Monday, August 13, 2012

SOTONG BEREMPAH ROSEMARY

SOTONG BEREMPAH ROSEMARY ~~ geram tengok sotong besor² kat pasar tadi. Terus terbayangkan sotong goreng tepung. Beli sekor jer sebab besor bapok sotong tu....kira yang kite amek tu boleh dikatakan bersize kecil dari longgokan sotong lain....so bayangkan besor mana sotong tu k......makan ber-3 kira sedang molek lah sekor kan....bukan save budget tapi tak mahu membazir....x bagus....heehee...


Jom intai resepi mudah lagi senang, main campak² jer...versi UmmiAkid...
Bahan-bahannya :-

1 ekor sotong bersize agak besar - cuci dan potong bulat.
1 cawan tepung beras
1 sudu tepung jagung
1 biji telur
1/2 camca teh serbuk kunyit
Garam secukup rasa
1 sudu besar Rosemary
1 sudu kecik serbuk paprika
1/2 camca teh lada hitam biji - dikisar halus
Minyak untuk goreng terendam

Caranya :-

  • Sotong dibersihkan, asingkan kepalanya dari badan, buang kulit luar sotong tadi, kepala sotong dibuang dakwat, buang mata dan kerat bulat². Ketepikan.
  • Satukan  tepung beras, tepung jagung, serbuk kunyit, serbuk paprika, rosemary, lada hitam dan sedikit garam Pukul telur dan celup sotong ke dalam telur dan gaulkan  sotong ke dalam tepung tadi. Ratakan balutan tepung.
  • Goreng dalam minyak sederhana panas hingga kuning keemasan, angkat, toskan dan letak atas paper towel. Hidangkan bersama sos kegemaran atau pun makan begitu sahaja bersama lauk pilihan.
    Selamat menjamu mata dan selamat mencuba ok..!




2 comments:

  1. sedapnya, kemain lg dok diam2 keluar sotong ye, nanti nak try lah, tapi mau pulak lekat tepung dia ye

    ReplyDelete
  2. kita pun kebetulan ada sotong tapi tak berapa yang bapak beso la...rasanya nak try goreng macam ni aje...
    Thanks Ummiakid 4 sharing the idea...
    Salam Lebaran!

    ReplyDelete

Ini adalah blog peribadi. Sekadar mengisi masa lapang serta berkongsi apa yang kita rasa. Oleh itu apa jua coretan mahupun pendapat yang kita coretkan diblog ini adalah dari pandangan kita sendiri. Pada sesiapa yang tidak setuju, tidak suka mahupun loya membaca coretan kita ini....tiada paksaan untuk mengikuti mahupun menyetujui pendapat kita ok...!!!!

Nak baca banyak lagi cerita ceriti...kena klik " OLDER POST '' okkk..!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...