Tuesday, August 14, 2012

SPAGHETTI HAILAM

SPAGHETTI HAILAM ~~ baca resepi dah buat kecur seluruh tekak...heehee...bukan ape, kalau resepi menggunakan spahetti ni memang semangat sikit nak cuba, bukan ape....fussy boy cenonet aii tu memang suka pasta masta ni....so tentu resepi ni boleh menewaskan sikap cerewet memilih makan Akid kan....
Sememangnya tak rugi mencuba,,,,sebab aii dapat pujian dari permata hati dan big boss....sedap katanya hailam menggunakan spaghetti, satu kelainan bagi nak menukar selera dari selalu guna mee kuning kan...so jom cuba...senang, mudah, ringkas dan menjilat sudu....bagi kami sekeluarga ye....kalau nak tahu jilat sudu atau tak....cer cuba sendirik okey..!

Sumber Resepi : Kak Ct Delima ~~
TQ sis
Bahan-bahan
:-
1 bungkus spaghetti - kite guna 1/2 sahaja
3 keping dada ayam - potong dadu
300 gm daging - dipotong nipis
3 ulas bawang putih - tumbuk halus
5 batang cili api - diketuk
2 biji tomato - belah 6
1 bungkus baby corn - dibelah dua  
sedikit kobis bunga
Sedikit kobis panjang - kite guna sawi
1 batang karot - dipotong nipis atau memanjang
1 sudu besar cili kisar
3 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar kicap pekat
Tepung jagung - dicampur sebati dengan sedikit air
Sedikit lada hitam serbuk
Daun sup - hiris halus
minyak untuk menumis
   
Caranya :-

  • Rebus spagheti hingga lembut dalam 10 minit. Letak sedkit garam dan sedikit minyak dalam air rebusan agar tidak melekat. Angkat dan toskan.
  • Rebus ayam hingga empuk asingkan airnya. Dan rebus daging hingga lembut dan asingkan airnya.
  • Panaskan sedikit minyak dalam periuk. Tumis bawang putih dan cili kisar sehingga garing.
  • Masukkan sos tiram, sos tomato, kicap pekat dan air rebusan ayam dan daging secukupnya. Kacau rata dan biarkan mendidih.
  • Bila dah mendidih masukkan cili padi, karot, kubis bunga, kobis panjang, buah tomato, ayam, daging dan serbuk lada hitam. Biarkan mendidih.
  • Akhir sekali masukkan air tepung jagung, sedikit garam jika perlu. Jika kuah dah sedikit pekat boleh matikan api.
  • Letak spahgeti dalam mangkuk dan tuangkan kuah diatasnya. Sedia dihidang panas dan taburkan daun sup jika perlu.
Selamat menjamu mata, mencuba dan muga menepati selera anda....for me...mabeles...!

4 comments:

  1. biasa wat pakai mee kuning je.. kat umah mmg sentiasa ada stok spaghetti ni. nanti leh la try wat.

    ReplyDelete
  2. sedapnya kak, terliur tina haha

    tapi nak buat bahan dah takde kat rumah, kecuali pasta je, yg lain mmg dah stok clearance, balik cuti nanti nak try lah buat

    ReplyDelete
  3. nampak pun sedap.
    kak es pun suka pasta...boleh try sahur nanti

    ReplyDelete
  4. alahai...kecur liur aiii..kikikii...rasa nak lompat kuar dari ofis dan masak kat umah...spageti kurang sikit rasa lemak berbanding mi kuning...mabelesss argghhh...

    ReplyDelete

Ini adalah blog peribadi. Sekadar mengisi masa lapang serta berkongsi apa yang kita rasa. Oleh itu apa jua coretan mahupun pendapat yang kita coretkan diblog ini adalah dari pandangan kita sendiri. Pada sesiapa yang tidak setuju, tidak suka mahupun loya membaca coretan kita ini....tiada paksaan untuk mengikuti mahupun menyetujui pendapat kita ok...!!!!

Nak baca banyak lagi cerita ceriti...kena klik " OLDER POST '' okkk..!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...