POPIA GORENG
|
POPIA GORENG ~~ alhamdulillah permintaan suami untuk makan popia goreng terlaksana sudah, kita jarang-jarang buat popia ni sebab kita lebih suka popia basah tapi tak pandai buat cuma pandai beli jer.....heehee....tapi atas permintaan suami maka terjadilah popia ni, semangat tau nak buat sebab suami kita memang jarang request nak makan apa, apa yang di masak itu yang di makan dengan senang hati.....:)
|
|
Kita buat ikut cara sendiri yang pernah di ajar oleh arwah mak dulu, mungkin cara yang sama dengan orang lain jugak, cuma inti dalam tu jer yang lain orang lain caranya kan.....selalu kita guna udang tapi oleh kerana tekak orang yang ngidam tu alergik udang maka kita gantikan dengan isi ayam. jom intai resepi mudah dari ummiakid....:)
Bahan-bahannya :- Kulit popia - kita beli yang dah siap dijual Isi ayam - didadu kecil - nak letak udang pun boleh. 1 batang lobak merah - dihiris halus 1 biji sengkuang - dihiris halus 2 cawan taugeh 4 ulas bawang putih - disagat halus Secubit garam 1 sudu kecik serbuk secukup rasa sedikit lada sulah - optional
Caranya :- Tumis bawang putih hingga naik bau, masukkan isi ayam/udang. Masak seketika. Masukkan lobak merah, sengkuang dan taugeh. Gaul rata biarkan sayur agak lembut. Perasakan dengan garam dan secukup rasa. Letak sedikit lada sulah.
Biarkan sayur seketika dan bolehlah ditutupkan api. Sayur jangan layur sangat nanti tak sedap.
|
|
Bahan-bahan untuk Sos cili :-
6 biji cili merah
3-4 ulas bawang putih
2 camca cuka sedikit air 2 sudu gula secubit garam
Caranya :- Kisar cili, bawang putih bersama sedikit air. Masak seketika di atas api dan masukkan gula serta cuka tadi. Biar mendidih seketika dan sos agak pekat sedikit.
|
Ini adalah blog peribadi. Sekadar mengisi masa lapang serta berkongsi apa yang kita rasa. Oleh itu apa jua coretan mahupun pendapat yang kita coretkan diblog ini adalah dari pandangan kita sendiri. Pada sesiapa yang tidak setuju, tidak suka mahupun loya membaca coretan kita ini....tiada paksaan untuk mengikuti mahupun menyetujui pendapat kita ok...!!!!
Nak baca banyak lagi cerita ceriti...kena klik " OLDER POST '' okkk..!!!
menu wajib gak bulan pose nie...tp belum sempat buat lagi kak...:)
ReplyDeleteakk baru terlintas nk buat popia grg ni cuma tak tau bila...hihihi
ReplyDeleteSedapnya kak, lapar perut Tina haha, oh ada letak ayam ye Tina ingat semata sayur je
ReplyDeleteSedap popia ni memang sedap . Lebih2 lagi kulit yang buat sendiri. So kepada surirumah peniaga kuih atau sape2 yang berminat nak belajar buat kulit inti dan sos popia.Hubungi saya 0107883324 atau 0173265603 email ghni6719@gmail.com. Jamin tak rugi belajar saya akan ajar teknik dan tip2 nak buat popia ni sampai bulih dan mahir. Lokasi Bangi Sel. Bayaran rm200.00 jee tak mahal pun
ReplyDelete