Biarkan agak kekuningan, angkat dan toskan.
  • Sedia di nikmati bersama secawan kopi O panas or minuman kegemaran.

Tuesday, August 14, 2012

KUIH CARA MANIS

KUIH CARA MANIS ~~ antara my peberet sepanjang zaman dan sudah tentunya suka sangat sebab aii ni memang suka kuih² lama ni....kira segala macam kuih lama aii punye peberet. Memang dah lama x buat kuih ni so ari ni terdetik nak buat takkala terpandangkan acuan pemberian kenalan di FB iaitu Maiza. Acuan tu belum dirasmikan lagi setelah berbulan² tersimpan kat dapur cenonet ku itu....kira ni perasmian acuan lah ni ye...alhamdulillah tak lekat acuan tu. Molek kejadian kuih cara ni...TQ Maiza ye...kenangan tu.

Senang jer nak buat dan sedap tau...jom cuba. Bancuhan ni banyak jugak dapat ye so kalau rasa² nak sikit rasanya buat 1/2 dari resepi jer ye...aii bagi kat jiran tadi so berbaloilah kalau ikut sepenuhnya resepi ni...
Sumber resepi : Spices Journey ~~ TQ Shiela
Bahan-bahannya :-
2 cawan tepung gandum
1 cawan santan pekat
1 1/2 cawan santan cair
5-6 helai daun pandan
1 biji telur size A
1 sudu marjerin - kite guna butter
1 sudu kecil garam
Sedikit pewarna hijau - kite guna pandan emulco
Gula secukupnya
Butter untuk sapu kat acuan

Caranya :-
  • Blender daun pandan bersama santan cair. Tapiskan.
  • Satukan tepung, santan, telur, garam, pandan emulco, butter dan blend hingga halus.
  • Panaskan acuan dan lenserkan dengan sedikit butter/marjerin. Tuangkan adunan, tepung 1/2 acuan letak gula dan penuhkan bancuhan tepung dan tutup dengan penutup periuk.
  • Biar masak seketika. Angkat.


Thursday, June 21, 2012

ROTI JALA KARI AYAM

ROTI JALA KARI AYAM ~~ antara makanan yang kalau buat memang sure licin punya. Setiap kali buat roti jala perkara yang menarik kalau buat roti jala ni ialah....siap satu...habis...siap satu...abis kena cekut dek ahli² rumah ni ( mcm le ramai padahal ber-3 jer), macam hilang lenyap gitu hasilnya....agak² orang lain mengalami pengalaman yang sama ke macam kite...seronok dalam geram tapi ianya berbaloi² bila seisi keluarga enjoy menikmati apa yang disaji....heehee...ibarat 2 cawan tepung tapi hasil yang nampak 1 cawan tepung....menarik kan...? kejap ade....kejap tak de....mcm iklan biskut tu...!

Kite kalau roti jala memang suka makan dengan kari ayam namun ianya terpulang pada selera masing² kari ayam mahupun daging kan...kelazatannya tetap hingga menjilat jari jemari gitu...!

Kite menjala gunakan botol muncung 3, Kalau nak tengok macam mana rupe botol tu kat SINI memang senang dan cepat kalau guna botol muncung 3 ni...kerja pun mudah....yezaaa...!

BAHAN-BAHAN UNTUK ROTI JALA :-
2 cawan tepung gandum
2 cawan air - nak guna santan atau susu cair pun boleh.
1 biji telur
1 sk garam
pewarna kuning

CARA MEMBUAT :-
  • Blender jer semua bahan hingga sebati.
  • Panaskan non-stick pan dan lengserkan sedikit minyak.
  • Gunalah acuan yang roti jala ataupun acuan 3 serampang ni.
  • Biarkan seminit hingga roti jala masak. lipat atau gulung ikut kesukaan sendiri.

BAHAN-BAHAN UNTUK KARI :-
1/2 ekor ayan, kerat ikut suka - kite potong kecik²
2 biji kentang - dibelah 4
1 1/2 cawan santan.
2 sudu besar rempah kari daging.
1 keping asam gelugor
Garam secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia

BAHAN TUMIS :-)
2 biji bawang merah, hiris
1 ulas bawang putih, hiris
1 kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
daun kari

CARA MEMBUATNYA :-)
  • Tumiskan bahang tumis hingga naik bau, masukkan bahan kisar dan rempah kari. Biar sampai terbit minyak dan masukkan sedikit air serta ayam dan ubi kentang.
  • Bila ubi kentang dah agak² empuk, masukkan santan dan kacau jangan sampai pecah minyak. Masukkan asam gelugor dan bahan perasa secukupnya.
  • Kepekatan kuah tu terpulang selera masing-masing ye...kite buat agak pekat sikit untuk kali ini...sedap makan dengan roti jala....

Ini adalah blog peribadi. Sekadar mengisi masa lapang serta berkongsi apa yang kita rasa. Oleh itu apa jua coretan mahupun pendapat yang kita coretkan diblog ini adalah dari pandangan kita sendiri. Pada sesiapa yang tidak setuju, tidak suka mahupun loya membaca coretan kita ini....tiada paksaan untuk mengikuti mahupun menyetujui pendapat kita ok...!!!!

Nak baca banyak lagi cerita ceriti...kena klik " OLDER POST '' okkk..!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...