Friday, June 24, 2011

APA NAK JADI...??????


gambar Fahrin tu tak der kena mengena okeh...saje jer nak masukkan jugak dalam blog kita...
i loikeeeee...!!!


apa nak jadi dunia sekarang....makin canggih makin mengarut...benda yang haram nak di halalkan. benda yang dilabelkan halal masih diragui statusnya....

banyak lagi yang halal boleh diteguk......yang haram jugak jadi pilihan. usaha untuk menghalalkan......donia...donia...!!!!

mesti tokey bir tengah dok silang panggung pegang kalkulator sambil kira keuntugan kan kalau minuman setan ini dapat green light....!!!!

nota ciput : JAKIM kena work smart..!!!


WA KAWAN MAAA....

skodeng kat Google

'' wa bukan along....wa mau tolong maa...''

macam-macam taktik untuk pancing peminjam. interest rendah konon...!!!!

Iklan merata tempat antaranya kat pondok telefon, tiang letrik dan yang paling serabut kepala otak main lempor-lempor jer kad nama syarikat tu dalam pagar rumah....penat weiii ari-ari mau kutip buang...waaa talak bibik wooo...

Yang penting buatlah keputusan yang bijak. jangan sampai kepala jadi taruhan...kena simbah cat boleh ampun lagi....kalau kena kerat nambelasduopoloh....sape nak tanggung. Dah kena panggil apekss untuk jahit balik....aiyaa cik siti, wa tatak nampak jalan tutup mata...

Banks are banks...the more we need them...the more they don't need us....mau salahkan sape...??? salahkan Bank Negara ekkk...buat T&C yang menyebabkan syarikat along ni macam cendawan tumbuh....!!!!

fenin...fenin...fenin....apa pun tak bolehhh....!!!!

Nota ciput : lu sign lu mati...!!!!



AL-KISAH TENTANG JODOH


JODOH sepertimana juga rezeki dan ajal maut, semuanya telah ditentukan dan itu adalah ketetapan DIA yang Maha Mengetahui. Namun di sebalik hakikat serta ketetapannya kita kena berusaha dengan carilah jodoh yang baik seperti mana mencari rezeki dengan jalan yang baik.

Siapa jodoh kita...? tampan macan Seth Tan ke...? kaya dan banyak duit macam Bill Gates ke...? atau setan macam si tua miang keladi yang asyik mencari jodoh nak cukupkan korem...

itu semua ketentuan dan milik DIA yang milik kita hanyalah berusaha dengan baik. nescaya DIA tidak akan mengecewakan kita.

Jodoh itu urusan DIA yang telah termaktub di dalam alam rahim lagi. Orang baik berhak mendapat jodoh yang baik namun realiti selalu tidak begitu kerana ada kala DIA menguji seseorang itu dengan cara yang dipilih-NYA.

siapa pun jodoh kita apabila seorang wanita telah dijabkabulkan dengan sah, maka itu adalah amanah DIA bagi si suami.
Amanah DIA yang perlu di bimbing menuju ke Syurga Firdausi. Nasib serta perjalanan hidup dunia dan akhirat berkait rapat dengannya kerana dia adalah jodoh yang ditakdirkan buat kita....!!!

'' Beauty is in the eye of the beholder ''
kalau indah di hati akan sentiada melihat keindahan itu ...


Nota kononnye ciput : bersyukur dengan jodoh yang di pilih DIA....walau cabaran terlalu perit namun kebahagiaan akhirnya di beri DIA.


Thursday, June 23, 2011

KONGSI TRAFIK DAN TUKAR LINK


Segmen dari BANGKU KOSONG... jom join ramai-ramai. Segmen berakhir 24 Jun 2011 jam 12 tengahari so pat pat siku lipat siapa cepat dia sempat....heehee...

Siapa nak join klik tokey segmen HASRUL HASSAN



HANTU KAK MIDAH BALIK KEDAH

Tak ada hantu dah malam-malam hari....kenapa ekk..??? bukan sebab hantu kak Limah balik kampung atau hantu kak midah balik Kedah tapi sebab hantu semua dah masuk TV...

macam-macam hantu yang boleh kita jumpa dalam TV. Dulu orang kita takut hantu, sekarang masing-masing pakat dok tengok hantu kan...???? macam-macam hantu ada.

Apapun janganlah pulak pemikiran anak-anak kecil dipengaruhi dengan cerita-cerita hantu ni.
kalau selalu sangat tengok takut pulak pemikiran bawah sedar anak-anak akan terpengaruh.

Ada yang jadi penakut tak bertempat, hendak ke bilik air, hendak tidur malah nak duduk dalam bilik sendirian pun takut.....siapa yang susah....!!!!

Hantu ni ada dua : satu hantu daripada kalngan Jin dan satu lagi dikalangan manusia.
hantu dikalangan jin mudah dihadapi, baca ayat Al-Quran pasti lintang pukang lari. hantu dikalangan manusia yang tak lari dibacakan ayat Al-Quran.

Hantu dikalangan manusia yang menjadi perogol bersiri, mat rempit, perasuah, penjenayah dan macam-macam lagi. Hantu ni lagi dahsyat dari polong, puntianak, atau pocong....ye ke...???? ye....tak caya....kalau tak caya....jangan jagi hantu ok...!!!!

tak payah lah susah-suah nak jadi '' seekers '' semata-mata nak temui mereka. Nak menghalau hantu mudah jer.....jangan jadi hantu....logik ke...??? logik jer kalau faham jalan cerita...betul tak..???

Nota ciput : tunggu filem hantu terbaru '' Kak midah balik Kedah...''
arahan Jozan..


NAK SALAH KAN SIAPA...?????

Jiwa memang dah macam nak memberontak sangat-sangat....bukan sebab apa hanya kerana dah tak tak tahan sangat tengok


Semua mengoncang iman, menggugat kesabaran....pembakar skill yang dah hampir nak tumpul ni......semuanya terbantu hanya kerana 1 sebab yang terpaksa di telan mati emak....di luah mati bapak.....sadisssss tau....hwuaaaaa......!!!!!! Dah nangis hentak-hentak kaki ni.....nak salahkan siapa....salah kan ini......

*
*
*
*
*
*
*
*

My small kitchen baru mula pemasangan tiles berkuat kuasa hari ini.....tak lama lagi kita boleh masak.....hoooreyyyyyy (lompat sampai bombong dah ni...)


DETIK PERMULAAN

Dulu tak pernah pun terfikir nak buat blog peribadi ni...kalau ikutkan memang dah ada 3 blog untuk tujuan bisnes....usahawanita yang bercita-cita tinggi ni tau....jangan tak tahu....!!!!

Terdetik untuk menulis blog sendiri ni dengan kadar penulisan yang ala-ala jer bermula bila join satu group kat fb.....
tengok rakan-rakan dalam group semua ada blog peribadi.....
terus angin kemaruk datang macam puting beliung.....
semangat terus ada...maka tercipta lah blog Ummi, Abi & Akidhakimi.....

Kalau di lihat banyak blog-blog yang memamg power hasil penulisannya...tapi kita hanya berfikir untuk usaha ke arah itu.

Bukan senang nak orang suka baca penulisan kita. yang pasti kita tahu bahawa setiap penulisan itu perlu dari hati dan keaslian itu pasti terpancar.

Harapan memang nak semua orang tahu tentang wujudnya blog ini tapi kena berpijak di bumi yang nyata lah kan....
berakit rakit ke hulu...
berenang renang ke tepian,
bersakit sakit dahulu...
bersenang senang kemudian.

Mana boleh terus nak berada di puncak tanpa mendaki ke arah itu....
nak naik kondominium 30 tingkat pun kena naik lif...tekan baru gerak lif tu kan....???

Tapi kita rasa bertuah kerana ada antara blogger popular yang sudi membantu serta beri tunjuk ajar dalam penulisan blog ni.
pengalaman otai-otai kita kena ambil sebagai pembakar semangat dan bukan pencetus sifat iri hati.

Muga minat dalam bidang blogger ni tak sekerat jalan sahaja....selagi boleh cerita apa yang nak di ceritakan...akan terus bercerita....
sekadar coretan harian yang berlaku sekeliling serta kehidupan sendiri....

Kalau ada yang tak suka atau meluat tu....sorry lah ekkk...tak boleh nak buat apa.
Kalau rasa suka teruslah bagi sokongan.
tak dapat nak membalasnya sekadar terima kasih atas segalanya....!!!!

Nota ciput : Usaha itu tangga kejayaan

Wednesday, June 22, 2011

PELUANG KEDUA DALAM CINTA



C.I.N.T.A
cinta yang Agung adalah cinta kepada-NYA.
cinta pada soul mate arjuna hati....suami...
cinta pada kawan-kawan....

Banyak cinta dalam kehidupan manusia kan....antara cinta sejati atau tidak jer kan...????

Cinta tidak dapat diraih dengan paksaan atau ugutan. Ia soal hati memberi dan menerima dengan rela.....so no istilah '' i terpaksa u...''

Cinta di khianati atau tidak di hargai...memang itu yang terjadi dalam setiap putaran pasak kehidupan....cinta yang pudar harus di kembalikan sinarnya...itu akan terjadi pada cinta sesama manusia.

Bersangka baik itu merupakan peluang yang kita, anda atau kamu berikan untuk orang lain berubah. Tetapi jika mereka tetap tidak berubah seperti yang diharapkan....itu pastinya tidak akan mengubah siapa diri kita.

Sangka baik adalah benteng yang akan menyelamatkan daripada penzaliman dan tipu daya orang lain....

Jom berikan rangsangan positif. Kuatkan kembali daya tarikan dalam cinta. dalam proses menabur kebaikan, jangan sesekali mengharapkan hasil yang segera, jangan dicemari dengan racun prasangka dan yang paling penting jangan lupa untuk berdoa.

Bukankah simfoni cinta itu indah...???? tapi jika tiada lagi keindahannya apakah itu masih cinta...????

Nota ciput : Siapa diri kamu menentukan bagaimana kamu melihat...

ANALOGI SEBATANG POKOK

skodeng kat Google

Belajarlah ketabahan dan kesabaran sebatang pokok.
pohon yang besar mempu menahan ribut dan taufan kerana ia mempunyai batang yang kukuh dan kuat.

Bermula dari benih yang kecil, ia tumbuh menjadi pohon yang besar dan pastinya semakin kuat akarnya.

Sebelum menjadi sebatang pokok yang kuat, ia belajar menahan teriknya matahari, kuatnya angin, dinginnya hujan serta ganguan dari manusia dan haiwan.

Setelah melalui semua itulah, daripada sebiji benih yang tidak terlihat, menjadi tunas yang bercambah dan akhirnya bertukar menjadi pohon yang besar.

Muga kita menjadi manusia yang tidak kalah dengan keadaan dan suasana.
seperti ikan di lautan masin, meskinpun sekitarnya masin namun dagingnya tetap tawar.

DIA yang memberi kemudahan di sebalik setiap kesulitan.
Hujan yang turun pasti berhenti,
Badai yang menerpa pasti berlalu.
Begitu juga dengan gelapnya malam pasti digantikan dengan cerahnya siang....

Nota ciput : Mimpi menjadi kenyataan akan mustahil tanpa memetik hikmah daripada ujian

Tuesday, June 21, 2011

RELEVAN ATAU TIDAK...????

Fening memikirkan....relevan atau tidak jawapan yang Jejaka Idaman Malaya kita sorang ni bagi......cer baca dan pasti tahu macam mana nak kata.....or maybe tak terkata.....!!! Tapi itulah jawapan yang terkeluar atas apa jua arahan atau permintaan dari kita....!!!!

Ummi : Akid jangan pegang pasu tu...nanti pecah...
Akid : Tak pe nanti pergi sepital...(Hospital)
Ummi : ??????

Ummi : Akid jom mandi...dah nak Maghrib
Akid : Tak pe, nanti pergi sepital.....
Ummi : ????????

Ummi : Akid...jangan jerit-jerit...tak baik..
Akid : Tak pe, nanti pergi sepital...
Ummi : ?????

Blurrr....blurr....blurrr... dan terus blurrr.....atau mungkin Bahasa Malaysia ummi seakan-akan Bahasa Tibet kott...!!!


Nota ciput : Anak...ohhhhh...anak...!!!

Ini adalah blog peribadi. Sekadar mengisi masa lapang serta berkongsi apa yang kita rasa. Oleh itu apa jua coretan mahupun pendapat yang kita coretkan diblog ini adalah dari pandangan kita sendiri. Pada sesiapa yang tidak setuju, tidak suka mahupun loya membaca coretan kita ini....tiada paksaan untuk mengikuti mahupun menyetujui pendapat kita ok...!!!!

Nak baca banyak lagi cerita ceriti...kena klik " OLDER POST '' okkk..!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...