Thursday, July 18, 2013

SAGO GULA MELAKA

SAGO GULA MELAKA ~~ pemanis mulut sempena Ramadhan ke-6. Kita memang suka sago ni dan tersangat sesuai tak kala berbuka sebagai pembasah tekak. Tekak kali ni pun macam masih tak selesa dari kesan jerebu baru-baru ni....so memang nikmatlah tekak bila makan pemanis mulut ni kan.....alhamdulillah nikmat rezeki tak terhingga dari Yang Maha Esa.....syukur..

Satu resepi yang mudah sangat nak buat sebenarnya namun terselit kisah di sebalik tempoh pembuatannya....hanya saya dan pemilik blog life is sweet jer tahu ye....Syifa....suhhhhhhhhh..... rahsia tau....



Jom intai resepi siapa yang kita skodeng sebagai rujukan....thanks Syifa atas tunjuk ajor...tapi akak buat tetap gitu....tak kisah erkk.. yang penting sodap.....thumbs up dari hb pun dah kembang semangkok gitu...:)

Resepi Asal :
CMG Dapur tanpa sempadan
Sumber resepi ~~ Life is sweet 
Bahan-bahannya :-

300 gram sago biji, cuci dan toskan - Kite buat 150gram sahaja
2 liter air - kite guna 1 botol mineral kecil + 1/2 cawan
2 helai daun pandan, disimpul
3/4 camca teh pewarna hijau makanan
1 ketul gula melaka, hiris kecil*
1/2 cawan gula pasir*
1 1/4 cawan air*
1 helai daun pandan*(*disatukan dan masak hingga pekat, tapis dan sejukkan)
1 cawan pati santan + 1/4 camca teh garam + 1/2 camca teh tepung jagung = satukan, kacau dan masak hingga panas, sejukkan.

Caranya :-


Didihkan 2 liter air tadi bersama daun pandan dan pewarna hijau makanan, kemudian masukkan sago biji dan masak hingga kelihatan jernih. Masak dengan api sederhana dan kacau selalu. Tutup api dan biar 4-5 minit dalam peiuk.


Tuang dalam tapis dan cuci biji sago tadi bawah air paip untuk membuang kanjinya. Kemudian masukkan ke dalam bekas2 kecil atau acuan yang anda gemari, padat2kan dan simpan dalam peti sejuk 1 - 1 1/2 jam. Sapu sedikit minyak pada acuan tadi.
Keluarkan dari acuan dan letakkan dalam bekas sesuai, tuang gula melaka tadi dan juga santan pekat tadi. Hidangkan sejuk

4 comments:

  1. x pe kak..ok jer...janji lepas masuk tekak...lepas ke perut...ok per....:)

    ReplyDelete
  2. Assalam Lily....sedapnya dessert berbuka dia...mmg favourite akak nih.. sebenarnya dah 2x buat sepanjang puasa ni...gara2 air gula pun ada lebih...buat lagi dan lagi... Dah buat kukis ke?

    ReplyDelete
  3. sedapnya.. yang ni lom buat lagi.. nanti nak cari stok sagu.. boleh buat utk desert.. :D thanks for idea..

    ReplyDelete
  4. HihI tau kuih sago yg ada kelapa tu je, yg mcm ni tak penah makan pun

    ReplyDelete

Ini adalah blog peribadi. Sekadar mengisi masa lapang serta berkongsi apa yang kita rasa. Oleh itu apa jua coretan mahupun pendapat yang kita coretkan diblog ini adalah dari pandangan kita sendiri. Pada sesiapa yang tidak setuju, tidak suka mahupun loya membaca coretan kita ini....tiada paksaan untuk mengikuti mahupun menyetujui pendapat kita ok...!!!!

Nak baca banyak lagi cerita ceriti...kena klik " OLDER POST '' okkk..!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...