Tuesday, July 31, 2012

IKAN TENGGIRI GORENG BERSERAI

IKAN TENGGIRI GORENG BERSERAI ~~ iftar hari ke-10, serba ringkas dan senang sangat nak buat. Tapi serius cakap memang sedap dan amat² menepati selera aii ye....makan berlauk ni sahaja dan bertemankan nasi panas² memang boleh buat diet ke laut tau....selalu puasa² ni memang kite suka masak yang ringkas² dan senang nak buat dan yang penting menambah selera makan dan tidak membazir....

Sumber Resepi :- Masam Manis
IKAN TENGGIRI GORENG BERSERAI
Bahan-bahannya :-
4 keping ikan tenggiri
Cuci bersih, gaulkan dengan garam dan kunyit
Kemudian goreng hingga kuning keemasan
angkat , toskan minyaknya dan ketepikan

2 batang serai ~ dititik
1 sudu besar lada hitam ~ ditumbuk
2 sudu besar asam jawa ~ diramas dengan sedikit air
1 kiub ikan
Garam dan gula secukup rasa

Bahan Kisar :-
10 tangkai cili padi - ikut kepedasan yang disukai ye. Kite letak dalam 15 tangkai
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 batang serai ~ ambil bahagian bawah sahaja - kite letak 3 batang
Kesemua bahan di atas dikisar dengan sedikit air

Caranya :-

  • Ambil 2 sudu besar minyak daripada baki mengoreng ikan tadi, tumiskan bahan-bahan yang dikisar hingga harum. Kemudian masukkan serai yang telah dititik. Tambahkan air asam jawa secukupnya, biar hingga kuah merenih.
  • Masukkan lada hitam dan kiub ikan biar didih. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa
  • Masukkan ikan yang telah di goreng tadi, masak selama 20 minit agar ikan meresap kuah dan kuah kering sedikit
  • Angkat dan hiaskan dengan daun ketumbar dan taburan lada
  • Sedia dinikmati bersama nasi

Kalau nak pedas atau nak tak nak pedas, cili padi tu agak² lah ye...bagi kite ni dah cukup molek dan kena dengan selera. Makan ketika bersahur pun....boleh layan tekak ni...

Monday, July 30, 2012

ASAM REBUS KANGKUNG

ASAM REBUS KANGKUNG ~~ tak pernah terfikir nak buat kan...?? selalu kalau kangkung kite goreng belacan jer tapi setelah baca blog KC dan teringin pulak nak buat. Kalau asam rebus tu antara peberet aii so nak rasa pulak penangan kangkung bila di asam rebuskan.....best dan satu kelainan kalau nak tukor² selerakan....makan memang laju jer...!!


Thanks KC sebab ketengahkan menu ringkas ni, sesuai bagi yang malas macam aii ni...haahaa...tapi yang penting ado ikan goreng panas², sambal belacan, ikan kering.....fuhhhhhhh berpeluh makan, nasi dalam periuk sure kosong...ni aii lah ye...!

Bahan-bahannya :-
Kangkung
Bawang merah
Cili api - ikut tahap pedas yang di sukai
Belacan
1 batang serai - di titik
Kunyit serbuk - kite guna kunyit hidup
Ikan bilis
Asam keping
Garam

Caranya:-

  • Tumbuk kesemua bahan kecuali kangkung, asam keping dan garam.
  • Satukan di dalam periuk berisi air dan rebus. Masukkan asam keping dans serai.
  • Perasakan garam dan masukkan kangkung.
  • Sedia untuk dinikmati.


Friday, July 27, 2012

TORTILLA AYAM


TORTILLA AYAM ~~ juadah sampingan berbuka atas permintaan lalink ku yang kekunun x moo makan nasi....diet le tuuu..! Amat simple dan mudah sangat nak buat, tak perlu berpeluh² kat dapur dan boleh buat 10-15minit sebelum berbuka asalkan siap sedia semua bahan....menu ni memang sesuai bagi yang tak nak makan berat² ketika berbuka dan berkhasiat jugak kan...

Bahan-bahannya :-
Beberapa keping roti Tortilla - aii beli segera punya kat Giant jer.
Isi ayam bahagian dada - dihiris nipis

1 sudu kecil ketumbar - tumbuk halus
Kunyit serbuk
Garam
Bahan sampingan :-
Salad
Hirisan timun
Tomata
Hirisan bawang
sos thousand island
Cili sos


Caranya :-
  • Ayam digaul bersama kunyit, garam dan ketumbar dan digoreng dengan menggunakan minyak yang sedikit.
  • Tortilla dipanaskan sedikit menggunkan non-stick pan. Letakkan daun salad, hirisan timun, tomato, bawang dan isi ayam.
  • Tuangkan sos kegemaran dan lipat seperti gambar diatas.
  • Sedia untuk dinikmati.

Wednesday, July 25, 2012

AYAM KICAP JINTAN-LADA PUTIH

AYAM KICAP JINTAN -LADA PUTIH~~ menu ringkas berbuka semalam dan antara lauk peberet Akid sebab ada kicap. Resepi kita amek dari blog Kak Ummi Kuantan, thanks sis sebab share resepi ni....satu kelainan sebab bubuh jintan kan....siap ber YM tanya jintan manis tu yang kasar ke yang halus....haaaa...malu kan, itu pun x kenal. Bukan apa kite selalu panggil kasar halus jer....so skg kena ingat manis tu kasar, putih tu halus....haiyaaa....!


AYAM KICAP JINTAN-LADA PUTIH
Sumber Resepi : Kak Ummi @ Home Sweet Home
 
Bahan-bahannya :-
1/2 ekor ayam - potong kecil dan bersihkan, toskan.
4 ulas bawang merah *
3 ulas bawang putih *
2 inci halia * (bahan * ditumbuk lumat)
1 sudu besar cili kering kisar
1 sudu teh jintan manis # - kite letak 2 sudu
1 sudu teh lada putih biji # (bahan # dikisar kering)
1 batang kulit kayu manis
2 bunga lawang
2 cengkih
sedikit air
gula (optional) - tak letak
garam secukup rasa
minyak masak

Campuran Sos : -
3 sudu besar kicap pekat ABC
3 sudu besar kicap pekat manis biasa
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap cair
2 sudu besar sos cili

Sayuran :-
sedikit bunga kobis
sedikit brokoli
1/2 batang lobak
1 biji tomato - belah 6 - tak letak
Cili padi - dibelah 2 - kite tambah
1 labu bawang besar - potong bulat - kite tambah

Caranya :-
  • Ayam digaul dengan garam dan serbuk kunyit secukupnya...perap 10 minit dan goreng 3/4 masak, angkat dan ketepikan.
  • Keluarkan minyak dari kuali dan gunakan lebihkurang 3 sudu besar lebihan minyak tadi dan tumis rempah 3 sekawan (k.kayu manis, lawang dan cengkih) dan diikuti bahan yang ditumbuk, kacau biar naik bau sebentar.
  • Masukkan cili kering, lada sulah dan jintan yang dikisar tadi. Masukkan kesemua bahan sos dan kacau rata sebentar, masukkan sedikit air jika perlu.
  • Masukkan ayam. lada dan bawang hiris dan kacau rata sebentar.
  • Akhir sekali masukkan sayuran, kecuali tomato. Seimbangkan rasa.
  • Tutup api dan masukkan tomato yang dibelah tadi, gaul rata. Sedia untuk dihidangkan.

Tuesday, July 24, 2012

UDANG GARING DAUN KESOM



UDANG GARING DAUN KESOM ~~ i likeee sebab terasa rempah serta aroma dedaun tu yang buat syok gitu kalau makan. Ini tekak kite ye...tekak orang lain, kena cubalah baru leh tahu serasi mahupun tidak. Kalau nak diikutkan udang ni tak leh makan sangat akibat alergik melampau garuk mengaruk tu tapi x tahan nafsu bila tengok Kak Ummi buat, terus tanam dalam hati...kena cuba dan bab alergik tu tepis jejauh....ubat kan ado....tak susah pun...jahatkan selera, sanggup!!!

Jom cuba resepi mudah dan ringkas ni tapi yang best serasai dengan aiii even udang ni patutnya harus tak ada dalam senarai...al-maklum le alergik ke kekunun....tapi tergoda denga ayat Kak Ummi ----> memang enak sehhhhh...!!! Tapi serius cakap...memang sedap tau, makan  dengan nasi panas²...ermmmm....cepat cuba kalau nak tau sedapnye tu ok.!

UDANG GARING DAUN KESUM
Sumber Resepi : Kak Ummi @ Home Sweet Home
Resepi: Chef Kamarul @ Majalah Saji

Bahan-bahannya :-
500 gm udang bersaiz sederhana
Minyak masak untuk menggoreng

Bahan-bahan untuk Perap :-
1 sudu kecil serbuk cili
1 sudu kecil serbuk kari - kite letak 1 1/2 sudu
1/2 sudu kecil lada hitam kisar
1 sudu besar tepung jagung
sedikit garam

Bahan-bahan Cincang :-
6 ulas bawang putih
3 cm halia
1 tangkai besar daun kesum
1 tangkai kecil daun selasih (*akak xda ni)
1 tangkai kecil daun kari
1 tangkai cili merah




Caranya :-
  • Udang dibelah belakang dan bersihkan
  • Gaul udang bersama bahan perapan. Kite perap dalam 25-20 minit
  • Panaskan minyak dan goreng udang sehingga benar-benar garing. Angkat dan toskan.
  • Keluarkan sebahagian minyak dan tinggalkan lebih kurang 3 sudu besar sahaja. Tumiskan bawang putih dan halia sehingga agak garing.
  • Masukkan pula cili merah dan diikuti daun kesum, daun kari dan daun selasih. Sentiasa kacau supaya tidak hangus.
  • Masukkan semula udang tadi dan gaul rata sebentar. Tutup api dan hidangkan bersama nasi panas.


Monday, July 23, 2012

MEE HOON SEMPOI



MEE HOON SEMPOI ~~ membuka tirai juadah hari pertama Ramadhan, simple dan yang utama atas permintaan insan tersayang yang sememangnya suka dan berusaha tak nak makan berat² kekunun....heehee...apapun licin tak tinggal seutas pun....sedap le tu...!!! ecehcehhh....

Resepi campak² jer dan sememangnya penambah kelajuan untuk menikmati hidangan pastinya kalau ada  cili potong tu kan...memang best dan power gitu...Jom intai versi campak² macam mana lah ye tu...

Bahan-bahannya :-

200 gram mi hoon-direndam hingga lembut
2 camca besar cili kering
4 biji bawang merah - ditumbuk
2 ulas bawang putih  - ditumbuk
Udang
Sedikit sawi
Taugeh
2 keping tauhu - 1 digoreng dadu dan 1 ditumbuk lumat
1 biji telur
1 biji tomato 
Garam secukup rasa
Sos tiram
 
Caranya :-
  • Panaskan sedikit minyak, tumis bawang merah dan bawang putih hingga harum, masukkan cili kisar dan biar hingga agak garing. Tambah udang, tauhu hancur, telur kacau rata dan tuang sedikit air.
  • Masukkan mi hoon, gaul rata dan masak hingga mi hoon lembut. Masukkan  sawi dan taugeh, gaul hingga semua rata. Tambahkan garam dan seimbangkanrasa.Akhir sekali masukkan tomato dan tauhu goreng. kacau dan sedia untuk dinikmati


Friday, July 20, 2012

RAMADHAN 1433H / 2012M


MARHABAN YA RAMADHAN ~~ month of bleesing and forgiveness, sempena bulan yang mulia ini kite ingin memohon  kemaafan kepada pengunjung setia blog ummiakid, sahabat handai serta rakan² blogger  sekiranya sepanjang mengenali kite ada salah serta silap yang kite lakukan secara sengaja mahupun tidak....

'' Ku mengharapkan Ramdhan kali ini penuh makna...
agar dapat ku lalui dengan  sempurna....''
Ya Allah, terima kasih kerana memberi kesempatan kembali bertemu bulan yang mulia serta penuh keberkatan ini semuga hambaMU ini akan memanfaatkan kehadiran Ramadhan ini sebaik mungkin dan semuga kita semua memperolehi keberkatan serta kenikmatan Ramadhan kali ini....SELAMAT BERPUASA.....

 Jangan lupe niat ye :-

 

Sedihnya sebab berpuasa kali ini berjauhan dengan insan tersayang...demi tugas terpaksa kuatkan semangat dan semuga kekuatan itu diperolehi...InsyaAllah...

Monday, July 16, 2012

TART NENAS ~~ Jom order


TART NENAS ~~ ni kenalan kita yang buat ye dan beliau menerima tempahan bila² masa so pada pengemar tegar tart nenas boleh le order. Tak kisah le untuk hari raya ke, majlis² tertentu mahupun untuk kudap-kudapan tengok tv boleh jer contact TINA di no 012-337 6648 (SMS sahaja ) anytime....siap ada delivery lagik tau tapi sekitar Lembah klang saje....harga pun reasonable RM28.00 untuk 50pcs..

Kalau nak order for Hari Raya kena cepat ye sebab Tina kata order ditutup minggu pertama puasa so jangan lengah²...Tak rugi, pasti sedap dan yang penting Halal dan Toyiban...jom pakat ramai² order....

Wednesday, July 4, 2012

SAKIT yang datangnya dengan nikmat & hikmah...

 

SAKIT ~~ dah agak lama tak demam selsema.....sekali kena macam tak moo tinggalkan diri ni jer...nak melekat lelama.....suhhh...suhhh....go away...time macam ni yang paling tak tahan benggal kepala dan sebal hidung, dok bersin 5-10 minit sekali.....tensionkan....tapi anggap yang bebaik jer muga kebaikan itu kita perolehi...

Setiap apa yang berlaku ada penyebab dengan tujuan yang pelbagai serta pastinya mempunyai banyak hikmah untuk direnungi....maka jangan pandang sakit itu sebagai penderaan dan yang paling penting usah berburuk sangka kepada Allah....kerana itu antara nikmat yang Allah beri dengan membersihkan diri kita daripada dosa dan noda

'' Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya" ~~ (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Apapun doakan kite sihat ehhhh........dapur dah lama tak berasap yang best²....makan sayur bening jer....tekak nak makan macam² tapi kudrat tak mengizinkan untuk ber kung fu di dapur...! soh rehat le tu...






Tuesday, July 3, 2012

NASI GORENG ------> apa² eje....


NASI GORENG apa² aje ~~ asal boleh jer bagi namakan, alaa...kite buat dia bukan dia buat kita...(errmmm...macam pernah kena sedas jer dengan ayat ni...), tak kisahlah kan....dah pun memaafkan....bunyi macam majuk jer kan...kan...??? Alahai...topik melencong ke benua Eropah le pulak, jom sambung topik sebenar bab nasi goreng apa² aje ni...

Benornya tak tahu nak masak apa bekfes tadi, tengok ada baki nasi dan cari apa jer yang ada dalam esbok tu maka jadi le nasi goreng apa² aje....walaupun apa² tapi licin gak semangkuk tu, tak padan dengan demam gitu....badan jer kurang sihat tapi tekak & perut sihat memanjang....heehee...lapor sokmo dehhh!

Tak yah resepi bagailah ye....jamu mata jer okey...versi campak mencampak jer...lagi satu nak bagi tau....kita makan dengan Teh O limau panas.....(tu pun nak cakap....haipppp....!suke le.....)


Monday, July 2, 2012

SUKANYA DIA...........tapi RINDU......


SUKANYA DIA~~ suka sangat kan...? kite suka tengok aksi Akid bila mcm ni....tapi 2-3 hari ni kesian sangat sebab Akid betul² rindukan Abi....siap amek phone...dan cakap sendiri seolah² cakap dgn abi....kesian kan....???? rindu sangat....apa nak buat sayang, abi nun jauh di perantauan demi tugas.....doakan muga Abi sihat dan cepat kembali ke tanahair ye...


Namun senyuman ini penguat serta pencetus kekuatan Ummi untuk terus tabah, kuat dan sihat untuk Akid.....Ummi loves u forever....♥ Siapa tak cairkan dengan senyuman ni walaupun kadang² he makes my blood go upstairs....


Ini adalah blog peribadi. Sekadar mengisi masa lapang serta berkongsi apa yang kita rasa. Oleh itu apa jua coretan mahupun pendapat yang kita coretkan diblog ini adalah dari pandangan kita sendiri. Pada sesiapa yang tidak setuju, tidak suka mahupun loya membaca coretan kita ini....tiada paksaan untuk mengikuti mahupun menyetujui pendapat kita ok...!!!!

Nak baca banyak lagi cerita ceriti...kena klik " OLDER POST '' okkk..!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...