Wednesday, April 4, 2012

PECAL

PECAL antara yang menjadi kegemaran kite. Sangat sedap dan kalau makan memang tak perasan bertambah. Colek makan...colek makan...senang crite kalau pecal ni memang akan makan banyak le sangat....meratah kan sedap...

Satu menu yang sihat untuk yang nak berdiet. Sayur²an jer. Tak makan nasi pun kira dan ok....meratah pecal jer kan.....ye ke menu diet...??? Kalau buat kacang tu boleh disimpan dalam peti ais, bila nak makan hanya tinggal bancuh jer.....so jimat tenaga dan masa kan...resepi dari bonda mertua kite yang memang kalau buat pecal.....the best...!

Resepi : Bonda Mertuaku
Bahan-bahannya :- Untuk Kuah
1/2 kilo kacang tanah - di goreng
8 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
4-5 biji isi cekur
15 - 20 biji ili padi - ikut nak kepedasan yang disukai
Jus asam jawa secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

Sayur Pecal :-
Timun
Sengkuang
Kangkung - dicelur dan toskan
Tauhu - digoreng dan hiris
Tempe - digoreng dan hiris - kite x bubuh sebab x der stok
Taugeh - dicelur dan toskan
Kacang panjang - celur dan toskan

Caranya :-
  • Kacang tanah di goreng - tos dan ketepikan. Bila dah sejuk kacang ditumbuk
  • Bawang merah, bawang putih, cili padi digoreng (tutup kuali takut meletup)
  • Bawang dan cili yang digoreng tu ditumbuk lumat. Masukkan bi cekur. Letak garam sikit.
  • Satukan bahan tumbuk bersama kacang yang juga telah ditumbuk. Masukkan gula, garam dan digaul rata.
  • Bila nak makan bolehlah dibancuh dengan sedikit air asam dan air suam. Pastikan kuah sederhana cair sebab nanti ianya akan semakin pekat.
  • Seimbangkan rasa masin, manis dan masam.
  • Bolehlah dimakan bersama sayur²-an pilihan.

6 comments:

  1. Terliur sangat dah ni...esok kena cari bahan. Nak kena buat juga. Kita pantang tengok jenis rojak & pecal ni...memang membangkitkan selera. TQ Ummi Akid sbb bagi idea & ur recipe too.

    ReplyDelete
  2. wah sedapnya, tina dulu2 ingat kuah kacang tu mcm kuah kacang makan dgn nasi impit tu

    ReplyDelete
  3. sebijik mcm cara mama KC. 100% sama.

    ReplyDelete
  4. Junie - Sesama...selamat mencuba dan muga happy cooking.

    ReplyDelete
  5. Tina : heehe...ahhh...kuah dia lain. Akak pun tau makan pecal ni sejak kahwin...

    ReplyDelete
  6. KC ~~ ye ke...itulah cara saya belajar dari mertua. Tapi kalau search for resepi pecal, mmg pelbagai cara ada kan...

    ReplyDelete

Ini adalah blog peribadi. Sekadar mengisi masa lapang serta berkongsi apa yang kita rasa. Oleh itu apa jua coretan mahupun pendapat yang kita coretkan diblog ini adalah dari pandangan kita sendiri. Pada sesiapa yang tidak setuju, tidak suka mahupun loya membaca coretan kita ini....tiada paksaan untuk mengikuti mahupun menyetujui pendapat kita ok...!!!!

Nak baca banyak lagi cerita ceriti...kena klik " OLDER POST '' okkk..!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...