Tuesday, July 9, 2013
Monday, July 8, 2013
ROASTED BREAD WITH NUTELLA & BANANA
![]() |
Jom cuba untuk bekfes.....sedap dan tak rugi tau. Jangan kata anak-anak suka....mak pak anak pun terlebih suka...:)
|
Beberapa keping roti -
Nutella
Pisang - belah dua
Sedikit gula perang
Butter
Caranya :-
- Sapukan nutella pada kedua-dua keping roti.
- Lapiskan pisang di atas roti dan lapikkan roti yang sekeping lagi.
- Panaskan non-stick pan dengan sedikit butter dan panggang roti. Tekan dengan jari semasa memanggang dalam 10 saat, terbalikan bahagian lagi satu dan tekan juga dalam 10 saat. Tabur sedikit gula perang dan bakar sekejap lagi.
- Potong dua roti tersebut dan hidangkan.
Monday, July 1, 2013
BUBUR KACANG HIJAU
Tuesday, June 18, 2013
Akid 5th Birthday ~~ 18/6/2008
Alhamdulillah hari ini 18/6/2013 Akid genap 5 tahun. Syukur kepada Allah SWT yang tidak terhingga atas kurniaan ini....
Nama : Muhammad Akidhakimi Baharin
Tarikh Lahir : 18/6/2008
Berat ketika Lahir : 2.6kg
Tempat Lahir : Johor Bahru
Berat terkini : 21.6kg
Nama : Muhammad Akidhakimi Baharin
Tarikh Lahir : 18/6/2008
Berat ketika Lahir : 2.6kg
Tempat Lahir : Johor Bahru
Berat terkini : 21.6kg
HAPPY 5th BIRTHDAY to Muhammad Akidhakimi ~~
Tarikh 18/6/2008 adalah tarikh yang paling membahagiakan Ummi....kehadiran Akid dalam hidup ummi & abi memberi makna yang cukup mendalam....anugerah Allah yang tinggi nilainya....
Ummi dan Abi senantiasa mendoakan semuga Akid menjadi anak yang soleh, penyabar, penyayang, diberkati, dilindungi serta dalam kerahmatan Allah SWT selalu, diperluaskan pintu rezeki, dikurniakan akal yang cerdik serta pertimbangan yang wajar, kesihatan yang baik dan berjaya dunia dan akhirat.....aamiin...
dan ingatlah pesanan ini
walau apa jua tanggapan orang lain terhadap dirimu....ingatlah dan sematkan kata² ummi ini dalam sedalam dalamnya di lubuk hatimu bahawa Ummi dan Abi senantiasa menyayangimu dengan sepenuh jiwa raga kami....dan kehadiranmu amat-amat membahagiakan kami.......
Ummi dan Abi senantiasa mendoakan semuga Akid menjadi anak yang soleh, penyabar, penyayang, diberkati, dilindungi serta dalam kerahmatan Allah SWT selalu, diperluaskan pintu rezeki, dikurniakan akal yang cerdik serta pertimbangan yang wajar, kesihatan yang baik dan berjaya dunia dan akhirat.....aamiin...
dan ingatlah pesanan ini
walau apa jua tanggapan orang lain terhadap dirimu....ingatlah dan sematkan kata² ummi ini dalam sedalam dalamnya di lubuk hatimu bahawa Ummi dan Abi senantiasa menyayangimu dengan sepenuh jiwa raga kami....dan kehadiranmu amat-amat membahagiakan kami.......
Birthday cake pilihan Akid tahun ini....motif kartun kegemaran kala ini....Octaunats....suka riang gumbira bila tengok kek ni....terkinja-kinja suka...:)
|
Raikan hari bahagia ini bersama kawan-kawan kat Tadika.
|
Goodies bag untuk kawan-kawan Akid seramai 28 orang....muga semua happy dapat pemberian ikhlas dari Akid ini....:)
|
Wednesday, June 5, 2013
PUDING KASTARD
Wednesday, May 29, 2013
ROTI JALA vs KARI AYAM
BAHAN-BAHAN UNTUK KARI :-
1/2 ekor ayan, kerat ikut suka - kite potong kecik²
2 biji kentang - dibelah 4
1 1/2 cawan santan.
2 sudu besar rempah kari daging.
1 sudu besar cili kisar
1 keping asam gelugor
Garam secukup rasa
1 biji kentang
1 batang carrot
BAHAN DITUMBUK :-
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
BAHAN TUMIS :
2 biji bawang merah, hiris
1 ulas bawang putih, hiris
1 kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
daun kari
Caranya :-
Tumiskan bahang tumis hingga naik bau, masukkan bahan tumbuk dan rempah kari serta cili kisar. Biar sampai terbit minyak dan masukkan sedikit air serta ayam dan ubi kentang bersama carrot.
Bila ubi kentang dan carrot dah agak² empuk, masukkan santan dan kacau jangan sampai pecah minyak. Masukkan asam gelugor dan bahan perasa secukupnya.
Kepekatan kuah tu terpulang selera masing-masing ye...kite buat agak pekat sikit untuk kali ini...sedap makan dengan roti jala....
Kali ni kite buat resepi dari blogger hebat CMG untuk roti jala itu....ada sedikit kelainan sebab CMG guna butter cair dalam adunan tepung tu. Memang membuahkan hasil yang berlainan....lembut jer roti jala tu tau....kalau nak tahu tahap kelembutannya itu...........harus cuba okey..!
Jom intai resepi untuk Roti jala dari dapur Tiffin Biru CMG Kite buat 2 adunan dari resepi di bawah ye...sebab nak makan banyak...:) Bahan-bahannya :- 1 cawan tepung gandum 3/4 cawan air 1/2 cawan susu segar (kite guna air jer) 2-3 titik pewarna makanan kuning 1 biji telur - dikacau sedikit 3 camca besar mentega - cair dan sejukkan Secubit garam Sos kegemaran sebagai pencicah Caranya :- Satukan semua bahan-bahan di atas kecuali sos pencicah. Kacau rata dengan whisk dan tapis bancuhan tadi. Ketepikan 10 minit. (kite blender jer....senang...) Panaskan non-stick pan, Lenser dengan sedikit minyak masak (lap dengan paper towel bersih yang dicelop sedikit minyak). Bila panas, bolehlah mula menjala dengan kaedah masing-masing Masak dengan api kecil, bila permukaan roti jala nampak pucat, berhati2 lipat kiri dan kanan ke dalam, kemudian dari pangkal, gulung perlahan2 hingga ke hujung. Kemaskan dan alih dalam pinggan. Buat kaedah sama untuk baki adunan, hingga siap. Hidangkan bersama sos kegemaran atau sambal tumis. |
Tuesday, May 14, 2013
NASI GORENG apa yang ado
Friday, May 10, 2013
PENGAT @ BUBUR LABU
Wednesday, May 8, 2013
SAMBAL IKAN TERUTUP
![]() |
Sumber Resepi ~~ Yatie Sinar kehidupanku
Bahan-bahan :-
4 potong ikan Jenahak - Nak guna ikan lain pun boleh
4 biji limau kasturi- ambil jus Garam dan sedikit gula serbuk kunyit untuk menggoreng ikan minyak untuk menggoreng ikan dan menumis perencah Bahan Kisar 20 tangkai cili kering- rendam dalam air panas dan toskan 4 biji cili merah - kite guna cili padi 7 biji 5 ulas bwg putih 2 labu bwg besar 1 inci halia1 inci kunyit hidup 1 1/2 in lengkuas 3 batang serai sedikit belacan - tak bubuh Cara-Caranya :-I Ikan di bersihkan dan toskan. Gaul dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Goreng sehingga garing dan ketepikan sebentar.Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan kisar dan masak sehingga pecah minyak. Masukkan garam dan sedikit gula. Tambah sedikit air jika perlu. Masukkan ikan yg telah di goreng tadi dan perahkan jus limau kasturi. Gaul sebati.|Sekiranya dah cukup rasa, bolehlah angkat dan hidangkan |
Monday, May 6, 2013
SUP IKAN JENAHAK
Subscribe to:
Posts (Atom)
Ini adalah blog peribadi. Sekadar mengisi masa lapang serta berkongsi apa yang kita rasa. Oleh itu apa jua coretan mahupun pendapat yang kita coretkan diblog ini adalah dari pandangan kita sendiri. Pada sesiapa yang tidak setuju, tidak suka mahupun loya membaca coretan kita ini....tiada paksaan untuk mengikuti mahupun menyetujui pendapat kita ok...!!!!
Nak baca banyak lagi cerita ceriti...kena klik " OLDER POST '' okkk..!!!














