ROASTED BREAD WITH NUTELLA & BANANA
|
ROASTED BREAD WITH NUTELLA & BANANA ~~ dah pernah buat banyak kali lah sangat.....sebab tersangat suka dan ringkas nak buat. Boleh bubuh filling apa sahaja yang anda gemari....so far yang kita suka nutella atau peanut butter. Apapun kena cubalah pelbagai filling baru tahu citarasa sendiri kan.....hingga ke gigitan yang terakhir tau....:)
|
|
Jom cuba untuk bekfes.....sedap dan tak rugi tau. Jangan kata anak-anak suka....mak pak anak pun terlebih suka...:)
|
Bahan-bahannya :-
Beberapa keping roti -
Nutella
Pisang - belah dua
Sedikit gula perang
Butter
Caranya :-
Sapukan nutella pada kedua-dua keping roti.
Lapiskan pisang di atas roti dan lapikkan roti yang sekeping lagi.
Panaskan non-stick pan dengan sedikit butter dan panggang roti. Tekan dengan jari semasa memanggang dalam 10 saat, terbalikan bahagian lagi satu dan tekan juga dalam 10 saat. Tabur sedikit gula perang dan bakar sekejap lagi.
Potong dua roti tersebut dan hidangkan.
Ini adalah blog peribadi. Sekadar mengisi masa lapang serta berkongsi apa yang kita rasa. Oleh itu apa jua coretan mahupun pendapat yang kita coretkan diblog ini adalah dari pandangan kita sendiri. Pada sesiapa yang tidak setuju, tidak suka mahupun loya membaca coretan kita ini....tiada paksaan untuk mengikuti mahupun menyetujui pendapat kita ok...!!!!
Nak baca banyak lagi cerita ceriti...kena klik " OLDER POST '' okkk..!!!
dapat idea baru ni, thnx ummi..
ReplyDeletebuat mnum ptng pun sdap gak ni k.lily...:-)
ReplyDelete