Sunday, August 5, 2012

ASAM TUMIS TEMPOYAK

ASAM TUMIS TEMPOYAK ~~ dah lama x masak menu yang gunakan tempoyak ni. Keinginan tu datang menjelma setelah tengok kat blog CMG, mengoda sungguh dan kebetulan stok tempoyak pun ado lagi so....teruskan le projek ni. Senang jer nak buat dan x makan masa yang lama pun....
Lauk cenggini kalau makan dengan nasi panas² memang bestlah, ada pulak ikan kering atau ikan perkasam....ermmmm memang diet ke laut le jawapnya.
ASAM TUMIS TEMPOYAK
Sumber resepi : CMG @ Tiffinbiru
Bahan-bahannya :-

3 - 4 keping hirisan ikan tenggiri - Kite goreng dulu tapi jangan garing sangat.
3 papan petai, ambik isinya - Kite tak letak
1 biji timun - kite guna timun jepun
2 batang serai - dititik
1 helai daun kunyit - disiat
1 keping asam gelugor
1 camca besar penuh tempoyak
Garam dan sedikit gula
1/2 kiub ikan bilis (optional) -Kite tak letak
Air secukupnya

Bahan kisar halus :-
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
25 biji cili padi merah jenis kampung (boleh kurangkan)
1 inci kunyit hidup

Caranya :-
  • Ikan dicuci bersih dan toskan. Gaul garam kunyit, Kite goreng dulu ikan tu tapi jangan garing sangat. Ketepikan.
  • Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis serai hingga harum, masukkan bahan kisar halus dan tumis sekejap, masukkan tempoyak, kacau rata dan masak hingga pecah minyak, guna api kecil dan kacau sentiasa.
  • Tuang air secukupnya (anggaran 2 1/2 cawan). Kacau rata dan masukkan asam gelugor. Bila mendidih, masukkan petai, kiub ikan bilis (jika guna) dan ikan. Biar masak sekejap dan tambah timun. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula.
  • Akhir sekali masukkan daun kunyit. Masak hingga timun lembut dan ikan tadi masak. Rasa dan jika ok boleh matikan api..
Jom cuba dan bagi pengemar tempoyak, lauk cenggini memang best lah sangat, kalau x makan or suka tempoyak.....sila jamu mata je ye....babai..!



4 comments:

  1. Lamanya tak makan asam tumis tempoyak... ngencess!

    ReplyDelete
  2. sedapnya, nak mintak sikit tempoyak kak, nak masak menu mcm ni tempoyak takde stok lah pulak

    ReplyDelete

Ini adalah blog peribadi. Sekadar mengisi masa lapang serta berkongsi apa yang kita rasa. Oleh itu apa jua coretan mahupun pendapat yang kita coretkan diblog ini adalah dari pandangan kita sendiri. Pada sesiapa yang tidak setuju, tidak suka mahupun loya membaca coretan kita ini....tiada paksaan untuk mengikuti mahupun menyetujui pendapat kita ok...!!!!

Nak baca banyak lagi cerita ceriti...kena klik " OLDER POST '' okkk..!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...