Saturday, August 13, 2011

SAMBAL LADA IKAN MERAH

Lama sungguh tak bersiaran melalui blog ni....akibat tuntutan kesihatan yang tak mengizinkan untuk berbuat demikian. Dah hampir semingu demam, batuk yang agak teruk hingga memaksa diri berehat sebaik mungkin.

Oleh kerana dah lama sangat tak masak, maka hari ni kite gagahkan diri jugak ke dapur. kalau ikutkan memamg le tak terdaya tapi tekak ni dah tak boleh nak telan lauk tunjuk jer....

SAMBAL LADA IKAN MERAH juadah ringkas yang terdaya di sediakan....jom layan resepi mudah dan cepat untuk disedaiakan.

Bahan-bahannya :-
4 potong isi ikan merah - digoreng sedikit
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci kunyit hidup
10 biji cili padi
1 biji bawang besar - dihiris
Garam serta gula
sedikit air asam jawa @ perahan limau nipis

Caranya :-
  • Kesemua bahan di atas kecuali air asam jawa ditumbuk lumat.
  • Tumis bahan tumbuk hingga naik bau dan agak² garing. Masukkan air asam jawa dan bahan perasa.
  • Seimbangkan rasa dan masukkan isi ikan yang telah digoreng tadi.Masukan hirisan bawang besar tadi.
  • Kalau nak berkuah, bolehlah dibubuh air sidikit.


Ringkas jer kan.....selamat mencuba dan memang selera kalau makan dengan nasi panas².

Tuesday, August 9, 2011

BUBUR JAGUNG & SAGO


BUBUR JAGUNG & SAGO manisan yang kite buat untuk berbuka kali ini. Jagung ni kite beli masa otw balik dari kampung baru² ni. Dah 2 hari tersadai dalam peti ais tu baru hari ni tenaga badan yang demam ni mampu untuk ke dapur. Gagahkan juga tenaga sebab sayang pulak kalau jagung tu kering cenggitu jer kan....dengan slow² buat maka terlaksana juga bubur ni....

Jom nengok resepi kite yang serba ringkas ni....tak larat nak celoteh banyak....baca jer ehh...!!!!

Bahan-bahanya :-
3 tongkol jagung manis @ madu - kikis isinya
santan dari 1 biji kelapa
3-4 sudu besar sago - direndam 2-3 minit dan toskan.
1 keping gula kabung
1/2 cawan gula
secubit garam
2 helai daun pandan

Caranya :-
  • Satukan kesemua bahan dan kacau dengan api yang perlahan. Jangan berhenti kacau sehingga jagung lembut.
  • Masukkan sago dan kacau hingga sago kelihatan jernih.
  • Seimbangkan rasa mengikut selera manis yang disukai.

Thursday, August 4, 2011

KARI KEPALA IKAN


KARI KEPALA IKAN MERAH baek punya....memang best bila makan kari kepala ikan ni kan....memang laju jer makan. Tak pandang kiri kanan dah....senyap tak terkata. Dah lama jugak kite tak masak kepala ikan ni....bukan apa tak leh le makan selalu kan...nanti bertambah kebenakkannye....heehee...

Tapi kite memang tak bagi Jejaka idaman malaya kite, Akid makan kepala ikan, orang kata tak elok kan....so memang akan kite elakkan lah. Lagipun Akid kan masih dalam peringkat tengah nak belajar sesuatu...so kena le jaga mindanya kan....antara usaha yang boleh di lakukan lah....orang tua² kata tak bagus anak² makan kepala ikan. So follow jer lah, maybe ada lah sebab musabab yang tak boleh nak di jelaskan secara details....sendiri fikir lah kan....!!!!

Okeh lah....melalut sangat dah ni....jom layan resepi mudah ni....mudah belaka....


Bahan-bahannya :-
1 ketul kepala ikan merah
2 cawan santan
1 biji cili merah - dibelah dua
1 biji cili hijau - dibelah dua
1 keping asam gelugor
1 camca besar cili kisar
2 camca besar rempah kari
Air secukupnya
3 biji bawang merah - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
1 camca teh halba campur
1 tangkai daun kari

Bahan yang ditumbuk :-
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia

Caranya :-
  • Tumis bahan yang dihiris serta halba campur bersama daun kari dan bahan yang ditumbuk halus hingga naik bau.
  • Masukkan rempah kari bersama cili kisar. Masak hingga pecah minyak dan masukkan sedikit air.
  • Biar sebentar dan masukkan kepala ikan, bahan perasa. Masukkan santan. Kacau supaya tak pecah minyak.
  • Bila mendidih masukkan bendi. Tutup api bila bendi agak² lembut.

Wednesday, August 3, 2011

LEMAK CILI API IKAN CERMIN



LEMAK CILI API IKAN CERMIN. Santapan sekeluarga takkala berbuka semalam. Semalam petang pergi ke pasar ikan segar Beserah terus ternampak ikan cermin ni....nampak jer terus menu masak lemak muncul dalam fikiran. Apa lagi...terus beli.

Masak lemak kali ni kite masak ikut versi sendiri lah...main ketuk² pastu masak jer. Senang dan ringkas untuk yang mengejar masa.

Kite masukkan sekali isi nenas. Sedapkan kalau makan masak lemak bersama isi nenas. Manis ikan serta manis nenas memang menjadik...!!!


Jom intai resepi ringkas versi sendiri cipta....cipta ke...??? kan memang masak lemak memang cenggini dari dolu²....adehhh....layan jer lah ehhh...!!! Pose tak baik kutuk okeh...!!!!

Bahan-bahanya :-

4 potong ikan cermin
2 batang serai - dititik
1 keping asam gelugor
3 cawan santan
1/2 biji nenas - dipotong kecil
Garam dan gula secukup rasa


Bahan-bahan ditumbuk :-
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
1 inci halia
7-8 biji cili padi
2 biji buah keras

Caranya :-
  • Isi ikan digoreng - jangan sampai garing.
  • Bahan yang ditumbuk halus di masak dengan 1 cawan air hingga air tersebut kering.
  • Masukkan santan, asam gelugor, serai dan kacau jangan sampai pecah minyak.
  • Bila kuah hampir mendidih, masukkan bahan perasa dan ikan. Kacau perlahan²
  • Bila mendidih boleh lah ditutp api.

Tuesday, August 2, 2011

LYCHEE AND PINEAPPLE COLD



LYCHEE AND PINEAPPLE COLD dessert yang kite buat semalam. Dah lama salin resepi ni dan tunggu masa yang sesuai nak buat....rasanya sempena Ramadhan ni molek sangat buat dessert yang indah dipandang dan tentunya sedap dimakan.....nyaman jer laluan ke anak tekak.

Setelah di rancang dari pagi maka terjadilah desert sedap ni. Sesekali makan memang syiokkk rasakan...????

Sesiapa yang tercari² dessert untuk sebarang majlis, boleh lah mencuba dessert ni....tak akan mengecewakan....so cuba nanti okeh...!!!! senang jer nak godehnye...


PUDING LYCHEE
Resepi asal : Chef Hanieliza
Sumber resepi :
Kak Azlita @ Masam Manis

Bahan-bahanya :-

10 gm agar-agar serbuk
4 cawan air
1cawan cawan gula
1 tin susu cair
1 tin laici dlm tin dimesin bersama airnya

  • Masakkan air, agar2 dan gula hingga mendidih dan gula larut.
  • Tutup api dan masukkan susu dan buah lychee yg telah dikisar bersama airnya tadi.
  • Kacau rata dan tuangkan ke dalam 1/2 acuan atau mangkuk kaca kecil.

PUDING NENAS
Resepi asal : Chef Hanieliza
Sumber resepi : Kak Azlita @ Masam Manis
Bahan-bahanya :-
10 gm serbuk agar-agar
4 cawan air
1 tin buah nenas ( ambil 6 keping di kisar bersama airnya yg selebih simpan utk hiasan )
1 tin susu cair
1 1/2 cwn gula halus
1 cwn tepung kastard
beberapa biji ceri merah utk hiasan

Caranya :-
  • Masak agar2 dan gula bersama air hingga didih dan gula larut.
  • Masukkan air buah nenas dan nenas yg telah dikisar tadi.
  • Bancuhkan tepung kastard dan susu cair. Kemudian tapis dan tuang ke dalam adunan puding tadi.
  • Kacau adunan sehingga hampir pekat. Apabila telah masak tuang ke atas lapisan puding Lychee tadi secara perlahan².
  • Hiaskan dengan gelang nenas dan buah ceri. Biarkan sejuk.

Puding ni memang sedap dimakan bersama kuah kastard dan fruit coktail, nak² kalau sejuk...aduhhh memang nyaman jer...resepi kuah kastard ni kite buat ikut cara kite ehhh...

KUAH KASTARD

Bahan-bahanya :-
1 tin susu cair
1 tin air - kite sukat guna tin susu tadi.
1/4 cawan gula pasir
1 biji telur - pukul sedikit
1 sudu besar tepung kastard
1 tin fruit coktail - untuk hiasan
secubit garam - optional

Caranya :-
  • Satukan kesemua bahan di atas dan kacau dengan api yang perlahan hingga mendidih.
  • Biarkan sejuk dalam peti ais kerana ianya lebih sedap kalau dimakan bila sejuk.

TERUNG GORENG IKAN BILIS


TERUNG GORENG IKAN BILIS juadah ringkas untuk bersahur pagi tadi berserta dengan singgang ikan bawal putih. Ringkas dan cepat nak sediakan takkala mata tengah mengantuk...

Pagi tadi pun nyaris² terlewat bangun nasib baik Akid batuk...kalau tidak memang tak bersahur lah sebab lupa kunci jam.....ngantuk sangat malam tadi sampai terus terlena bila letak jer kepala kat bantal.

Ok lah...puasa² ni kena kurangkan bercakap....takut silap cakap...kang lain lak jadiknye...jom layan resepi mudah ni...

Bahan-bahanya :-
4-5 batang terung panjang yang kecik.
6 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
6-7 biji cili padi - kalau nak pedas tambah lah ye.
segengam lebih ikan bilis

Cara-caranya :-
  • Tumbuk jer semua bahan² di atas dan tumis hingga garing.
  • Masukkan terung dan bubuh sedikit air. Kacau rata dan tutup sekejap dengan tudung periuk.
  • Masak hingga terung sedikit lembut. Jangan lembut sangat nanti benyek lak terung tu.
Selamat mencuba...!!!

Monday, August 1, 2011

SERAWA PULUT DURIAN

SERAWA PULUT DURIAN adalah manisan pertama di hari pertama berpuasa....bila masak serawa durian ni, terus teringat kat arwah abah yang memang suka sangat makan manis² bila berbuka....terus sayu sekejap...4 tahun sudah abah meninggalkan kite...

Kite pun memang suka berbuka dengan manisan ni....tapi bukanlah hari². Mungkin tak banyak sikit menurun sikap arwah abah kite kan...???

Memandangkan sekarang tengah musim durian maka tergerak hati nak buat serawa ni. Kitasuke makan dengan pulut tapi tuan tanah lebih selesa makan dengan roti....pantang pulut...!!!! kenapa ekk..??? Rugi...rugi...

Jom layan resepi ringkas hasil air tangan kite di hari pertama berpuasa ini. Selamat mencuba dan selamat berpuasa buat semua.....

Bahan-bahan untuk Pulut:-
2 cawan pulut - rendam sekejap
Sedikit air - kite bubuh paras² pulut jer masa nak tanak pulut tu.
1/2 camca teh garam
1 helai daun pandan, disimpul

Bahan-bahan untuk Kuah Serawa:-
1 biji durian
1/2 ketul gula melaka
1/2 cawan gula pasir -manis ikut tekak masing² ye
1 1/2 cawan air
2 cawan santan
1/2 camca teh garam
1 helai daun pandan

Cara membuatnya:-
  • Bubuh air paras² aras pulut dan tanak dengan menggunakan api yang kecil. Bila air dah kering tutup periuk dan biar pulut masak.
  • Untuk Kuah Serawa -:-
  • Masak gula melaka dan gula pasir bersama air hingga larut. Kemudian masukkan santan dan isi durian, daun pandan dan sedikit garam.
  • Kacau hingga kuah hampir pekat dengan api yang kecil supaya tak pecah santan.
  • Rasa manis ikut selera masing².

Sunday, July 31, 2011

SALAM RAMADHAN


Picture amek kat Google
Salam Ramadhan buat semua yang mengenali dan kite mohon kemaafan andai ada budi bicara jari jemari ini menguris perasaan semua secara sengaja mahupun tidak.

Muga Ramadhan kali ini membawa seribu keberkatan serta kerahmatan dari-NYA buat semua.
Selamat menyambut puasa dari kite sekeluarga.

Lafaz niat untuk sebulan berpuasa.
niatsebulanpuasa
Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta'ala.


Lafaz niat harian puas
a

niatharianpuasa

nawaitu souma godhin ‘an adaa i, fardhi syahri ramadhoana haadzihis sanati lillahi ta’aalaa

Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala

Doa Berbuka Puasa

doaberbuka


Selamat berpuasa....

Friday, July 29, 2011

CHEWY FLAPJACK



CHEWY FLAPJACK sejenis kudapan yang ternyata berkhasiat dan bagi pengemar oats memang boleh cuba kudapan ni. Makan sambil nengok TV sedar² abis jer sebalang...

Lepas makan sure terbongkang kekenyangan sebab oats kan....kembang jer dalam poyut....apapun ini memang sejenis kudap kudapan yang amat berkhasiat untuk kesihatan.

Kite yang tengah batuk ni pun, makan tak hingat donia...pastu koh...kang...koh..kang...batuk....kenyal² sedap jer gigit...!!!

Oraitss...jangan lupa mencuba k....ringkas dan senang jer nak buat....tok..tek..tok..tek...dah siap...!!!!!


Sumber resepi :- Kak Nor Secubit garam

Bahan-bahannya :-

175gm butter ~ kite buat 200gm
25gm gula pasir
95gm madu
250gm oats
1/2 cawan badam cincang (almond nibs)
choc chips dan badam secukupnya utk taburan

Cara-caranya :-
  • Panaskan oven 170C
  • Alas loyang 9" x 9" dgn aluminium foil dan lebihkan sebelah kanan dan kiri utk memudahkan proses mengeluarkan adunan yg dah dibakar.
  • Cairkan butter, gula dan madu kemudian masukkan oats dan badam cincang. gaul sebati dan tuang dalam loyang.
  • Ratakan sambil menekan adunan agar menjadi padat. Bakar hingga masak, antara 15 - 20 minit.
  • Biarkan hingga suam2 panas barulah diangkat keluar dr loyang dgn memegang foil tadi.
  • Biarkan sejuk sebentar kemudian dipotong dgn pisau yg tajam. Simpan dlm bekas kedap udara.

Thursday, July 28, 2011

SOTONG KETUMBAR BERLADA

Ramadhan dah kian menghampiri, dah bersedia ke segala mental fizikal, zahir batin dalam mengharungi Bulan Ramadhan yang penuh dengan seribu keberkatan ini. Muga kite semua dapat mengharungi Ramadhan ini dengan penuh keinsafan serta kesabaran.

Antara juadah yang kita kerap jugak kite buat bila tiba bulan puasa atau hari² biasa adalah SOTONG KETUMBAR BERLADA ringkas jer resepinya dan bagi kite menyelerakan bila makan dengan nasi panas².

Jom nengok resepi ringkas dan main campak² jer.. versi anak Pak Talib okeh...!!!!

Bahan-Bahannya :-
5-6 ekor sotong sederhana besar - dipotong kecil²
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
seinci kunyit hidup
1/2 inci halia
1 biji buah keras
2 sudu kecil ketumbar - sangai dan tumbuk halus
5-6 biji cili padi - ikut kepedasan yang nak ye.
1 batang serai - dititik
1 keping asam keping @ 1/2 cawan jus asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
**kesemua bahan diatas ditumbuk lumat.

Cara-caranya :-
  • Bahan yang ditumbuk lumat di tumis bersama serai yang dititik hingga naik bau.
  • Bila agak garing masukkan sotong dan ketumbar dan asam keping. Masukkan juga serbuk perasa.
  • Kiranya nak ada kuah bolehlah bubuh sedikit air.

Nota ciput : selamat mencuba

Ini adalah blog peribadi. Sekadar mengisi masa lapang serta berkongsi apa yang kita rasa. Oleh itu apa jua coretan mahupun pendapat yang kita coretkan diblog ini adalah dari pandangan kita sendiri. Pada sesiapa yang tidak setuju, tidak suka mahupun loya membaca coretan kita ini....tiada paksaan untuk mengikuti mahupun menyetujui pendapat kita ok...!!!!

Nak baca banyak lagi cerita ceriti...kena klik " OLDER POST '' okkk..!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...