CINNAMON ROLL ~~ jatuh cinta begitu indahnya.....waaaa....begitulah ibaratnya setelah sekali merasa roti bersama cinnamon, selera terus menyukainya bila mula² kite buat Cinnamon Pull Apart Bread tempohari. Dulu memang tak suka dengan cinnamon tapi kini kalau roti ada rasa cinnamon.....errmmmmm....sendiri tahulah betapa bestnya....
Kite buat ikut resepi CPAB ari tu sebab suka sangat dengan tekstur doh tu yang mudah nak dibentuk dan tak melekit sangat. Naik molek dan lembut bila dah masak. Cuma kite gulung macam swiss roll gitu...apapun mantoppp seh rasanya....aroma cinnamn tu takkala dalam proses bakar membakar tu memang teruja nafsu makan......tak caye...moh try test buat deh...!
Resepi asal dari : Joy The Baker yang mana kite ubah atau derhakakan fesyen roti tu ke roll le pulak...!
Bahan-bahannya :-
For the Dough (in BM)
2 3/4 cups plus 2 tbs tepung - kite guna tepung roti
1/4 cup gula kasar
2 1/4 sudu kecik yeast
1/2 sudu kecik garam
4 tbs butter
1/3 cup susu penuh krim
1/4 cup air
2 biji telur gred A
1 sudu kecil Vanilla extract
For the Filling
1 cup gula kasar ~ Kiter letak 1/2 cawan gula perang
2 sudu kecil serbuk kayu manis (cinnamon) ~ kite letak 1 sudu kecil jer
1/2 sudu kecil serbuk buah pala (nutmeg) ~ kite x bubuh
4 tbs butter - dicairkan sehingga menjadi brown
Caranya :-
- Dalam mangkuk yang besar, campurkan 2 cups tepung, sugar, yeast, and salt. Ketepikan
- Pukul telur dan ketepikan
- Dalam small saucepan, campurkan susu dan mentega, panaskan sehingga mentega cair. Ketepikan dan masukkan air dan vanilla extract. Biarkan seketika sehingga mixture menjadi suam² kuku.
- Tuangkan mixture susu dan mentega tadi kedalam bahan kering, kacau dengan senduk. Masukkan telur dan kacau lagi. Add 3/4 cup tepung, dan uli sehingga sebati. The dough will be sticky. Masukkan dough kedalam mangkuk besar yang telah di gris dengan butter/minyak. Tutup dengan kain atau cling wrap, biarkan sehingga dough naik 2 kali ganda.
- Sementara menunggu dough naik, campurkan gula, serbuk kayu manis dan serbuk buah pala di dalam mangkuk.
- Masukkan bahan cecair dulu (bancuhan susu dan mentega, air, telur dan vanila)
Masukkan bahan2 kering (tepung, yis, gula dan garam). On kan BM dan biarkan ia menguli seperti biasa. Dh siap boleh lah mulakan proses step by step tu.
- Tabur tepung pada meja kerja, keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara. Tekan² dan canai sehingga menjadi 4 persegi (tabur sedikit tepung jika melekat). Sapu dengan mentega cair, tabur dengan gula perang+serbuk kayu manis tadi rata². Akhir sekali ratakan kismis. Gulung seperti swissroll, gulung ketat². Kerat dengan pisau tajam kepada beberapa bahagian. Kite potong kepada 9 bahagian.
- Susun dalam bekas dan biarkan nasi seketika. Bakar dalam oven suhu 180C selama 20-25 minit. Bergantung kepada oven masing²
aa buat mcm ni senang sikit kan, kira adunan tu dpt 9 ketul ke, nanti nak try lah
ReplyDeleteWaah memang gebu nampaknya. Tetibe dtg geram nak meroti ni. Lamaaa dah tak meroti. Bau cinamon tu lagi la mnmbah selera kan.
ReplyDeletePasal cendawan rangup tu, yang slalu saya buat insyaAllah xmeresap minyak. Sbb dah salut tepung kat luar. Pastikan tepung tu betul2 bersalut. Kalau Ada cndwn yg tak bsalut tu yang meresap minyak tu. Ptua dari amatur kot. Hehe kot2 boleh guna.
Tina ~~ aahh...akak potong dpt 9 ketoi. ngam² bekas 4 segi tu...trylah..akak dh fallen in love dgn cinnamon bread..harap tina pun nanti..
ReplyDeleteIzahdaut ~~ tq ziarah blog saye...dan terima kasih atas tips goreng cendawan tu..nanti boleh cuba lagi. Skg kat sini tgh musim cendawan banyak...kat pasaraya lah...heehee..
ReplyDeleteAhai...k.gee dh lama jatuh chenta ngan roti cinnamon ni tp belom berkesempatan lagi nk godek2...bak cni 2,3 ketoi...heeee
ReplyDelete