Monday, March 26, 2012

CRUNCHY COOKIES

CRUNCHY COOKIES pembuka tirai sejak berminggu² blog tersadai, bersawang dan hampir² naik kulat dah.....kemalasan melanda takkala mood ke laut. Serius cakap memang tak ada semangat nak menghapdet blog ni.....aura rajin macam hilang bersama semangat yang terbang entah kemana....wa manyak susah hati woooo.....sebab tu mood menjunam ke laut dalam dan lemas dilautan sepi gitu....!!!

Apapun cookies ni dah tinggal habuk pong....buat masa mak mertua dan adik ipar ke sini masa cuti sekolah ari tu............kan dah kata....berkurun lama peram entry ni....heehee....dhek kerana cookies pun dah tinggal habuk, maka tak yah celoteh panjang....jom intai resepi ni...lupe nak cakap...ni resepi my lovely sister bagi...

Bahan-bahannya :-
bahan A
300gm butter
300gm gula kastor -
2 biji telur
2 sudu kecil vanila

Bahan B :-
3 cawan + 3 sudu besar tepung naik sendiri - diayak
1 sudu kecil baking powder - diayak
1 sudu kecil soda bicabonate - diayak
200gm coklat masakan putih - dicincang
2 cawan coklat chips
4 cawan cornflakes - diramas sederhana hancur

Caranya :-
  • Pukul butter dan gula hingga gebu. Masukkan telur satu persatu dan putar rata. Masukkan vanila dan gaul hingga sebati
  • Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul rata.
  • Kemuadian masukkan chocolate masakan putih, chocolate chips dan cornflakes.
  • Gaul rata dan perap adunan dalam 30 minit.
  • Sudukan adunan sesudu kecil atas dulang pembakar dan bakar selama 12-15 minit dengan suhu 170C. Mengikut oven masing².
  • Adunan akan kembang ketika proses membakar ye...so susun jarak² sikit dalam loyang pembakar tu.

4 comments:

  1. salam kenal dan ziarah disini..follow blog awak yer..tq.:)

    ReplyDelete
  2. udah ada spiderman dah blog ni haha, tina dalam byk2 cookies yg paling malas & tak pernah lagi buat

    ingat tunggu bulan puasa baru nak buat

    ReplyDelete
  3. Zila 4ever - thanks 4 visiting my blog...
    salam kenalan dan muga kekal bersahabat di alam maya...dh terjah blog u jugak...

    ReplyDelete

Ini adalah blog peribadi. Sekadar mengisi masa lapang serta berkongsi apa yang kita rasa. Oleh itu apa jua coretan mahupun pendapat yang kita coretkan diblog ini adalah dari pandangan kita sendiri. Pada sesiapa yang tidak setuju, tidak suka mahupun loya membaca coretan kita ini....tiada paksaan untuk mengikuti mahupun menyetujui pendapat kita ok...!!!!

Nak baca banyak lagi cerita ceriti...kena klik " OLDER POST '' okkk..!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...