Tuesday, December 23, 2014

CHEWY GOOEY YUMMY BROWNIES

CHEWY GOOEY YUMMY BROWNIES ~~ dah lama sangat tak ada agenda baking mem baking di dapur UmmiAkid ni...dah 2 tahun sejak menetap di KK ni. Selalu buat kek mesti cari yang versi kukus.....alasannya biarlah rahsia... :) kira brownies ni permulaan bagi pertapaan selama 2 tahun lah kekununnya....

Buat brownies ni untuk bekalan nak ronda ronda ke Kudat sempena cuti sekolah ni....dah hampir penghujung cuti sekolah baru berkesempatan bawa Akid jalan jalan memandangkan Abi nya sangat sangat sangat sangat lah sibuk....nampak tak sibuk sangat kan.... :) Alhamdulillah minggu ni dapat jugak plan kami nak ronda ronda walaupun plan asal nya ke destinasi lain....tapi tak kisahlah kan yang penting masa bersama keluarga itu terlaksana....

Kali ni kita cuba resepi brownies dari blog Kak Azlita....kita suka walaupun bagi kita agak manis sikit....so kalau ada yang nak mencuba bolehlah kurangkan gulanya ikut kesesuaian selera masing-masing ye...satu bahan yang kita tak bubuh adalah kekacang.....sebab kita tak suka.

Sumber Resepi :- Kak Azlita Masam Manis
250 gm butter ~ potong kecil
400 gm coklat masakan ~ potong kecil

Mula-mula kita perlu cairkan dahulu butter dan coklat masakan.
Bahan-bahan ini perlu di cairkan menggunakan kaedah double boiler.
Atau boleh juga dicairkan  dalam microwave anggaran masa 30 saat, kemudian keluarkan dan kacau hingga adunan cair dan licin.
Biarkan ia sejuk sebentar

90 gm tepung 
50 gm serbuk koko
100 gm kekacang ~ di panggang dahulu - kite tak bubuh

Ayak tepung bersama serbuk koko.
Kacang di panggang dahulu. Kalau masukkan dalam oven bakar pada suhu 170 selama 15~20 minit
Kemudian campurkan kekacang dalam adunan tepung dan koko yang telah di ayak.
* kekacang terpulang pada citarasa nak letak boleh tak letak pun boleh.

5 biji telur ~ saiz A
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar coklat emulco
290 gm gula perang

Panaskan oven pada suhu 160 C.
Sediakan loyang bersaiz 9X12 inc. 
Sapukan loyang dengan sedikit butter.
Alas dasar loyang dengan kertas minyak.

Dalam bekas, pukul telur, esen vanilla, coklat emulco dan gula perang dengan menggunakan whisk hingga gula larut.
Kemudian tuangkan adunan coklat dan butter kedalam adunan telur tadi.
Kacau rata.
Dengan kadar segera tuangkan adunan tepung ke dalam adunan.
Kacau adunan dengan spatula menggunakan kaedah kaup balik dengan cepat.
* proses ini hendaklah dilakukan dengan cepat kerana adunan coklat yang bercampur dengan adunan telur cepat likat dan akan menyukarkan proses untuk meratakan tepung.
* Jangan terlebih pukul adunan, cukup sekadar ia rata dan bersatu.

Tuangkan adunan ke dalam loyang.
Ratakan.
Bakar adunan pada suhu 160C selama 45 minit atau sehingga adunan masak dengan sempurna.
Setelah masak keluarkan dari oven. Rehatkan atau biarkan ia sejuk anggaran 10 minit.
Potonglah brownies kepada kepingan.
* Permukaan brownies akan mengeras bila ia sejuk, oleh itu di nasihatkan untuk memotong brownies dengan segera.

Tuesday, December 16, 2014

KUEH PENYARAM

KUEH PENYARAM ~~ Ini kali serius jakun tak pernah makan walaupun pernah nampak kueh ni....mungkin sebab tak berani nak cuba atau ntah erkkk...kenapa...? rupanya kueh ni sangat sedap bagi kita yang 1st timer makan. Kueh ni bukan kita buat ye....cuma nak berkongsi cerita kejakunan bila pertama kali makan....heeeheee....ada juga di kenali dengan kueh topi atau cucur jawa.

Kueh ni pemberian tuan rumah yang kita tinggal di KK ni beri masa perjumpaan pertama setelah 2 tahun menyewa rumahnya.....al-maklum lah kan bila urusan penyewaan semuanya diuruskan oleh Syarikat suami bekerja dan agen yang dilantik....maka idak le jumpa empunya rumah....kira segalanya pertama kalilah....
sangat sangat baik hati Kak Ummi ni. Terima kasih kak kerana bagi kueh ni yang rupanya memang sedap....kita suka....cuma agak berminyak dan kena guna tissu untuk serap minyak tu tapi tidak menyusahkan pun....

Ada 2 perisa kueh pemberian Kak Ummi ni....gula merah dan pandan, dua dua sedap dan rasanya semangat nak belajar buat kueh ni....tindakan pertama kena skodeng resepi dan tindakan seterusnya biarlah rahsia..... :) kalau ada post susulan tentang kueh ni maka semangat nak belajar tu tidaklah pudar.....kalau tak ada makanya sendiri mau ingat lah ye... hahaaa.....

Wednesday, December 10, 2014

CUCUR UDANG RANGUP

CUCUR UDANG  ~~ Segala mak neka kita bubuh dalan adunan  cucur kali ni....apa aje yang terlintas dan ada kat dapur. Ikut suka anak tekak dan selera lah kan. Cucur ni benornya dah lama buat cuma terlupa nak upload kat blog....tengok tengok gambor lama sekali jumpa....so upload jer lah kan dari tak ada entry....manalah tau kan ada kanak kanak rebena yang baru nak belajor buar cucur leh lah cuba resepi ikut suka kita ni....tapikan makan cicah dengan sos cili padi AgroMas memang best derrr....tak caye cer cuba okey... :)

 
Bahan- Bahannya :-
3 cawan tepong gandum
1 sudu besar baking powder
Isi udang
1 batang carrot - di sagat
1 labu bawang Hollad - di dadu
1 biji kentang - di dadu
Daun kucai
1 biji cili hijau - hiris nipis
1 1/2 sudu besar serbuk secukup rasa Maggie - Adjust ikut rasa sendiri
1 biji telur
Air secukupnya - kita buh dalam 3 cawan kurang lebih
Minyak untuk menggoreng

Caranya :-
Satukan kesemua bahan dan letak air sedikit demi sedikit.
Kacau rata hingga semua bahan sebati. Kita perap seketika dalam 10 minit.
Panaskan minyak dan goreng seperti biasa. Dah kekuningan bolehlah di angkat dan tos.
Bolehlah makan dengan sos kegemaran.

Tuesday, December 9, 2014

KUEH BOM '' DISASTER ''

KUEH BOM ~~ Disaster adalah ungkapan yang sesuai dalam usaha percubaan pertama kita nak buat kueh bom....amat sesuai dengan namanya '' BOM "" rasanya cukuplah sekali kita buat kueh ni....naik luruh jantung bila ia meletup dan melimpah limpah minyak......tension beb..!!!! nak mengelap minyak akibat letupan BOM tu....adoiiii....pengsan..!!
Mungkin orang lain tak mengalami masalah macam ni namun kita alami dan tak tau lah mana silapnya....buat sebijik bijik ikut resepi....api sederhana tapi letupannya buat kita serik seumur hidup....takut...! hahaaaa.....

Tengok hasil lepas goreng yang hirot berot tu pun dah boleh bayangkan letupan yang boleh buat kita cakap...cukuplah sekali buat kueh ni....x akan ku buat lagi...TAK AKAN...!!



Resepi tepungnya kita ikut dari blog QasehQu tapi inti kelapa resepi sendiri... :) Jom skodeng kueh bahaya ni...

Sumber resepi :- QasehQu Quinnie
Bahan-bahannya :-

3 cawan tepung pulut
1 cawan tepung beras
1 1/2 cawan air guna - gula letak sikit sahaja sebab inti dah manis
Bijan - kita guna bijan putih dan bijan hitam

Caranya :-

Satukan semua bahan di atas kecuali bijan. Uli doh hingga sebati dan tidak melekat. Jika kurang air bolehlah di tambah sikit.

Sapukan tapak tangan dengan sedikit minyak dan bulat kan tepung sebesar bola golf. Masukkan inti dan bulat-bulatkan. Golek di atas bijan.
Panaskan minyak dan goreng dengan api yang sederhana seketika. Bila dah mula kekuningan bolehlah di besarkan sedikit api. Angkat bila dah kuning keemasan.

B3 cawan-tepung pulut(jenama ERAWAN)>>kita guna jenama siam :D 1 cawan-tepung beras 1 1/2cawan-air gula(suam)>>gula letak sikit jer sbb dah ada inti proses terakhir:>BIJAN<(di golekkan)

Make Money at : http://bit.ly/copy_win
3 cawan-tepung pulut(jenama ERAWAN)>>kita guna jenama siam :D 1 cawan-tepung beras 1 1/2cawan-air gula(suam)>>gula letak sikit jer sbb dah ada inti proses terakhir:>BIJAN<(di golekkan)

Make Money at : http://bit.ly/copy_win

Bahan untuk Inti kelapa :-

3 cawan kelapa parut putih - kite guna kelapa muda
1/3 cawan gula merah - kalau nak manis boleh ditambah ikut citarasa.
2-3 sudu besar gula pasir
1 cawan air*(*disatukan dan masak hingga larut)
1 helai daun pandan, disimpul
Sedikit tepung ubi @ jagung


Caranya  :-

Tapis air gula tadi ke dalam kuali, masukkan daun pandan dan didihkan hingga air gula pekat. Tambah kelapa parut putih dan gaul rata, guna kan api kecil. Masak hingga kering tapi masih lembap sedikit. Rasa dan kalau kurang manis boleh ditambah gula ikut manis yang di sukai. Adjust ikut selera sendiri.
Sebelum tutup api letak sedikit tepung ubi atau jagung untuk menghasilkan inti yang sedikit berkilat dan melekit. Sejukkan sebelum diguna.


Cantek jer kejadian sebelum goreng kan.....tetapi....panas hati mengelap dapur tak hilang lagi ni....sabor jer lah....setidaknya mencuba dan akhirnya serik... heheee... :)

Wednesday, December 3, 2014

SPAGHETTI BOLOGNESE


SPAGHETTI BOLOGNESE ~~ ringkas dan senang nak buat memandangkan hari selasa adalah hari paling sibuk untuk kita dalam banyak banyak hari.....masa banyak habis di jalan raya.....sibukkan...??? Kalah Pak Menteri. Lagipun spaghetti bolognese antara kegemaran jugak lah. Buat kali ni tanpa meat ball...tak sempat gitu alasannya.

Resepi masakan cara sendiri dan sos guna sos botol jer....nak cepat gitu jugak alasannya. Padahal memang sokmo guna sos botol jer....hehee....cuma kali ni cendawan butang tak bubuh sebab sekali belek stock tak ada....malas nak turun beli maka masak dengan apa yang ada jer. Sedap jugak... ok lah Selamat mencuba....

Bahan-bahannya :-
1/2 bungkus spaghetti
1 botol sos spaghetti
1/2 bungkus daging kisar
2 biji tomato - kalau size besar 1 pun ok - didadu
2 sudu tomato paste -
1/2 batang carrot - potong bulat
6 biji cendawan butang - dihiris nipis. Kali ni x bubuh sebab stock tak ada.
1 labu bawang besar - didadu
4 ulas bawang putih - dicincang
2 sudu teh capers - optional
1 sudu teh serbuk oregano
1/2 sudu kecil black pepper
Sedikit Extra Virgin Olive Oil
Garam secukupnya
1/2 botol air - kite sukat guna botol sos spaghetti

Cara-caranya :-
  • Didihkan air dan dibubuh sedikit garam serta minyak. Celur Spaghetti hingga lembut. Angkat dan toskan.
  • Daging kisar tu kita masak dengan sedikit minyak. Biar agak garing sikit. Untuk keringkan sedikit air daging tu.
  • Panaskan Olive Oil dan tumis bawang besar, bawang putih sehingga naik bau. Masukkan daging kisar tadi. Gaul rata.
  • Masukkan sos spaghetti, tomato yang didadu, paste tomato dan tambahkan 1/2 botol air.
  • Bila sos dah sebati, masukkan cendawan, carrot. Tambahkan garam serta masukkan black pepper serta serbuk oregano.
  • Akhir sekali masukkan capers dan meat ball. Bila sos mendidih bolehlah di tutup api.

Tuesday, December 2, 2014

ROTI PURI

ROTI ARAB @ PURI ~~ Menung kat dapur memikirkan apa nak buat untuk sarapan pagi ni dan adanya lebihan kari maka resepi ni lah yang terlintas nak buat sebab senang dan tak lah lama sangat nak menyiapkan. Memandangkan hero kecik pun lom bangun tido...al maklum cuti sekolah kan so Akid balas dendam le tido maka sempatlah nak memerap doh tu.

Resepi kita skodeng dari blog kak Ummi Kuantan. Bila di tengok macam macam cara dan macam macam resepi, ada guna yis ada guna baking powder, ada guna tepung atta....so pilihan di jari anda, pilihlah mana suka....kita share resepi ni sebab senang dan jadik bila buat...:)


Sumber Resepi :- Kak Ummi Home Sweet Home
Bahan-bahannya :- 12 - 14 biji
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil yis mauripan
1/2 sudu kecil garam
3 sudu makan minyak masak
2 sudu makan gula *
40-50ml air *
175ml air panas
Minyak untuk mengoreng

Cara-cara :-

Satukan bahan bertanda (*) dan panaskan. Kacau sehingga gula hancur dan tutup api
Satukan tepung dan yis. Gaul rata.
Satukan 2 bahan di atas. Gaul guna garpu. adunan akan seperti breadcrumb.
Tambahkan air sikit demi sedikit. Adun hingga tak melekat dan uli menjadi doh.

Perap seketika dalam 30 minit. Bahagikan beberapa bahagian kecil. Canaikan doh nipis macam nak buat karipap. Jangan terlalu tebal atau nipis.
Goreng dalam minyak

** Tips mengoreng : menggoreng menggunakan api yang kecil dan sederhana sahaja. Simbah simbah minyak atas roti nanti ia akan kembung. Alih-alihkan. Garing angkat. Jangan lelama sangat.

Kalau kembung masa mengoreng tu kira menjadi lah ye....kembung kembung gitu... :)

Monday, December 1, 2014

PAU INTI KELAPA

PAU INTI KELAPA ~~ cubaan kali ke-2 membuat pau....suka kueh ni tapi kurang pandai dalam membuatnya sebab sokmo tak mencapai piawan kegebuan dan kemontokan yang diharapkan. Kali ni agak berjaya tentang kegebuannya walaupun agak kasar sarang pau tu....ehhh faham ke apa yang kita merepek ni...tak kisahlah kan yang penting pau kali ni habis licin tanpa bersisa....alhamdulillah kira menjadi dengan jayanya berbanding cubaan terdahulu...

Walaupun agak kedekut inti..... terasa macam dan banyak sangat bubuhnya sekali dah siap kukus....alahai...kedekutnya rasa diri ni...


Resepi pau kali ni kita cuba hasil perkongsian dari rakan di group FB MyCAT sis Asma Ibrahim....TQ sis sebab sudi kongsi resepi pau. Alhamdulillah menjadi buat pertama kali menggunakan resepi ni dan percubaan ke-2 membuat pau sepanjang hidup kita..... :) Pelik tetapi benar OK....
Sumber Resepi :- Asma Ibrahim FB MyCAT
Bahan A :-
3 cawan tepung gandum - nak guna tepung pau pun boleh
2 sudu besar gula
2 sudu besar vegetable shortening
1 sudu besar Yis
1/2 sudu kecil baking powder

Bahan B:-
2 sudu besar susu tepung
Air secukupnya - lebih kurang 1 cawan
Garam
** Satukan Bahan B

Caranya :-
Yis dicampukan dengan 2-3 sudu besar air suam bersama 1 sudu kecil gula. Biarkan sampai kembang.
Kemudian satukan bahan A dan masukkan bahan B. Gaul rata dan Uli sampai doh licin.

Doh jangan terlalu lembik atau keras. Tidak melekat di tangan.
Kemudian bahagikan beberapa bahagian dan masukkan inti yang disukai. Perapkan hingga ringan dan kembang.

Boleh di kukus selama 7-10 minit.


Bahan untuk Inti kelapa :-
3 cawan kelapa parut putih - kite guna kelapa muda
1/3 cawan gula merah - kalau nak manis boleh ditambah ikut citarasa.
2-3 sudu besar gula pasir
1 cawan air*(*disatukan dan masak hingga larut)
1 helai daun pandan, disimpul
Sedikit tepung ubi @ jagung


Caranya  :-

Tapis air gula tadi ke dalam kuali, masukkan daun pandan dan didihkan hingga air gula pekat. Tambah kelapa parut putih dan gaul rata, guna kan api kecil. Masak hingga kering tapi masih lembap sedikit. Rasa dan kalau kurang manis boleh ditambah gula ikut manis yang di sukai. Adjust ikut selera sendiri.
Sebelum tutup api letak sedikit tepung ubi atau jagung untuk menghasilkan inti yang sedikit berkilat dan melekit. Sejukkan sebelum diguna.



Saja nak tayang kukus yang kita guna.....padan muka masa pindah tak bawak kukus so kat KK ni kita beli yang ni jer lah ye. Memandangkan keluasan dapur yang lebor selangkah jer tu maka masak guna kukus ni pun dah terasa vouge ala ala MasterChef gitu ok...
Ini adalah blog peribadi. Sekadar mengisi masa lapang serta berkongsi apa yang kita rasa. Oleh itu apa jua coretan mahupun pendapat yang kita coretkan diblog ini adalah dari pandangan kita sendiri. Pada sesiapa yang tidak setuju, tidak suka mahupun loya membaca coretan kita ini....tiada paksaan untuk mengikuti mahupun menyetujui pendapat kita ok...!!!!

Nak baca banyak lagi cerita ceriti...kena klik " OLDER POST '' okkk..!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...