Wednesday, October 3, 2012

SAMBAL UDANG

SAMBAL UDANG ~~ macam biasa entry pembuka tirai setelah kian lama tak hapdet blog, malas, malas dan malas jer alasan yang boleh di guna pakai sekarang.....makkk bz sangat lah...sampai masak pun simple dimple dan biasa² jer menunya....ni pun biasa jer tapi saje nak tepek gak kat blog....takut kang berkulat lak blog ni...silap² password pun boleh lupe...!!!!

Sambal ni buat semalam dan licin pun semalam gak....x bersisa...maklum masak utk semulut jer! Akid jangan kata sambal....sayur lemak buh lada hiris pun dia kata pedas, maka sambal ni memang tak menjamah le ke mulut dia ye...

Bahan-Bahannya :-
Udang - kita tabur garam sikit dan goreng seketika
1 biji bawang besar saiz sederhana - hiris
1/3 cawan jus asam jawa
4-5 sudu besar penuh cili kisar
Garam dan gula secukup rasa

Bahan kisar halus :-
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
sedikit kunyit
1 inci belacan

Caranya :-
  • Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga garing dan pecah minyak. Guna api sederhana dan kacau sentiasa.
  • Masukkan jus asam jawa, gula dan garam secukup rasa dan sedikit gula. Masukkan bawang hiris dan seimbangkan rasa kemudian bolehlah masukkan udang dan kacau rata, jika ok dari segi boleh matikan api.

5 comments:

  1. Salam kenal,
    BW & join sini...sambal ni makan ngan nasi lemak sure sedap nih. www.my-mintroom.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. sambal mengancam jiwa..:) lg pedas lgg sedapp..kena dgn nasi lemak terangkat:)

    ReplyDelete
  3. As'salam Lily

    k.ct memang suka sambal2 ni, lagi2 kalau sambal ikan bilis cecah ubi rebus. wallahhh..makan panas2 memang terangkat. Udang besar2 sedap tu hihi

    ReplyDelete

Ini adalah blog peribadi. Sekadar mengisi masa lapang serta berkongsi apa yang kita rasa. Oleh itu apa jua coretan mahupun pendapat yang kita coretkan diblog ini adalah dari pandangan kita sendiri. Pada sesiapa yang tidak setuju, tidak suka mahupun loya membaca coretan kita ini....tiada paksaan untuk mengikuti mahupun menyetujui pendapat kita ok...!!!!

Nak baca banyak lagi cerita ceriti...kena klik " OLDER POST '' okkk..!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...