Monday, May 28, 2012

ROASTED BREAD WITH PEANUT BUTTER & BANANA

ROASTED BREAD WITH PEANUT BUTTER & BANANA ~~ panjang nama kan....sepanjang berkurun² lama tak hapdet blog. Kemalasan tahap maksima dah ni...mood bukan saja menjunam ke laut....karam dah....seriusly tak der semangat nak masak sebab my other half tak der di sisi....berjauhan demi mencari rezeki buat keluarga....huhuhhu....

Bekfes ringkas ni dah lama benornya...tapi baru ari ni ada semangat sikit nak hapdet blog, maka ku bubuh le sebagai entry semangat untuk terus berblog....boleh gitu...??? Senang jer buat dan sedap tau, boleh juga bubuh nuttela atau apa jua jem kegemaran dan nescaya rasanya tak akan mengecewakan....waaalaaa....kite pernah buat guna nuttela kalau nak tengok kat SINI

Cuabalah buat....pasti anak² mengemarinya. Kali ni ireng sikit kite bakar....walaupun ireng...bila makan terasa kruupp kraapppp masa gigit tu tau....sedap!!!!

Bahan-bahannya :-
Beberapa keping roti - kite guna Roti Butterscotch
Peanut butter
Pisang - dihiris bulat²
Sedikit gula perang
Butter

Caranya :-
  • Sapukan peanut butter pada kedua-dua keping roti.
  • Lapiskan pisang di atas roti dan lapikkan roti yang sekeping lagi.
  • Panaskan non-stick pan dengan sedikit butter dan panggang roti. Tekan dengan jari semasa memanggang dalam 10 saat, terbalikan bahagian lagi satu dan tekan juga dalam 10 saat. Tabur sedikit gula perang dan bakar sekejap lagi.
  • Potong dua roti tersebut dan hidangkan.


8 comments:

  1. kak lily, same la kite mood menjunam..hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous ~~ tu lah kan...akak ni bukan menjunam...dh karam pun...heehee

      Delete
  2. nampak sedap jer...nyum!!! nyum!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanie ~~ mmg sedap...cubalah nanti. Ringkas tapi tak mengecewakan selera. Anak² pun sure suka nanti.

      Delete
  3. Replies
    1. Tina ~~ ireng bukan sebarang ireng tau...bukankah ireng itu menawan...heehee

      Delete
  4. Ummi sekarang terpisah dgn hubby ke? sorang kat Pahang, sorang kat KB eh?
    Senang je resipi utk anak2 kan? kalau tak sempat juga, taktau nak kata apa...

    (Ummi, kisah Norma dan Talib tu kalau tak silap akak dia baru meninggal kan? Maaf kalau akak salah org)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sis Zana ~~ aaahh...hb tak kerja kat sini...InsyaAllah saya akan menyusul hujung tahun ni, abiskan sesi persekolahan dulu.

      Thanks sis, saya pun x tahu yang Norma telah kembali ke rahmatullah...dah lama x jengah kisah arwah...tq sis info saya...

      Delete

Ini adalah blog peribadi. Sekadar mengisi masa lapang serta berkongsi apa yang kita rasa. Oleh itu apa jua coretan mahupun pendapat yang kita coretkan diblog ini adalah dari pandangan kita sendiri. Pada sesiapa yang tidak setuju, tidak suka mahupun loya membaca coretan kita ini....tiada paksaan untuk mengikuti mahupun menyetujui pendapat kita ok...!!!!

Nak baca banyak lagi cerita ceriti...kena klik " OLDER POST '' okkk..!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...