Wednesday, May 8, 2013

SAMBAL IKAN TERUTUP

SAMBAL IKAN TERUTUP ~~ pening kepala fikir apa nak masak dengan baki ikan Jenahak beli ari tu...maklum le macam beranak pinak pulak ikan ni dalam peti ais....x habis-habis. Tanya kawan katanya masak terutup sedap jugak, maka mula operasi mengugel kat blog yang selalu di tuju.....tak ada pulak. Gugel lagi maka jumpe lah kat blog Yatie....dah print resepi maka pakai le apron dan mula berketang ketung di dapur....:)
Tadaaaa.....ini le hasilnya....sedap sebab ada bau aroma serai tu....harum jer masa menumis. Lebih kurang sambal tumis cuma ada beberapa bahan yang tak sama....tapi bau serai tu memang best. Next boleh cuba lagi kalau ikan beranak pinak lagi ye....Tq Yatie...

 
Sumber Resepi ~~ Yatie Sinar kehidupanku

Bahan-bahan :-

4 potong ikan Jenahak - Nak guna ikan lain pun boleh
4 biji limau kasturi- ambil jus
Garam dan sedikit gula serbuk kunyit untuk menggoreng ikan
minyak untuk menggoreng ikan dan menumis perencah

Bahan Kisar
20 tangkai cili kering- rendam dalam air panas dan toskan
4 biji cili merah - kite guna cili padi 7 biji
5 ulas bwg putih
2 labu bwg besar
1 inci halia1 inci
kunyit hidup
1 1/2 in lengkuas
3 batang serai
sedikit belacan - tak bubuh

Cara-Caranya :-
I
Ikan di bersihkan dan toskan. Gaul dengan sedikit garam dan serbuk kunyit.
Goreng sehingga garing dan ketepikan sebentar.
Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan kisar dan masak sehingga pecah minyak. Masukkan garam dan sedikit gula. Tambah sedikit air jika perlu. Masukkan ikan yg telah di goreng tadi dan perahkan jus limau kasturi. Gaul sebati.|Sekiranya dah cukup rasa, bolehlah angkat dan hidangkan
 
 


 

2 comments:

  1. hmm.. betul lah.. kalau masak gini makan nasi panas2 mmg bertambah.. berselera anak2.. sbb deme betul suka masak merah2 belaka ni..

    ReplyDelete

Ini adalah blog peribadi. Sekadar mengisi masa lapang serta berkongsi apa yang kita rasa. Oleh itu apa jua coretan mahupun pendapat yang kita coretkan diblog ini adalah dari pandangan kita sendiri. Pada sesiapa yang tidak setuju, tidak suka mahupun loya membaca coretan kita ini....tiada paksaan untuk mengikuti mahupun menyetujui pendapat kita ok...!!!!

Nak baca banyak lagi cerita ceriti...kena klik " OLDER POST '' okkk..!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...