Wednesday, May 30, 2012

KUEH KETAYAP @ DADAR

KUEH KETAYAP @ DADAR ~~ apapun nama yang diberi ianya tetap menghasilkan kueh yang sama, lain negeri pasti lain gelarannya kan. Antara kueh kegemaran jugak lah ni dan paling suka makan masa bulan puasa....kenapa lebih suka makan bulan puasa...??? tak tahu nak bagi jawapan apa....heehee...

Cuma inti kali ni agak pucat sikit sebab gula merah yang perang so tak menyerlah sangat akan warna inti tu dan bila dah siap....alahai macam kedekut jer buh inti kan...??? haaaaa...ingat dah banyak sangat rhupenya ciput jer....tak kisahlah...yang penting sodapppp...!!!!

Resepi hasil cedokan di blog CMG yang femes tu.

Sumber Resepi :- CMG TiffinBiru
Bahan untuk Inti kelapa :-
3 cawan kelapa parut putih - kite guna kelapa muda
1/3 cawan gula pasir* - kite guna gula merah
1 cawan air*(*disatukan dan masak hingga larut)
1 helai daun pandan, disimpul
Sedikit tepung ubi @ jagung

Bahan untuk kueh ketayap :-
1 1/2 cawan tepung gandum
2 1/3 cawan air*
2 helai daun pandan - potong kecil*(*kisar dan tapis)
Beberapa titik pewarna hijau - kite guna pandan paste
1 biji telur - kite tambah
Sedikit garam
2 camca besar minyak masak

Cara-caranya :-
  • UNTUK INTI KELAPA :- Tapis air gula tadi ke dalam kuali, masukkan daun pandan dan didihkan hingga air gula pekat. Tambah kelapa parut putih dan gaul rata, guna kan api kecil. Masak hingga kering tapi masih lembap sedikit. Sebelum tutup api letak sedikit tepung ubi atau jagung untuk menghasilkan inti yang sedikit berkilat dan melekit. Sejukkan sebelum diguna.
  • UNTUK KUEH DADAR :- Satukan semua bahan² untuk kueh dadar, kacau rata dengan whisk dan tapis, atau masukkan ke dalam alat pengisar makanan dan putar hingga rata. Rehatkan 10 minit.
  • UNTUK KUEH GULUNG :- Panaskan non-stick pan bersaiz 8 inci dengan sedikit minyak. Bila panas, masukkan 1 senduk bancuhan tadi dan ratakan. Masak hingga permukaan kueh dadar kelihatan pucat dan seakan² jernih. Alih ke dalam pinggan. Letak 1 camca teh penuh intikelapa, kemudian lipat dan gulung kemas

Tuesday, May 29, 2012

NORMA .....PERGI JUA....AL-FATIHAH

Al-Fatihah buat insan tabah ini Noormawati atau lebih dikenali dengan Norma yang telah kembali ke rahmatullah pada 23/5/2012. Bagi yang mengikuti perkembangan kisah beliau pasti terasa kehilangan apatah lagi insan² rapat beliau.

Buat Talib dan permata hati tersayang Rafiq muga kekuatan serta ketabahan itu terus diperolehi dalam meneruskan hari² mendatang....Janji Allah itu pasti...dan pastinya kita sebagai hambaNYa harus redha dengan segala ketentuanNya....

Saya pun lewat mengetahui berita jika tidak di beritahu oleh Kak Zana yang komen entry blog saya...marilah kita sama² mendoakan agar roh beliau ditempatkan di sisi orang² yang Allah sayangi serta muga Syurga tempatnya buat insan tabah ini....AL-FATIHAH


Untuk kisah selanjutnya boleh singgah SINI

Monday, May 28, 2012

ROASTED BREAD WITH PEANUT BUTTER & BANANA

ROASTED BREAD WITH PEANUT BUTTER & BANANA ~~ panjang nama kan....sepanjang berkurun² lama tak hapdet blog. Kemalasan tahap maksima dah ni...mood bukan saja menjunam ke laut....karam dah....seriusly tak der semangat nak masak sebab my other half tak der di sisi....berjauhan demi mencari rezeki buat keluarga....huhuhhu....

Bekfes ringkas ni dah lama benornya...tapi baru ari ni ada semangat sikit nak hapdet blog, maka ku bubuh le sebagai entry semangat untuk terus berblog....boleh gitu...??? Senang jer buat dan sedap tau, boleh juga bubuh nuttela atau apa jua jem kegemaran dan nescaya rasanya tak akan mengecewakan....waaalaaa....kite pernah buat guna nuttela kalau nak tengok kat SINI

Cuabalah buat....pasti anak² mengemarinya. Kali ni ireng sikit kite bakar....walaupun ireng...bila makan terasa kruupp kraapppp masa gigit tu tau....sedap!!!!

Bahan-bahannya :-
Beberapa keping roti - kite guna Roti Butterscotch
Peanut butter
Pisang - dihiris bulat²
Sedikit gula perang
Butter

Caranya :-
  • Sapukan peanut butter pada kedua-dua keping roti.
  • Lapiskan pisang di atas roti dan lapikkan roti yang sekeping lagi.
  • Panaskan non-stick pan dengan sedikit butter dan panggang roti. Tekan dengan jari semasa memanggang dalam 10 saat, terbalikan bahagian lagi satu dan tekan juga dalam 10 saat. Tabur sedikit gula perang dan bakar sekejap lagi.
  • Potong dua roti tersebut dan hidangkan.


Friday, May 18, 2012

LOGO HALAL ANTARABANGSA YANG DIIKTIRAF JAKIM

Picture dari TiffinBiru

LOGO HALAL ~~ amat penting setiap kali nak membeli sesuatu bahan makanan dimana bagi kita semua orang perlu tahu supaya tidak keliru serta tersilap ketika membeli sesuatu. Info penting ni kita perolehi dari blog CMG Tiffin biru. TQ CM kerana berkongsi info penting ini untuk rujukan semua...

Di atas adalah beberapa logo halal dari negara² luar yang telah mendapat pengiktirafan JAKIM. Ingin tahu maklumat lebih lanjut boleh singgah kat laman web JAKIM

Tuesday, May 15, 2012

DADIH JAGUNG

DADIH JAGUNG ~~ cuaca sangat² panas sekarang ni, kalau hujan pun....ala² macam menyinggah tinggalkan jejak kejap jerk, tanah pun x sempat basah gitu...tekak sakit dan perit yang dah melebihi seminggu ni memaksa diri juga buat sesuatu untuk menyegarkan tekak. Pilihan paling mudah dan senang adalah buat dadih.

Resepi ringkas dan mudah ni kita ambil dari blog CMG yang memang banyak pilihan untuk sedapkan tekak ni....jom cuba buat dadih sendiri dari selalu beli yang segera tu jer kan....senang sangat....sedap pun sedap....makan takkala sejuk bila tekak tak selesa....memang ibarat mengantuk disorongkan bantal....tak gitu...!

Sumber Resepi : CMG Tiffin Biru
Bahan-bahannya :-
6 cawan air (1 cawan = 250 ml)
200 g gula pasir
3 g serbuk jelly - kite guna Konnyaku Jelly powder
100 g susu cair
100 g coffemate
11/2 sudu perisa jagung jenama Lion


Caranya :-
  • Satukan semua bahan² diatas, ke dalam periuk, kacau dengan whisk hingga sebati. Jerang atas api sederhana sambil dikacau hingga mendidih.
  • Matikan api dan tapis bancuhan ke dalam jug air. Tuang dalam bekas² kecil atau bekas yang sesuai. Biar sejuk sedikit dan simpan dalam peti ais hingga dadih membeku.
  • Perisa bergantung pada kehendak masing², jika menggunakan perisa, kenalah letak sedikit pewarna makanan. Selamat mencuba.

Monday, May 14, 2012

CINNAMON PULL APART BREAD ----> lagik!!!!

CINNAMON PULL APART BREAD ~~ ulang tayang ntah berapa kali dah roti ni....nak buat cemana kalau hati dah suka maka memang tak jemu untuk buat berkali². Serius cakap tau memang sedap sangat CPAB ni....kalau tak caya dan nak rasa kesedapannya dan kekemarukan membuatnya berulang² kali...try le...tak nyesal punye...!

Tak terpegun ke tengok kegebuan roti tu...dengan membuak² melimpah. Mesti terliur tengok kan...? Jangan bohong.......dosa tau...kuikuikui....kali ni roti tu posing dalam acuna jer. Malas nak keluarkan....kira ok gak kan....seni namanya tu....haahaa...!

Ini rupenya kalau di siat slice by slice masa makan.........sedap i tell u...!!!!

Walaupun dah ulang tayang banyak kali dengan baik hatinya jugak kite tepek lah resepinya lagi ehhh....senang jer...yok buat..!

Sumber Resepi : Joy the baker
Bahan-bahannya :-
For the Dough (in BM)
2 3/4 cups plus 2 tbs tepung - kite guna tepung roti
1/4 cup gula kasar
2 1/4 sudu kecik yeast
1/2 sudu kecik garam
4 tbs butter
1/3 cup susu penuh krim
1/4 cup air
2 biji telur gred A
1 sudu kecil Vanilla extract

For the Filling
1 cup gula kasar ~ Kiter letak 1/2 cawan gula perang
2 sudu kecil serbuk kayu manis (cinnamon) ~ kite letak 1 sudu kecil jer
1/2 sudu kecil serbuk buah pala (nutmeg) ~ kite x bubuh
4 tbs butter - dicairkan sehingga menjadi brown

Caranya :-
  • Dalam mangkuk yang besar, campurkan 2 cups tepung, sugar, yeast, and salt. Ketepikan
  • Pukul telur dan ketepikan
  • Dalam small saucepan, campurkan susu dan mentega, panaskan sehingga mentega cair. Ketepikan dan masukkan air dan vanilla extract. Biarkan seketika sehingga mixture menjadi suam² kuku.
  • Tuangkan mixture susu dan mentega tadi kedalam bahan kering, kacau dengan senduk. Masukkan telur dan kacau lagi. Add 3/4 cup tepung, dan uli sehingga sebati. The dough will be sticky. Masukkan dough kedalam mangkuk besar yang telah di gris dengan butter/minyak. Tutup dengan kain atau cling wrap, biarkan sehingga dough naik 2 kali ganda.
  • Sementara menunggu dough naik, campurkan gula, serbuk kayu manis dan serbuk buah pala di dalam mangkuk.
* Kite guna kaedah Bread Maker :-
  • Masukkan bahan cecair dulu (bancuhan susu dan mentega, air, telur dan vanila)

Masukkan bahan2 kering (tepung, yis, gula dan garam). On kan BM dan biarkan ia menguli seperti biasa. Dh siap boleh lah mulakan proses step by step tu.
  • Tabur tepung pada meja kerja, keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara. Tekan² dan canai sehingga menjadi 4 persegi (tabur sedikit tepung jika melekat). Sapu dengan mentega cair, tabur dengan gula perang+serbuk kayu manis tadi rata². Akhir sekali ratakan kismis. Gulung seperti swissroll, gulung ketat². Kerat dengan pisau tajam kepada beberapa bahagian. Kite potong kepada 9 bahagian.
Susun dalam bekas dan biarkan nasi seketika. Bakar dalam oven suhu 180C selama 20-25 minit. Bergantung kepada oven masing²


Wednesday, May 9, 2012

BUBUR NASI SIMPLE DIMPLE

BUBUR NASI ~~ yang simple dimple serta ringkas tu yang power kan...tak tahu nak masak apa bila selera makan terganggu maka pilihan yang tepat adalah masak bubur nasi. Kali ni kita masak yang paling senang dan malas gitu....

Makan bersama ikan bilis + lobak asin goreng dan sayur kangkung goreng belacan serta bertemankan telur masin jer....curah kicap sikit...ermmmmm layan selera bermangkuk²....heehee...ok lah kan...dari kurang selera menjadi penaik selera...dulu kite pernah buat tapi banyak lauk pauk sikit sebab masa tu tengah rajin dan kalau nak tengok boleh singgah kat SINI~!

Tak yah resepi bagai lah ye....masakan senang gitu...saje jer nak menayang kat blog untuk elakkan blog disinggahi spiderman...kuikuikui....


Monday, May 7, 2012

PEACH COBBLER

PEACH COBBLER ~~ dessert yang senang dan ringkas untuk dibuat. Sedap dan memang best sangat bila makan dengan ice cream.........ermmmm....nikmat sangat..! Itu belum lagi makan dengan cream....kalau ada sure makan tak hinggat donia kan...? Semua ni punca² skala timbang menuju puncak gitu...

Resepi ni hasil perkongsian kenalan di satu group GBS yang mana ahli² memang best...share ilmu serta yang paling seronok support each other tanpa menilai dan di nilai...itu untungnya mengenali insan² yang sudi berkongsi ilmu. TQ Mango yang selalu share resepi best².....Jom cuba...senang dan sedap tau..!

Bahan-bahannya :-
6 biji peach - kupas kulit dan belah² wedges -saya guna yang dalam tin heavy syrup
4 sudu besar gula kastor - kalau x suka manis boleh kurangkan
1/2 sudu besar jus lemon
1 1/2 sudu kecil tepung jagung
1/2 sudu kecil ekstrak almond atau vanilla - kite guna vanila

Topping :-
175g @ 60z tepung gandum
115 @ 4 oz gula kastor
1 1/2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam
85g@ 30z mentega - potong dadu
1 biji telur
5-6 sudu besar susu

Bahan sampingan :-
Aiskrim vanilla atau pecan

Caranya :-
  • Panaskan oven 220c. Gaulkan peach dengan gula, jus lemon, tepung jagung dan ekstrak almond/vanilla. Masukkan ke dalam baking dish 9 inci (sebaiknya baking dish yang boleh digunakan terus untuk menghidang) dan bakar selama 20min.
  • Sementara itu, sediakan topping. Ayak tepung dan campurkan dengan garam dan gula (asingkan sebanyak 2 sudu besar daripada gula tersebut dan ketepikan untuk tabur topping kemudian). Masukkan mentega ke dalam tepung dan ramas² dengan jari sehingga campuran tersebut kelihatan seperti breadcrumbs.
  • Campurkan telur dengan 5 sudu besar susu dan tuang ke dalam adunan kering tadi. Gunakan garfu untuk menggaul adunan tersebut sehingga menjadi doh lembut yang sticky (jika doh terlalu kering barulah tambah 1 sudu ekstra susu).
  • Turunkan suhu oven kepada 200c. Keluarkan peach dari oven dan sendukkan topping ke atas peach (tidak perlu di ratakan, biar berketul2). Taburkan gula yang diasingkan tadi (saya guna separuh saja), dan bakar selama 15 minit, atau sehingga topping berwarna perang keemasan.
  • Hidangkan panas2 ataupun pada suhu bilik bersama aiskrim.

Saturday, May 5, 2012

MARBLE BUTTER CUPCAKES

MARBLE BUTTER CUPCAKES ~~ resepi asal dari Blended butter cake kite pernah buat kat SINI tapi sesaje buat dalam cup comey² sebab nak bawak bekal masa Family day School Akid last week. Tak sempatlah nak ber frosting² bagai...alasannya leceh nanti frosting cair......boleh terima pakaikan alasan malas Ummi Akid ni....heehee...

Walaupun tanpa frosting...cupcakes ni mmg dah sedap sangat. Kalau tak caya...buat okey...nak nampak menarik memanglah kena tepek krim sikit...baru bertambah cun....ni versi nak cepat dan malas gitu....yang penting...Sedap!!!

Resepi Asal : CMG Tiffin Biru
Bahan-bahannya :-
125 gram mentega, cair dan sejukkan
160 ml susu segar, disejukkan
2 biji telur gread A
3/4 cawan gula halus
1 1/4 cawan tepung naik sendiri (self-raising flour) diayak
1 camca teh paste pandan - kite tak bubuh
3/4 camca teh coklat emulco
1/2 camca teh esen vanilla
Secubit garam

Caranya :-
  • Panaskan oven pada suhu 160C, sediakan acuan kegemaran, jika acuan bulat atau 4 segi, lenser dengan sedikit mentega dan alas dasarnya dengan kertas minyak. Kite guna acuan silicone..
  • Dalam alat pengisar atau blender, satukan telur, gula, susu segar sejuk, mentega cair dan kisar hingga semua larut dan gula hancur. Tuang dalam satu bekas. Masukkan tepung naik sendiri yang telah diayak tadi, kacau hingga rata dan tidak berbintil2.
  • Bagi pada 2 bahagian sama banyak, satu letak pandan paste, dan satu lagi letak coklat emulco dan esen vanilla, kacau rata. Sendukkan dalam acuan secara berselang seli antara panda dan coklat.
    cara kite : masukkan setengah adunan yang plain pastu lapisakan dengan yang coklat dan ataskan dengan yang plain pulak...pastu lorek sikit dengan cungkil gigi.
  • Buat hingga siap dan bakar selama 50 - 60 minit, atau hingga masak. Bila masak, sejukkan sebentar dan terbalikkan atas redai, biar kek sejuk. Boleh ayak sedikit gula aising sebelum dihidangkan....


Ini adalah blog peribadi. Sekadar mengisi masa lapang serta berkongsi apa yang kita rasa. Oleh itu apa jua coretan mahupun pendapat yang kita coretkan diblog ini adalah dari pandangan kita sendiri. Pada sesiapa yang tidak setuju, tidak suka mahupun loya membaca coretan kita ini....tiada paksaan untuk mengikuti mahupun menyetujui pendapat kita ok...!!!!

Nak baca banyak lagi cerita ceriti...kena klik " OLDER POST '' okkk..!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...