Tuesday, September 13, 2011

PASTA BOWTIES SIMPLE DIMPLE

PASTA BOWTIES SIMPLE DIMPLE, senang jer kalau nak goreng macam ni sebab tu nama pong di kasi simple dimple. Kite memang suke goreng pasta cenggini. Sedap dan tak muak kalau makan banyak..... Apa jenis pasta boleh jer kalau nak goreng cenggini...sama jer rasa kesedapannya.

Kalau ada yang nak cuba boleh lah intai² resepi simple dimple versi anak Pak Talib yang rajin memasak kunun-kunun ni ye....!!!! Ala mudah jer so jangan tak cuba ehh...


Bahan-bahannya :-
1/2 bungkus pasta Bowties
1 keping daging kisar Ramly
10 ekor udang
1 batang carrot - disagat memanjang
6 biji cendawan butang - dihiris nipis
1 labu bawang besar - didadu
4 ulas bawang putih - dicincang
12 biji cili padi - ikut kepedasan yang di sukai
2 sudu teh capers - optional
3 kelopak bunga kobis
3 kelopak brokoli
Sedikit Extra Virgin Olive Oil
Garam secukupnya




Cara-caranya :-
  • Didihkan air dan dibubuh sedikit garam serta minyak. Celur bowties hingga lembut. Angkat dan toskan.
  • Daging kisar tu kita masak dengan sedikit minyak. Biar agak garing sikit. Untuk keringkan sedikit air daging tu.
  • Panaskan Olive Oil dan tumis bawang besar, bawang putih sehingga naik bau. Masukkan daging kisar dan udang. Gaul rata.
  • Masukkan carrot, bunga kobis, brokoli dan cendawan
  • Bila bahan dan sebati masukkan bowties dan gaul rata.
  • Seimbangkan rasa.

BREAD RAISIN + CHOCOLATE BANANA

BREAD RAISIN + CHOCOLATE BANANA antara menu bekfes atau pun minum petang yang sangat mudah di sediakan, lazat dan pastinye berkhasiat.

Bagi kite ini resepi yang sihat dan teramat simple untuk buat kalau anak² nak sarapan ke sekolah. Dengan adonya cekelat pasti menjadi kesukaan anak² malah mak anak² jugak...heee...tak caye...jom try buat k...

Moh kite intai resepi yang sedap dan berkhasiat besar bagai johan ni....

Sumber resepi : Dari dapur Kak Ct Delima

Bahan-bahannya :-

Beberapa keping roti Kismis / roti putih - yang 4 segi tu ye
2 biji pisang montel - hiris serong dan nipis
Jem Nutella (atau sebarang jem coklat kegemaran masing2)
Sedikit butter - untuk panggang

Caranya :-
  • Sapukan nutella pada kedua-dua keping roti.
  • Lapiskan pisang di atas roti dan lapikkan roti yang sekeping lagi.
  • Panaskan non-stick pan dengan sedikit butter dan panggang roti. Tekan dengan jari semasa memanggang dalam 10 saat, terbalikan bahagian lagi satu dan tekan juga dalam 10 saat.
  • Potong dua roti tersebut dan hidangkan.


Monday, September 12, 2011

AYAM GORENG BEREMPAH CAJUN

AYAM GORENG BEREMPAH CAJUN sejak ternampak resepi ni kat blog kak Nor secubit garam hati macam mengelodak suruh cuba....punya lah...tak sabar pergi Giant cari rempah cajun tu, bila dah ado....bertahun baru nak buat...nape erkk...???? sendiri fikir lah kan...???

Bila dah cuba memang benar bagai di kata...hasilnye sungguh tak mengecewakan...so pada sesape yang lom cuba...cepat² dapatkan rempah cajun ni dan buat okeh.....pasti tak nyosal punyo...!!!!

Ini le rupe rempah Cajun tu

Jom layan resepi hasilan skodeng kat blog kak Nor, tapi mintak maaf ye Kak Nor ada derhaka kan sikit resepi ikut kesuaian kite....

Sumber resepi : - Kak Nor Secubit Garam

Bahan-bahannya :-
1/2 ekor ayam ~ potong kecil dan toskan
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah -
ini kite tambah (resepi kak nor tak bubuh)

2 batang serai -
ini kite tambah (resepi kak nor tan bubuh)

1 inci halia -
ini kite tambah (resepi kak nor tak bubuh)
1 sudu kecil serbuk kunyit -
kite guna kunyit hidup

1 sudu besar cajun
1 sudu besar serbuk cili kasar
1 sudu teh madu
1 sudu besar jus limau nipis
1 sudu besar air
garam
minyak



Caranya :-
  • Tumbuk lumat bawang, serai, halia dan kunyit
  • Campurkan kesemua bahan yang di tumbuk kecuali ayam dan minyak dan gaul hingga sebati.
  • Lumurkan pada ayam dan perap sekurangnya 1/2 jam.
  • Panaskan minyak dan goreng ayam hingga masak.


Sunday, September 11, 2011

BETIK TUMIS AIR

BETIK TUMIS AIR antara sayur kegemaran kite...kalau dulu arwah mak memang selalu masak sayur betik tumis air ni. Memang sungguh menyelerakan makan berlauk kan begini, ringkas tapi mau 2-3 kali menambah....hilang sume diet bagai kan...????

Betik ni dah hampir nak masak tapi masih mengkal dan ranggup lagi walaupun warna dah agak merah. Kalau bior 2-3 hari mau betik tu jadi pencuci mulut le.

Kita kalau masak sayur betik ni memang suka letak daun selasih, harum jer bau dan rasanya agak selerakan anak tekak ni. Kalau tak letak pun okey jer...ikut selera memasing kan...

Jom nengok resepi mudah dan ringkas ni...jangan lupa mencuba tau...tak rugi cuba, sekali cuba mesti lain kali nak cuba lagi.....yooo laaa tu erk...!!!!

Bahan-bahanya :-
1/2 biji betik sederhana besar
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Segenggam ikan bilis
1 sudu kecik lada hitam
Sedikit daun selasih - optional
Sedikit air - ikut sukatan kuah yang di kehendaki.
garam perasa

Caranya :-
  • Tumbuk semua bahan di atas kecuali daun selasih
  • Rebus bahan tumbuk bersama sedikit air. Bila mendidih masukkan betik dan daun selasih
  • Seimbangkan rasa.

Ringkas kan...senang nak buat dan cepat.


Saturday, September 10, 2011

APAM POKKA DOT

Lama sungguh tak update blog yang dah penuh sarang ni, bz le konon² tu....bz beraya sakan dan yang benornya malas. Ni nak story pasal projek buat apam dot-dot kat kampung bersama kakak tersayang serta anak² saudara yang memang vogue sokmo dan sporting....

Impian nak buat apam dot-dot ni dah lama bila tengok ramai yang dah mencuba so bila balik kampung kite paksa kakak kite buat sama...sambil tu boleh tengok cara²...rupenya mudah sangat buat walaupun banyak korje tapi bile tengok hasilnya....senyom sokma den sebab dalam gigil² memicit...menjadik le jugak....TQ to my lovely sis yang tersangat rajin melayan kerenah adiknye ni....


Sumber resepi ~> Kak Ummi Home Sweet Home

Bahan-bahan:
3 biji telur - dari peti sejuk
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus -
150gm susu segar
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovallete
Filling blueberry secukupnya - kite guna inti kacang merah & lemon filling
Pewarna - kite guna biru dan kuning

Cara-cara
  • Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.
  • Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
  • Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
  • Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
  • Picitkan filling atau inti secukupnya.
  • Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh. Kemudian dot dot kan dengan adunan dari warna kontra atas permukaan.
  • Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit.
Telapak tangan Akid & the geng yang tak sabor nak ngap apam tu...Akid bila lom siap punye le tak sabar nak makan, bila dah siap masak....nak suh gigit satu pun seksa....aiyaaa !!!!

Friday, September 9, 2011

SALAM AIDIL FITRI


Bergema Takbir di Subuh hari
Memohon kemaafan ke hadrat Ilahi
Kini Syawal menjelma kembali
Salah dan silap harap di maafi

Salam Aidil Fitri
buat semua kenalan serta yang mengenali ummiakid, muga lebaran kali ini membawa seribu kebahagiaan buat semua.

Monday, August 22, 2011

GULAI TEMPOYAK IKAN KERISI


Alamak...dah lamanye tak bersiaran melalui sini, bz memanjang serta mood pun macam menjunam ke laut dalam....mungkin halwa telinga ni dok dengar lagu raya jerk...teringat segala kenangan zaman kanak² takkala arwah mak sibuk dengan segala persiapan....rindu arwah mak dan abah....

GULAI TEMPOYAK IKAN KERISI versi kite...ada owang masak gulai tempoyak tak guna pun bawang kan....hanya cili padi dan kunyit hidup jerk....kite tak reti lah....mesti nak buh bawang gak.....jom skodeng resepi mudah ni...



Bahan-bahannya :-


3 ekor ikan Kerisi
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
2 batang serai - kite ketuk
5-6 cili padi - pedas ikut selera memasing
2 keping asam gelugor
2 sudu besar tempoyak
Garam secukupnya
sedikit gula
1 helai daun kunyit
Sedikit air - gune santan boleh jugak...ikut selera masing²



Carannya :-
  • Blender kesemua bahan di atas kecuali asam gelugor, garam, gula dan tempoyak
  • Bahan blender tadi di rebus bersama sedikit air. Bila mendidih masukkan ikan, garam, gula.
  • Masukkan asam gelugor dan tempoyak.
  • Seimbangkan rasa dan bila ikan dah masak, masukkan daun kunyit. mendidih boleh lah di tutupkan api.


Wednesday, August 17, 2011

SPAGHETTI BOLOGNESE with MEAT BALL


SPAGHETTI BOLOGNESE with MEAT BALL antara masakan yang tuan tanah gemari. Kadang² bile di tanya nak masak apa....mesti jawap buat spaghetti jer lah...apapun masakan ni mudah dan senang nak buat. Kalau tetamu datang tanpa beritahu awal², pasti menu ni boleh masuk senarai.....betul tak...? Betul jer lah ek...???

Sesekali tukar selera masa bulan puasa ni, tak salah....apapun jom layan resepi versi anak Pak Talib ni ye...kali ni rajin terlebih maka kita buat meat ball sendiri....senang jer rupanya...!!!!

Bahan-bahannya :-
1/2 bungkus spaghetti
1 botol sos spaghetti
1/2 bungkus daging kisar - kite guna jenama Ramly.
2 biji tomato - kalau size besar 1 pun ok - didadu
2 sudu tomato paste - gune sos tomato pun okeh jer.
1/2 batang carrot - potong bulat
6 biji cendawan butang - dihiris nipis - kite guna cap Ayam
1 labu bawang besar - didadu
4 ulas bawang putih - dicincang
2 sudu teh capers - optional
1 sudu teh serbuk oregano
1/2 sudu kecil black pepper
Sedikit Extra Virgin Olive Oil
Garam secukupnya
1/2 botol air - kite sukat guna botol sos spaghetti

Cara-caranya :-
  • Didihkan air dan dibubuh sedikit garam serta minyak. Celur Spaghetti hingga lembut. Angkat dan toskan.
  • Daging kisar tu kita masak dengan sedikit minyak. Biar agak garing sikit. Untuk keringkan sedikit air daging tu.
  • Panaskan Olive Oil dan tumis bawang besar, bawang putih sehingga naik bau. Masukkan daging kisar tadi. Gaul rata.
  • Masukkan sos spaghetti, tomato yang didadu, paste tomato dan tambahkan 1/2 botol air.
  • Bila sos dah sebati, masukkan cendawan, carrot. Tambahkan garam serta masukkan black pepper serta serbuk oregano.
  • Akhir sekali masukkan capers dan meat ball. Bila sos mendidih bolehlah di tutup api.

Bahan-bahannya :- Untuk Meat Ball
(dapat 12 biji meat ball)

1/2 bungkus daging kisar - kite guna jenama Ramly
1 labu bawang besar - didadu
1 biji telur - kite guna 1/2 jer
1 sudu besar black pepper
1 sudu besar serbuk Oregano
Sedikit garam

Caranya :-
  • Satukan kesemua bahan dan gaul hingga rata.
  • Bulat-bulatkan mengikut size yang dikehendaki.
  • Panaskan sedikit Olive oil di non-stick pan, jangan banyak sangat minyak.Tak perlu sampai meat ball tenggelam. Goreng meat ball hingga masak menggunakan api yang kecil.
  • Memang memakan masa sikit nak masak sebab kena terbalik kan satu bahagian ke satu bahagian sebab menggunakan minyak yang sedikit.

Tuesday, August 16, 2011

SAGO GULA MELAKA

SAGO GULA MELAKA, kalau namanya sago memang kite suke gilosss....tak kiralah kueh apa asalkan berasaskan sago memang geletek nak cuba. Benornya dah lama nak buat tapi dek kerana kesihatan tak berapa okey so asyik tangguh jer....

Maka semalam kita semangat nak buat. Sago gula melaka ni memang sedap kalau makan sejuk², nyaman jer masuk ke laluan anak tekak. Nak nak tengah batuk ni.....ermmm....memang menjadi sangat.....sebagai penganti obat....boleh ke cenggitu...????

Okeh siapa nak cuba, jom layan resepi mudah ni....kita copy & paste jer resepinya k....layannnnn!!!!!!!

Sumber resepi : Life is Sweet
Resepi Asal : Che Mat Gebu

BAHAN-BAHANNYA :-

300 gram sago biji, cuci dan toskan - kite guna 150 gram
2 liter air - kite guna 1 liter air utk 150gm sago
2 helai daun pandan, disimpul
3/4 camca teh pewarna hijau makanan
1 ketul gula melaka, hiris kecil*
1/2 cawan gula pasir*
1 1/4 cawan air*
1 helai daun pandan*(*disatukan dan masak hingga pekat, tapis dan sejukkan)
1 cawan pati santan + 1/4 camca teh garam + 1/2 camca teh tepung jagung = satukan, kacau dan masak hingga panas, sejukkan.

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Didihkan 2 liter air tadi bersama daun pandan dan pewarna hijau makanan, kemudian masukkan sago biji dan masak hingga kelihatan jernih. Masak dengan api sederhana dan kacau selalu. Tutup api dan biar 4-5 minit dalam peiuk.
  2. Tuang dalam tapis dan cuci biji sago tadi bawah air paip untuk membuang kanjinya. Kemudian masukkan ke dalam bekas2 kecil atau acuan yang anda gemari, padat2kan dan simpan dalam peti sejuk 1 - 1 1/2 jam. Sapu sedikit minyak pada acuan tadi.
  3. Keluarkan dari acuan dan letakkan dalam bekas dan makan sejuk². memang nikmat rasanye....nyaman jer.



Monday, August 15, 2011

AYAM KAPRAU DAUN SELASIH


AYAM KAPRAU DAUN SELASIH resepi yang dah lama kite kumpul dari dapur kak Ummi kuantan. memandangkan dari pemilik resepi asal Kak Jee mengatakan kalau tak selera makan lauk ni sebagai pembuka selera maka kita terdetik nak mencuba memandangkan tekak ni masih dalam keadaan yang tak berapa nak sihat.

Boleh tahan sedapnya dan memang sedap kalau dimakan dengan nasi yang panas². Dengan aroma daun selasih, pasti bertambah selera....sakit tekak pun lupa....heehee...apapun memang boleh cuba dan sesuai jugak untuk lauk bersahur....janji nasi panas....jalan....!!!!


Sumber Resepi : Kak Ummi -Home Sweet Home
Resepi Asal : Dunia Dari Dapur Kak Jee

Bahan-bahannya :-


250 gm daging batang pinang - kite guna ayam
2 sudu besar paste tomyam - kita guna paste Adabi
12 tangkai cili padi - lagi pedas lagi sedap
2 labu bawang besar - dibelah 8 dan cerai²kan
1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos cili
Daun selasih - optional - menurut kak Jee kalau bubuh lagi sedap.

Caranya :-
  • Perap daging yang telah dihiris bersama 2 sudu paste tomyam selama ½ jam.
  • Panaskan minyak dan tumis dulu 1 labu bawang besar yang telah dikerat 8.
  • Kemudian masukkan cili api yang telah ditumbuk kasar
  • Setelah garing masukkan hirisan gading atau ayam yang telah diperap dan goreng hingga daging kecut.
  • Kemudian masukkan kicap manis dan sos cili dan terus goreng.
  • Masukkan daun selasih yang telah dipetik-petik dan dicuci bersih
  • Kemudian masukkan bali 1 labu bawang besar dan goreng hingga bawang nampak layu.
  • Seimbangkan rasa dan boleh lah dihidangkan.
Note dari Kak Jee: Daging Goreng paste tomyam ni sedap sangat. Kjee yang selalunya tak selera makan pun berjaya habiskan ½ pinggan nasi. Kira hebatlah tu. Tapi banyak ratah jer tadi. Hehehe.

Ini adalah blog peribadi. Sekadar mengisi masa lapang serta berkongsi apa yang kita rasa. Oleh itu apa jua coretan mahupun pendapat yang kita coretkan diblog ini adalah dari pandangan kita sendiri. Pada sesiapa yang tidak setuju, tidak suka mahupun loya membaca coretan kita ini....tiada paksaan untuk mengikuti mahupun menyetujui pendapat kita ok...!!!!

Nak baca banyak lagi cerita ceriti...kena klik " OLDER POST '' okkk..!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...