Monday, March 5, 2012

CEKODOK PISANG

CEKODOK PISANG ~~ menu sarapan pagi semalam setelah agak kebah dari demam yang berlarutan hampir seminggu. Waktu demam ni hulurlah makanan apa pun...ciskek ke, roti ke, ayam bakor ke.....mesti tolak punyakan sebab tekak memang dalam kondisi yang teramat lah tak selesa....bila selera dah mula ok....tingin nak makan cekodok pisang le pulak....sebab nengok pisang yang tergantung tu....aduhhhh macam sedap sesangat. Tapi kerana kite memang teamatlah tak sukanya makan pisang kalau dah masak ranum.....kite suka yang mengkal² gitu...maka jalan terbaik....buat cekodok....abis licin..!

Ok...meh lah nengok resepi mudah dan ringkas versi ummiAkid ye...sama jer kaedah yang orang lain buat...selalu beza hanya ada yang suka bubuh baking powder atau tidak jer...tapi memang ada perbezaan antara ada bahan tersebut atau tidak....so ikutlah cara mana yang menepati selera sendiri ye...


Bahan-bahannya :-
5-6 biji pisang berangan masak ranum - lecek halus
(nak guna pisang jenis lain pun boleh juga)
1 sudu teh baking powder
1 cawan tepung gandum @ ikut kelembutan adunan
Garam secukupnya
3 sudu besar gula kastor

Cara-caranya :
  • Ayak tepung gandum, baking powder, dan garam, ketepikan.
  • Campurkan pisang lecek bersama gula secukupnya. Kacau rata.
  • Masukkan tepung yang telah diayak tadi sedikit² dan kacau rata.
  • Panaskan minyak. Jemputkan adunan menggunakan jari ataupun sudu. Goreng hingga masak hingga kuning keemasan dan toskan atas paper tower.
  • Selamat mencuba

3 comments:

  1. sedapnya kalau dpt sarapan pagi ngan cekodok pisang ni

    ReplyDelete
  2. As'salam Lily

    Dah kebah dari demam..kesinanya maaf k.ct tak tahu Lily tak sihat. moga sembuh sepenuhnya bolah masak2 dan amkan2 lagi okey :)

    k.ct pun sama kalau demam memang tak akan menjamah apa2 pun kecuali masak maggi pedas2lah baru boleh masuk :)

    ReplyDelete
  3. cekodok ni kena pandai adjust kan adunan dia, tina suka yg byk pisang, tepung kurang, tapi selalu kurang tepung ni resap minyak lebih sikit

    ReplyDelete

Ini adalah blog peribadi. Sekadar mengisi masa lapang serta berkongsi apa yang kita rasa. Oleh itu apa jua coretan mahupun pendapat yang kita coretkan diblog ini adalah dari pandangan kita sendiri. Pada sesiapa yang tidak setuju, tidak suka mahupun loya membaca coretan kita ini....tiada paksaan untuk mengikuti mahupun menyetujui pendapat kita ok...!!!!

Nak baca banyak lagi cerita ceriti...kena klik " OLDER POST '' okkk..!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...